Anda di halaman 1dari 8

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

MENGESAN KEROSAKAN PAPAN LITAR UTAMA

Kandungan:

• Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama


• Kerosakan Semasa Proses Boot
• Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan Chipset
• Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan
• Senggaraan dan Baikpulih Papan Litar Utama

Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama

Secara umumnya, papan litar utama atau ‘motherboard’ adalah antara komponen paling
penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya:

1. Menghubungkan kesemua komponen-komponen utama komputer (CPU, memori


RAM, GPU / grafik, cakera keras, peranti I/O).
2. Mengawal perhubungan dan kawalan fungsi setiap komponen.
3. Diagnosis masalah dan ralat fungsi sistem komputer.

Gambar 1: Papan litar utama format ATX

syamsulum@yahoo.com 1
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

1. Papan Litar Utama (motherboard) Sebagai Tapak Sambungan


Setiap Komponen Komputer

Sewaktu proses pemasangan sistem, biasanya motherboard akan diuji terlebih


dahulu bersama-sama mikropemproses (CPU), memori (RAM), dan kad grafik.
Kesemua komponen ini akan dipasang bersama-sama dan dihubungkan dengan
sebuah monitor pada palam VGA kad grafik. Sambungkan bekalan kuasa (power
supply unit -PSU) kepada motherboard dan pintaskan pin ‘power on’ untuk
menghidupkan sistem. Apabila paparan POST kelihatan pada skrin, sistem itu telah
sedia dan boleh digunakan.

Gambar 2: Pemasangan dan ujian komponen utama komputer

Pintaskan kembali pin ‘power on’ selama 10 saat untuk mematikan sistem. Pasang
motherboard ke dalam perumah komputer (casing) dan sambungkan kesemua
komponen yang diperlukan ke dalam slot atau palam yang sesuai. Berikut adalah
ringkasan slot/soket motherboard dan komponen yang boleh disambungkan
kepadanya:

Slot / Soket Komponen


Soket CPU Mikropemproses
Slot memori Memori RAM (SDRAM, DDRAM)
Slot AGP / PCI-E Kad Grafik
Slot PCI Kad Bunyi, Kad Rangkaian, Kad Modem, Kad TV,
Palam IDE Cakera Keras, Pemacu CD-ROM, Pemacu DVD
Palam FDD Pemacu Cakera Liut (floppy)

syamsulum@yahoo.com 2
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

2. Kawalan Fungsi Setiap Komponen

Selain menjadi tapak yang menghubungkan setiap komponen komputer,


motherboard juga berfungsi untuk mengawal fungsi setiap komponen. Untuk itu,
motherboard dimuatkan dengan beberapa cipset kawalan dan setiapnya unik untuk
kawalan komponen tertentu sahaja. Dibawah disenaraikan beberapa cipset yang
utama dan fungsinya:

Cipset Kawalan
Northbridge Mikropemproses CPU, memori RAM, Kad Grafik (slot AGP
/PCI-Express), Grafik bina dalam (onboard)
Southbridge Slot PCI, Palam IDE, Palam FDD, Palam SATA, Palam USB,
Palam I/O* (peranti input/ouput)
BIOS (EEPROM) Uji & kawal fungsi komponen (proses POST & CMOS setup)

Gambar 3: Pelan asas papan litar utama


*Palam I/O biasanya dikawaloleh cip khas Super I/O untuk motherboard versi lama

syamsulum@yahoo.com 3
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

3. Diagnosis dan Kawalan Fungsi Komponen

Bagi memastikan setiap komponen berfungsi dengan betul, motherboard akan


melaksanakan proses semakan yang dikenali sebagai POST (Power On Self Test)
sebaik sahaja komputer dihidupkan. Berikut adalah ringkasan proses yang berlaku:

Komputer dihidupkan

BIOS dimulakan

Mulakan proses 'POST' (diagnosis kehadiran/keadaan perkakasan)

Semak/kemaskini CMOS (cip yang simpan maklumat perkakasan & cara guna
perkakasan)

Memulakan program OS (operating system - seperti Windows, Linux, ataupun Unix)
Rajah 1: Turutan proses apabila komputer dihidupkan (dikenal sebagai BOOT)

Tujuan proses POST adalah:


• Semak kehadiran perkakasan
• Uji fungsi asas perkakasan
• Maklumkan ralat / kerosakan kepada pengguna

Proses POST sebenarnya adalah proses ujian yang dilakukan oleh sistem
pengoperasi kecil pada motherboard, digelar BIOS (Basic Input Output System).
Tanpa BIOS, motherboard tidak dapat berfungsi. BIOS adalah aturcara kecil yang
disimpan di dalam sebuah cipset digelar ROM (Read Only Memory). BIOS lazimnya
dibina untuk menyokong perkakasan tertentu sahaja. Bagi memastikan ia mampu
menyokong teknologi / perkakasan baru, cipset ROM telah digantikan dengan cipset
baru digelar EEPROM (Electronically Erasable Programmable ROM – memori boleh
padam dan diprogramkan semula). Oleh itu, BIOS pada masa kini lazimnya boleh
diperbaharui (update) untuk menyokong perkakasan baru.

Kebanyakan perkakasan mempunyai BIOS. Lazimnya BIOS pada motherboard akan


berinteraksi dengan BIOS perkakasan lain (seperti BIOS kad grafik) bagi mengetahui
maklumat perkakasan tersebut.

Maklumat perkakasan ini seterusnya akan disimpan di dalam cip CMOS**


(Complementary Metal Oxide Semiconductor) iaitu cip yang mampu menyimpan
maklumat perkakasan dan ketetapan pengguna. Sewaktu BIOS membaca maklumat
perkakasan, data yang diperolehi akan dibandingkan dengan data yang disimpan di
dalam CMOS. Jika terdapat perbezaan, maklumat di dalam CMOS akan digantikan
(update). CMOS adalah memori jenis meruap (tidak kekal). Bagi memastikan
datanya tidak hilang, sebuah bateri digunakan bagi membekalkan kuasa padanya
sewaktu komputer dimatikan. Selain menyimpan maklumat terkini perkakasan,
CMOS juga menyimpan maklumat tarikh dan masa.
**pada masa kini, cip CMOS telah digabungkan bersama-sama chipset Southbridge

syamsulum@yahoo.com 4
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

Gambar 4: Contoh paparan CMOS setup

Paparan CMOS Setup boleh digunakan bagi mengubah arahan dalam CMOS.
Antara perkara yang boleh kita lakukan dalam CMOS setup (atau BIOS setup)
adalah:
• Melihat maklumat berkenaan perkakasan
• Menukar tarikh dan masa sistem
• Mengawal fungsi perkakasan
• Menukar keutamaan BOOT*** bagi mencari OS (Operating System)

*** Proses carian OS boleh berlaku pada harddisk, cd-rom, disket, USB, ataupun rangkaian.

Bagi memasuki persekitaran CMOS Setup, tekan salah satu daripada kombinasi
kekunci berikut sewaktu proses POST:

• Del
• F2
• F10
• Ctrl + Alt + Esc

Jujukan kekunci ini bergantung kepada jenis BIOS


yang digunakan (biasanya maklumat ini akan
dipaparkan pada skrin monitor semasa komputer
dihidupkan). Antara jenis BIOS yang ada di pasaran
adalah:

• Phoenix
• Award (kini dimiliki oleh Phoenix)
• Phoenix-Award
• American Megatrends Inc.(AMI)
• Insyde Gambar 5: Cip BIOS

syamsulum@yahoo.com 5
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

Kerosakan Semasa Proses Boot

Proses Boot adalah istilah bagi komputer yang dihidupkan dan memulakan sistem
pengoperasi (OS) seperti Windows. Walau bagaimanapun, proses boot ini boleh
terganggu sekiranya berlaku sebarang masalah sewaktu proses berlangsung.

Berikut adalah ringkasan proses boot;

Komputer dihidupkan

Bekalan Kuasa uji kestabilan kuasa

CPU mulakan BIOS

BIOS laksanakan proses 'POST'

BIOS grafik dibaca

Maklumat memori RAM dan CPU dibaca

POST baca maklumat perkakasan & bandingkan
dengan maklumat dalam memori CMOS

Maklumat CMOS diperbaharui

BIOS mulakan carian OS (proses bootstrap)

Memulakan program OS

OS ambil alih kawalan PC dari BIOS
Rajah 2: Turutan proses komputer dihidupkan dan memulakan OS

Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan Chipset

Kerosakan yang melibatkan slot-slot pengembangan dan chipset lazimnya adalah


kerosakan yang serius dan tidak dapat dibaiki (oleh juruteknik biasa). Antara faktornya:
• Arus berlebihan
o Apabila berlaku lebihan arus, chipset dan komponen lain
boleh rosak. Apabila chipset rosak, slot pengembangan
yang dikawalnya akan turut gagal berfungsi.
• Kebocoran kapasitor
o Ini boleh berlaku akibat beban (arus) berlebihan, bahan
binaan kapasitor tak bermutu, atau faktor dimakan usia.
• Litar pintas
o Ini terjadi apabila dua (atau lebih) litar yang tidak Gambar 6:
berpasangan bersambung akibat: Kebocoran elektrolit Kebocoran
(cecair) kapasitor, ataupun kesilapan pintasan jumper. kapasitor

syamsulum@yahoo.com 6
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan

Bagi memudahkan diagnosis, pesanan-pesanan kesalahan (error code) semasa proses


POST boleh dijadikan panduan. Setiap pesanan atau kod kesalahan menandakan
kerosakan yang tertentu bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan.

Kod kesalahan atau kod ralat ini ditunjukkan dalam 2 cara:


1. Paparan kod ralat pada skrin
2. Bunyi kod ralat

Kod ralat pada skrin dipaparkan dalam bentuk teks. Kesalahan seperti ini boleh
dikatakan tidak begitu serius kerana tidak melibatkan unit pemprosesan **** komputer.
Contohnya adalah:
• Kesilapan maklumat CMOS
(akibat kesilapan ketetapan
CMOS atau bateri CMOS habis)
• Peranti I/O (mouse atau
keyboard) bermasalah
• Pemacu storan data (harddisk,
Gambar 7: Kod ralat BIOS
disket) bermasalah

**** Unit pemprosesan merujuk kepada fungsi gabungan motherboard, CPU, dan RAM

Untuk kod bunyi pula, kod ralat adalah berbeza mengikut jenis BIOS. Maklumat di
bawah boleh dijadikan panduan bagi mengenali kod ralat bunyi:

1. Bunyi frekuensi tinggi/rendah (bunyi siren)


Ini bermakna suhu CPU anda terlalu panas. Semak:
 kipas CPU sama ada berpusing atau tidak (semak kabel kuasanya)
 sambungan heatsink (sirip penyejuk) CPU - disambung betul atau tidak
 sentuhan heatsink - menyentuh CPU dengan baik atau tidak (semak juga pad
atau cecair silikon/penyejuk pada heatsink)

2. Kod bunyi (beep code) BIOS AMI


Satu bunyi beep pendek akan kedengaran apabila proses boot berjaya.

Bunyi beep Kod kesalahan


1 pendek Kegagalan System RAM refresh
2 pendek Kesalahan litar memory parity
3 pendek Kegagalan memori asas 64KB
4 pendek Kegagalan system timer
5 pendek Kegagalan CPU
6 pendek Kegagalan 8042 – Gate A20 (keyboard)
7 pendek Kesilapan Processor exception interrupt
8 pendek Kegagalan memori baca/tulis Paparan (grafik)
9 pendek Kesilapan checksum cip ROM BIOS
10 pendek Kesilapan pendaftar baca/tulis CMOS shutdown

syamsulum@yahoo.com 7
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

11 pendek Kesilapan memori Cache


1 panjang, 3 pendek Kegagalan ujian memori Conventional/Extended
1 panjang, 8 pendek Kegagalan ujian Paparan/Retrace

3. Kod bunyi BIOS Award


Sama seperti AMI, satu bunyi beep akan kedengaran apabila proses boot berjaya. Kod-
kod Award di bawah adalah sebagai rujukan dan mungkin berbeza mengikut jenama
motherboard yang digunakan (kod mungkin diubah oleh pembuat motherboard).

Bunyi beep Kod kesalahan


2 pendek Kesalahan ubahsuai CMOS
1 panjang, 1 pendek Kesalahan DRAM atau motherboard
1 panjang, 2 pendek Kesalahan monitor atau kad grafik
1 panjang, 3 pendek Kesalahan keyboard
1 panjang, 9 pendek Kesalahan ROM BIOS
Beep panjang berterusan Kesalahan DRAM
Beep pendek berterusan Kesalahan bekalan kuasa

4. Kod bunyi BIOS IBM


Biasanya, satu bunyi beep pendek kedengaran apabila BIOS IBM memulakan proses
POST, diikuti proses POST biasa yang menandakan PC berjaya boot dengan normal.

Bunyi beep Kod Kesalahan


2 pendek Kesalahan initialization
1 panjang, 1 pendek Kesalahan motherboard
1 panjang, 2 pendek Kesalahan adapter video (MDA, CGA)
1 panjang, 3 pendek Kesalahan adapter grafik EGA/VGA
3 panjang Kesalahan adapter keyboard 3270
Beep pendek berterusan Masalah bekalan kuasa atau motherboard
Berterusan Masalah bekalan kuasa, motherboard, atau keyboard
Tiada Masalah bekalan kuasa atau motherboard

5. kod bunyi BIOS Compaq


Komputer akan .berbunyi beep pendek sekali apabila proses boot berjaya.

Bunyi beep Kod kesalahan


2 pendek Kesalahan umum
1 panjang, 1 pendek Kesalahan ROM BIOS checksum
1 panjang, 2 pendek Kesalahan adapter Video

syamsulum@yahoo.com 8

Anda mungkin juga menyukai