Anda di halaman 1dari 9





SINOPSIS
Novel Formula Termodinamik ini berlatarbelakangkan Kampung Warisan di Papar
Sabah. Amir dan Asma mengimbau kehidupan mereka sewaktu kecil. Kini, mereka
bertemu semula setelah meningkat remaja. Usamah menuntut di Politeknik Perak
manakala Amir pula menuntut di Politeknik Putatan. Asma pula menuntut di maktab
perguruan. Asma merupakan dua pupu Amir dan Usamah.

Perbualan Amir dan Asma terhenti apabila Usamah datang. Usamah


memberitahu mereka bahawa Amir menerima e-mail daripada Profesor Othman.
Mereka terus ke bilik dan berkomunikasi secara talian dengan Profesor Othman.
Mereka berbincang tentang projek pengubahsuaian mesin rumput yang terpakai
lalu memaparkan grafik model mesin tersebut yang telah diprogramkan. Profesor
Othman mengucapkan syabas dan sedia menghulurkan bantuan.

Amir meminta Profesor Othman menitipkan Formula Dua Hukum Popular.


Setelah menerima sedikit penerangan dan memahami formula tersebut, Amir
bertekad untuk menyiapkan mesin tersebut dalam masa sehari dua. Amir dan
rakannya, Usamah berkaya mencipta dan mengubah suai fungsi mesin rumput
yang terpakai untuk petani melakukan kerja-kerja menanam padi. Mesin yang
dinamakan 2 dalam 1 itu diubah suai berpandukan Formula Dua Hukum Popular.

Rancangan Amir dan Usamah itu diketahui oleh Aswan yang merupakan dua
pupu Amir dan Usamah tidak senang duduk apabila tersebarnya berita Amir dan
rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1. Dia mahu menyaingi mereka dan ingin
menebus kekecewaannya ketika belajar di Politeknik dahulu. Fikri dan Majibon ialah
rakan baik Aswan yang setia dan sabar akan kerenahnya. Mereka faham akan
sikap Aswan yang tidak senang hati jika ada orang lain yang lebih hebar
daripadanya. Namun begitu, di sebalik keangkuhan Aswan, masih terselit sifat
pemurah yang menyebabkan kedua-dua orang rakannya masih setia
terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan oleh Aswan untuk menyaingi ciptaan Amir
dan Usamah. Aswan berjaya mencuti pemacu pena yang mengandungi Formula
Termodinamik. Dia juga hampir terlibat dengan jenayah siber kerana pemacu pena
tersebut mengandungi maklumat perniagaan sebuah syarikat yang tidak
diketahuinya. Dia nyaris-nyaris berjaya untuk melakukan pemindahan wang haram.

Aswan, Majibon dan Fikri menghadiri majlis sambutan Hari Krismas di rumah
Majibon. Hujan yng turun mencurah-curah mengakibatkan mereka hanyut dibawa
arus deras. Namun begitu, mereka bernasib baik kerana sempat berpaut pada
dahan kayu yang besar. Saat genting tersebut menyebabkan keinsafan mula
menjalar ke seluruh urat saraf Aswan. Kehadiran Amir untuk menyelamatkannya
menyebabkan Aswan berasa sangat malu. Aswan berterus-terang tentang segala
perbuatannya selama ini terhadap Amir dan memohon maaf atas keterlanjuran
tersebut. Amir tidak menyimpan sebarang dendam dan sedia memaafkan Aswan
dan rakan-rakannya.

Persoalan ketiadaan Asma selama beberapa hari akhirnya terjawab. Asma


akan melangsungkan perkahwinannya dengan abang Aswan, iaitu Asman. Mereka
sebenarnya telah ditunangkan sejak kecil lagi. Hal ini menyebabkan Amir
diselubungi perasaan hampa, namun dia akur dengan takdir yang telah
ditentukan. Sesekali perasaan menyesal hadir kerana dia tidak berterus-terang
tentang perasaannya terhadap Asma selama ini. Ciptaan Amir dan Usamah telah
memenangi Anugerah Saintis Muda. Hal ini melayakkan mereka melanjutkan
pelajaran ke luar negara dengan mendapat tajaan biasiswa. Mereka bertekad
untuk membawa pulang kejayaan yang lebih gemilang.

TEMA
Kegigihan dan cabaran yang dihadapi oleh dua orang remaja yang kreatif dan
inovatif dalam menghasilkan mesin ciptaan mereka. Dalam novel ini, Amir dan
Usamah gigih melakukan pengubahsuaian terhadap mesin rumput terpakai
berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik yang dinamakan 2 dalam
1. Pada masa yang sama, kejayaan tersebut menyebabkan Amir dan Usamah, iaitu
Aswan berasa sangat tercabar dan mahu orang kampung berasa bangga
dengannya. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh Aswan untuk memastikan
rancangannya berjaya.

PERSOALAN
a. Usaha yang gigih dan ikhlas akhirnya membuahkan kejayaan.
Amir dan Usamah telah memenangi Anugerah Saintis Muda melalui rekaan
mesin 2 dalam 1. Kejayaan itu juga membolehkan mereka mendapat
pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
b. Kreativiti dan inovasi sangat penting dalam penghasilan sesuatu ciptaan.
Mesin rumput yang sedia ada telah diubah suai oleh Amir dan Usamah
dengan menggunakan kreativiti dan inovasi sehingga akhirnya tercipta
sebuah mesin baharu yang sangat berguna.
c. Ilmu sangat penting untuk kelangsungan hidup.
Aswan sangat menyesal kerana tidak menggunakan peluang pendidikan
yang terbuka luas untuknya. Namun sebaliknya peluang yang ada dia
persia-siakannya.
d. Kemahiran menggunakan teknologi komputer sangat penting dalam
penghasilan sesuatu ciptaan.
Amir menggunakan lukisan grafik untuk mencipta mesin itu lalu
menggabungkannya dengan formula termodinamik serta menggunakan
kod-kod tertentu dalam penghasilan tersebut.
e. Sikap iri hati dan persaingan yang tidak sihat akhirnya membawa padah.
Aswan telah mencuri pemacu pena milik Amir. Pemilikan pemacu pena
tersebut secara haram nyaris-nyaris mengakibatkan Aswan terlibat dengan
jenayah siber.
f. Faktor pemilihan rakan dalam kehidupan adalah sangat penting.
Fikri sentiasa mengingatkan Asawan dalam membuat sebarang keputusan.
Oleh sebab takut kehilangan orang yang setia dengannya, Asawan akur
dengan nasihat Fikri. Atas nasihat Fikri, Aswan menangguhkan niatnya untuk
melakukan pemindahan wang sebanyak RM1.3 juta.
g. Sesuatu cabaran yang sangat pahit dan sukar akhirnya akan manis jika
ditempuhi dengan penuh rela dan ditangani dengan bijak.
Amir kehilangan pemacu pena yang tersimpan formula penting serta data
Syarikat Bahagia. Namun begitu, Amir dan Usamah tidak berputus asa
malahan menghadapinya dengan penuh sabar dan bijaksana. Sikap
mereka itu telah membuatkan Asawan berasa malu dan berubah menjadi
sahabat yang baik.
WATAK DAN PERWATAKAN
a. Watak utama dalam novel ini ialah Amir.
b. Watak-watak sampingannya terdiri daripada Usamah, Asma, Aswan,
Majibon, Fikri, Adnin, Zaid, Intan dan Damit.

Watak Perwatakan

Amir  Penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am.


 Pemuda berdarah kacukan Cina dan Brunei.
 Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
 Mempunyai mata yang sepet dan berkulit putih pucat.
 Remaja yang kreatif dan inovatif.
 Bersifat pemaaf dan tidak berdendam.
 Sedia berkongsi ilmu dengan orang lain.
 Sepupu Usamah.
 Menyimpan perasaan terhadap Asma, tetapi tidak diluahkan.

Usamah  Penuntut di Politeknik di Perak.


 Remaja yang kreatif dan inovatif.
 Sepupu dan rakan baik Amir.
 Dua pupu Asma.
 Bijak dalam mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia.
 Rajin berjoging.
 Seorang yang berfikiran positif.
 Bersikap kurang sabar.

Asma  Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei.


 Mempunyai ibu yang bernama Mak Cik Jinab.
 Berkulit putih dan mempunyai ketinggian yang sederhana.
 Dua pupu dengan Amir dan Usamah.
 Menuntut di maktab perguruan.
 Tidak suka mengungkit soal peribadi keluarga Aswan.
 Merupakan tunang kepada Asman, iaitu abang Aswan.

Aswan  Anak jati Kampung Warisan, Papar.


 Anak seorang ahli perniagaan yang berjaya.
 Pantang dicabar.
 Lepasan politeknik.
 Mempunyai seorang abang, iaitu Asman yang menuntut di
United Kingdom.
 Berbadan gempal dan berkulit cerah.
 Dua pupu Amir dan Usamah.
 Suka mendabik dada dengan kehebatannya.
 Suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

Majibon  Berketurunan Dusun.


 Rakan baik Aswan dan Fikri.
 Sentiasa menyokong segala cadangan Aswan.
 Suka memuji dan mengampu Aswan.
 Merupakan kawan baik Amir dan Usamah sewaktu kecil.

Fikri  Rakan baik Aswan dan Majibon.


 Sahabat yang setia.
 Sentiasa menasihati Aswan dengan perkara-perkara yang baik.
 Bosan akan sikap angkuh Aswan.
 Bekerjasama dengan Aswan untuk mencipta mesin menanam
padi.

Adnin dan  Remaja yang sedang menunggu keputusan SPM.


Zaid  Selalu berada bersama-sama dengan Amir dan Usamah untuk
menyiapkan projek pengubahsuaian mesin rumput 2 dalam 1.
 Mempunyai tanggapan buruk terhadap Aswan, Fikri dan
Majibon.

Intan  Ibu kepada Amir, Joy dan Lily.


 Isteri kepada Damit.
 Pegawai kanan di Jabatan Alam Sekitar.

Damit  Bapa kepada Amir.


 Berbadan gempal dan berkulit cerah.
LATAR
LATAR TEMPAT

a) Kampung Warisan, Papar, Sabah


Tempat Amir, Usamah, Aswan, Fikri dan Majibon dilahirkan dan dibesarkan.
b) Bilik pembedahan
Tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya.
c) Kampung Pimping
Tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis
perkahwinan Asma dan Asman.
d) Sawah padi
Tempat Amir, Usamah dan Asma berlari-lari.
e) Bilik
Tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan Profesor
Othman di skrin komputer.
f) Tepi sungai
Tempat Amir, Usamah dan Asma memancing ikan.
g) Atas tangga, rumah Amir
Tempat Amir termenung dan memikirkan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik.
h) Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia-Putatan
Tempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan
maklumat Syarikat Bahagia.
i) Rumah Majibon
Tempat sambutan Majlis Hari Krismas diadakan.
NILAI
a. Kasih sayang
Amir, Usamah dan Asma sangat menyayangi nenek mereka. kasih sayang
mereka jelas dibuktikan semasa nenek mereka sedang sakit dan ditahan di
wad hospital.
b. Baik hati
Amir menolong Aswan, Fikri dan Majibon yang hampir lemas dihanyutkan
oleh air ketika menghadiri majlis Hari Krismas di rumah Majibon.
c. Bekerjasama
Amir dan rakan-rakannya bekerjasama untuk mencipta mesin 2 dalam 1.
d. Kegigihan
Amir dan Usamah gigih menyiapkan mesin terpakai untuk kegunaan para
tani.
e. Tanggungjawab
Amir menyiapkan projek mengubah suai mesin rumput dengan penuh rasa
tanggungjawab.
f. Kepasrahan
Amir menerima ketentuan takdir, iaitu Asma sudah menjadi milik abang
Aswan dengan hati yang terbuka.
PENGAJARAN
a. Kita perlulah berusaha dengan gigih dan ikhlas.
Hal ini terbukti apabila Amir dan Usamah telah memenangi Anugerah Saintis
Muda melalui rekaan mesin 2 dalam 1. Kejayaan ini tercapai apabila mereka
gigih berusaha dan menghadapi segala cabaran serta dugaan dengan
penuh keikhlasan.
b. Kita haruslah memiliki kreativiti dan inovasi terutamanya zaman moden ini.
Hal ini merujuk kepada mesin yang sedia ada telah diubah suai dengan
menggunakan kreativiti dan inovasi dan akhirnya penciptaan mesin ini
mendapat sambutan kerana mudah dikendalikan serta kosnya agak murah
kerana menggunakan mesi terpakai.
c. Kita juga perlu memiliki ilmu kerana ilmu sangat penting untuk meneruskan
kelangsungan hidup.
Aswan berasa sungguh menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh
dan lebih suka berfoya-foya.
d. Kemahiran menggunakan komputer haruslah dimiliki dalam kehidupan yang
serba moden ini.
Keselamatan sesebuah syarikat boleh dikawal menggunakan sistem
komputer.
e. Kita tidak harus bersikap iri hati apabila melihat kejayaan orang lain.
Hal ini terbukti bahawa sikap Aswan yang berasa sangat tercabar dan iri hati
apabila mengetahui kejayaan Amir dan Usamah dalam mencipta mesin 2
dalam 1.
f. Kita perlulah berhati-hati dalam memilih rakan-rakan.
Fikri dan Majibon yang sentiasa menasihati Aswan dalam segala hal. Fikri dan
Majibon merupakan rakan setia Aswan.
g. Kita hendaklah menganggap setiap cabaran yang pahit dan sukar, akhirnya
menjadi manis jika kita tempuhi dengan penuh redha dan ditangani dengan
baik.
Hal ini terbukti apabila Amir dan Usamah menghadapi pelbagai rintangan
sebelum berjaya meraih Anugerah Saintis Muda yang akhirnya melayakkan
mereka mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Anda mungkin juga menyukai