Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM IT-030-03:2013 PERKHIDMATAN RANGKAIAN
PROGRAM’S CODE & NAME KOMPUTER

TAHAP DAN SEMESTER


3 ( SEMESTER 2 )
LEVEL AND SEMESTER

KSK2013: COMPUTER SYSTEM SOFTWARE


INSTALLATION
KOD, TAJUK KURSUS DAN
KOMPETENSI (KV) / K1 CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE
COMPETENCY (KV), COURSE INSTALLATION
TITLE AND CODE K2 SET-UP COMPUTER PERIPHERALS
K3 CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST
K4 PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT

CO1 : COMPUTER SYSTEM SET-UP

NO. DAN TAJUK KOMPETENSI WA1 : ANALYSE JOB REQUEST/CHANGE ORDER


(NOSS) / WORK ACTIVITIES NO. WA2 : PREPARE COMPUTER SET-UP TOOLS,COMPUTER
HARDWARE PART AND COMPUTER SOFTWARE
AND STATEMENT (NOSS)
WA3 : SET-UP COMPUTER HARDWARE
WA4 : CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE
INSTALLATION
WA5 : SET-UP COMPUTER PERIPHERALS
WA6 : CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST
WA7 : PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT

NO.KOD KSKV /
KSK2013/P(3/9)
KSKV CODE NO.
Muka Surat : 1 Drp / 7
NO.KOD NOSS /
IT-030-03:2013-C01/P(3/9)
NOSS CODE NO.

TAJUK : SOFTWARE UPDATE

TUJUAN / PURPOSE :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai cara-cara untuk
melakukan software update.
MUKA SURAT / PAGE : 2
NO. KOD / CODE NO. KSK2013/P(3/9)
DRPD / OF :7

1. SEMAK KESESUAIAN SISTEM PENGOPERASIAN

Sistem Pengoperasian perlu dinaiktaraf secara berkala supaya ia bersesuaian dengan


perkakasan dan perisian terbaru. OS juga digalakkan untuk diperbaharui apabila
pembuatannya diberhentikan. Memperbaharui OS boleh meningkatkan tahap
persembahannya. Perkakasan terbaru biasanya akan menggunakan OS versi terbaru
supaya ia dapat dipasang dan berfungsi dengan baik. Walaupun proses
memperbaharui OS adalah mahal, namun ia juga memudahkan proses pemilihan,
pemasangan perkakasan yang terbaru kerana kebanyakan perkakasan yang dijual
kini memerlukan kesesuaian OS versi baharu.

Sebelum menaiktaraf sistem pengoperasian, pastikan keperluan minimum


perkakasan disemak supaya ia bersesuaian dengan OS yang baharu supaya
kesemua perkakasan dapat dipasang dengan baik pada komputer.

a) Panduan menaiktaraf OS

Pihak Microsoft telah menyediakan utility percuma dipanggil sebagai Upgrade


Assistant dalam Windows 8.1 dan 8, dan Upgrade Advisor dalam Windows 7 dan
Vista. Utiliti ini menyemak sistem perkakasan dan perisian yang tidak mengikut
kesesuaian sebelum menaiktaraf OS terbaru. Utiliti ini akan mengeluarkam laporan
berkaitan maslah yang dihadapi dan membantu anda untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Anda juga boleh memuat turun Upgrade Advisor ini daripada laman web
Microsoft Windows.
MUKA SURAT / PAGE : 3
NO. KOD / CODE NO. KSK2013/P(3/9)
DRPD / OF :7

Rajah 1 : Upgrade Advisor untuk Windows 7

2. MENAIKTARAF SISTEM PENGOPERASIAN WINDOWS

Proses menaiktaraf OS adalah lebih cepat daripada memasang OS yang baru. Proses
naiktaraf adalah bergantung pada versi OS yang dipilih. Sebagai contoh, tetapan utility
telah menggantikan fail Windows dengan fail Windows 8.1. Walau bagaimanapun,
aplikasi dan tetapan sedia ada telah disimpan sebelum menaiktaraf OS.

Versi OS menentukan ketersediaan pilihan naiktaraf. Sebagai conoth, OS 32-bit tidak


boleh menaiktaraf kepada OS 64-bit. Contoh lain adalah, Windows XP tidak boleh
menaiktarag kepada Windows 8.1. Sebelum menaiktaraf, pastikan anda menyemak
laman web pembangun OS terlebih dahulu. Sebelum melakukan naiktaraf pastikan
anda membuat back-up kesemua data untuk mengelakkan daripada berlaku
kehilangan data dan masalah ketika proses pemasangan berlaku.

Berikut merupakan langkah untuk menaiktaraf kepada Windows 8.1.

Langkah 1. Masukkan CD/DVD Windows 8.1 ke dalam pemacu optic. Kemudian,


Set Up window akan terpapar

Langkah 2. Pilih Install now.

Langkah 3. Anda diminta untuk memuat turun sebarang makluman penting


berkaitan kemaskini pemasangan

Langkah 4. Klik pada Agree to the End User License Agreement (EULA), dan
klik Next.

Langkah 5. Klik Upgrade. Sistem telah mula membuat salinan fail pemasangan
MUKA SURAT / PAGE : 4
NO. KOD / CODE NO. KSK2013/P(3/9)
DRPD / OF :7

Langkah 6. Ikut langkah naiktaraf sehingga selesai. Apabila proses naiktaraf telah
selesai komputer anda akan restart.

Rajah 2 : Upgrade Windows

3. WINDOWS UPDATE

Rajah 3 : Windows Update untuk Windows 7

Microsoft Windows Update digunakan untuk mengimbas perisian baru dan


memasang service packs dan patches.

Verikut merupakan langkah-langkah untuk memasang patches dan service packs


dalam Windows 7. Rajah 2 menunjukkan perkara yang perlu dikemaskini dan
dipasang.

Klik Start > All Programs > Windows Update


MUKA SURAT / PAGE : 5
NO. KOD / CODE NO. KSK2013/P(3/9)
DRPD / OF :7

4. KEMAS KINI PERISIAN

Rajah 4: Paparan Kemaskini Sistem

Rajah 5: Paparan Kemaskini Pemacu

a. Mengemaskini Perisian Aplikasi


i) Mengenalpasti Perisian Aplikasi
a) Meliputi perisian yang membolehkan seseorang melakukan tugas-
tugas atau aplikasi yang dikehendaki
b) Prosedur untuk semakan:
• Tekan menu Start ⇒ Settings ⇒ Control Panel
• Pilih ikon Add/Remove Programs
• Antaramuka Add/Remove Programs Properties akan
dipaparkan. Kita boleh menyemak perisian aplikasi pada
senarai yang disediakan.
• Klik Ok untuk keluar dari antaramuka tersebut.
MUKA SURAT / PAGE : 6
NO. KOD / CODE NO. KSK2013/P(3/9)
DRPD / OF :7

ii) Memperbaharui Perisian Aplikasi


a) Proses install sesebuah perisian aplikasi kepada versi yang lebih
tinggi juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu:
• CD full version
• CD Upgrade
• Internet

Nota:
Sekiranya menggunakan CD full version, pengguna perlu
membuang (remove) perisian aplikasi yang lama terlebih dahulu
sebelum menginstall perisian aplikasi yang baru
Bagi CD upgrade pula, pengguna hanya perlu reinstall terus tanpa
remove dahulu perisian yang lama

b. Mengemaskini perisian pemacu perkakasan


i) Sebahagian daripada perkakasan komputer memerlukan pemacunya
(driver) sendiri untuk bekerja dengan sempurna. Setelah memasang
perkakasan tersebut pada sistem komputer, kita perlu memasang
pemacu supaya perkakasan tersebut dapat berfungsi.
ii) Oleh kerana peredaran masa dan teknologi semakin canggih, maka
pengeluar perkakasan berlumba-lumba mengeluarkan perkakasan
terbaru yang lebih canggih dan sempurna mengikut peredaran semasa.
Maka dengan ini perkakasan memerlukan pemacu baru jika anda
menukar perkakasan baru dan memerlukan pemacu baru juga jika
pengeluar perkakasan tersebut menaiktarafkan kemampuan
perkakasan tersebut yang dipanggil “version”.
iii) Setiap pengeluar memperbaharui “update” setiap perkakasan yang
dikeluarkan supaya dapat bersaing di pasaran dan memenuhi keperluan
pengguna dari semasa ke semasa.
iv) Oleh yang demikian mengemaskini pemacu perkakasan komputer
penting untuk mendapatkan kemudahan yang lebih canggih mengikut
edaran semasa.
MUKA SURAT / PAGE : 7
NO. KOD / CODE NO. KSK2013/P(3/9)
DRPD / OF :7

v) Bagi mengemaskini pemacu perkakasan ini kita boleh dapatkannya dari


pembekal perkakasan itu sendiri atau pun yang lebih cepat adalah
melalui internet. Kita boleh muat turun pemacu perkakasan tersebut
terus ke komputer.
vi) Setelah kita mengemaskini pemacu perkakasan dengan yang baru
secara automatiknya pemacu perkakasan yang lama akan hilang.

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tujuan kemaskini perisian dilakukan.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Nyatakan panduan untuk menaiktaraf komputer.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCE :
1. http://awinwina06.blogspot.com/2011/08/apa-itu-perisian-komputer.html
2. http://ictbab2.blogspot.com/p/23-perisian.html

Anda mungkin juga menyukai