Anda di halaman 1dari 2

Bab 11 :Jutawan Muda

Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Ama telah dibawa ke


hospital. AhJi Pasukan Zamrud II tidak dapat bersama dengan Ama di
hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada
mulanya mereka hendak menarik dir tetapi Pak Cik Ho menghalang
kerana keadaan Ama sudah stabil. Mereka harus memikirkan
kepentingan negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Malaysia
yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati terhadap
dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka.
Memandangkan Ama telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada
Ama.Semasa pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi
berada di dalam bulk persalinan. Dia sedang memeriksa beg-beg ahli
Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati cip
mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan
Zamrud II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik beg itu.Halim
muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan
pusingan akhir. Lima pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi
rnasalah yang sama, iaitu mengubah sejarah dunia. Mereka akan diberi
sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-
mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat
mengubah sejarah sehingga menyebabkan kesan paling besar di dunia
akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah
RM1 juta.Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu
perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut apabila
mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timur Tengah
pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-
cepat memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang
percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada
waktu inilah,Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan
pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah
yang sangat kritikal in Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan
Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin Avatari
dan keberanian para avatar Pasukan ZamrudII, mereka akhirnya berjaya
mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dan empat
negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya,
Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari
Kebangsaan kali kesepuluh.
Bab 12: Perangkap Musang

Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak
memastikan pemilik beg yang dicurigai itu akan datang untuk
mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba. Suasana di luar
masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan
Zamrud TI dan Malaysia. Pak Cik Tan menjangka dalam keadaan riuh-
rendah itu tentu “Si musang” akan menyelinap keluar untuk mengambil
haknya. Jangkaan Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan terkejut apabila
mendapati “si musang” itu ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat
apabila ditegur oleh Pak Cik Tan.

Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan


segalagalanya. Anjali melakukan perbuatan itu kerana dipaksa oleh
abangnya, iaitu Muthu, yang merupakan ketua samseng yang hendak
membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho
menolaknya. Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali.

Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua
datang melihat keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi
sangat teruja apabila mendengar berita melalui televisyen, iaitu pasukan
penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut Andaman
telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbulkan Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai