Anda di halaman 1dari 6

Laksamana Ranger

Laksamana Ranger merupakan cerita Superhero kanak-kanak , karya


Ummi Essey hasil gabungan ilham bersama Eddie Sya Putera. Karya
ini dihasilkan sebagai penyertaan dalam shorties yang dianjurkan
oleh TV9 (CH-9 Media Sdn Bhd) pada tahun 2014 dan dan beberapa
Festival Filem Pendek anjuran tempatan. Karya Laksamana Ranger
kemudian dilanjutkan dengan penerbitan novel skrip dan komik.
Laksamana Ranger mengisahkan 6 orang pelajar sekolah, Eddie Sya
Putera, Farhan Hasnan, Kayriel Kalai, Edem Ess, Chelsea Laurenia
dan Fairuz Wardina yang juga merupakan ahli-ahli Kelab Ranger di
sekolah mereka dipilih oleh seorang pendekar bunian yang digelar
Pendita setelah mendapati sukar untuk menjejak Seri Bayu dan
Guntur yang sering melakukan huru-hara untuk menakluk bumi.
Seri Bayu (lakonan Sofia Syiera) dan Guntur (lakonan Eddie Sya
Putera) berwaspada terhadap kemunculan Pendita yang sebelum ini
telah menghukum mereka . Pendita (lakonan Syafiq Shah) pernah
mengurung Seri Bayu di dalam botol dan menanamnya ke dalam
perut bumi. Manakala Guntur pula ditendang ke sarang ular agar dia
mati situ. Akan tetapi mereka terlepas dari hukuman setelah
berabad-abad lamanya akibat hakisan tanah .
Enam orang laksamana anak didik Pendita (tok guru) dilatih dengan
ilmu persilatan serta diberi kekuatan kuasa elemen alam. Mereka
turut dianugerahkan dengan semangat pahlawan-pahlawan Melayu
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dengan berbekalkan kuasa yang

diberikan oleh Pendita, mereka juga berkebolehan untuk pergi ke


zaman silam (seperti Seri Bayu dan Guntur), akan tetapi mereka
menjadi ghaib di mata manusia setiap kali menggunakan kuasa
tersebut dan setiap kali mereka bertukar menjadi laksamana.
Banyak pengalaman misteri dan mistik yang ditempuhi oleh 6 orang
anak muda ini dalam perjuangan mereka. Perjuangan yang
memerlukan gabungan ilmu pengetahuan dan kemahiran seni
mempertahankan diri, IT, Sains dan Teknologi, Geografi, Sejarah
malah Matematik untuk ahli-ahlinya melepasi setiap halangan!
Ia merupakan sebuah siri kanak-kanak yang bukan sahaja
menonjolkan identiti pahlawan Melayu dan rakyat Malaysia
sebenar,tetapi turut menerapkan ciri-ciri ilmu pengetahuan yang
harus ditonton oleh segenap lapisan masyarakat !

Anda mungkin juga menyukai