Anda di halaman 1dari 3

NOVEL

(PELARI MUDA)
CONTOH-CONTOH SOALAN

1) PERWATAKAN KAMARUL

Novel yang saya kaji berjudul Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia. Kamarul
merupakan watak utama dalam novel ini.

Perwatakan yang menarik bagi Kamarul ialah dia merupakan seorang yang gigih.
Sebagai contoh, Kamarul diduga dengan rintangan yang berat  dalam hidupnya setelah dia
menjadi seorang yang terkenal kerana memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Brunei.

Selain itu, Kamarul sangaty menghurmati orang tuanya. Contohnya, Kamarul


sentiasa berlemah lembut ketika bercakap dengan emaknya, Mak Jah.

Di samping itu, Kamarul seorang yang mudah insaf atas kesilapannya. Sebgai contoh,
Kamarul insaf akan kesilapannya yang selalu bersikap sombong dan kasar terhadap rakan-
rakan dan jurulatihnya. Setelah sedar akan perbuatannya itu, dia kembali berlatih di bawah
kendalian Encik Kadir sehingga berjaya menjadi juara dalam bidang yang diceburi.

2. LATAR MASYARKAT

Berdasarkan novel Pelari Muda yang dikarang oleh Ghazali Ngah Azia, terdapat
banyak latar masyarakat yang boleh didapati dalam novel ini.

Antaranya, masyarakat murid yang aktif bersukan. Contohnya, Kamarul, Sures, Suradi
dan Saridah merupakan murid sekolah yang bergiat aktif dalam sukan olahraga.

Selain itu, masyarakat yang prihatin tehadap orang sekelilingnya. Contohnya, Juriah
menasihati Saridah yang bersedih dengan sikap Kamarul yang dingin terhadapnya.

Seterusnya, masyarakat yang angkuh dan sombong apabila memperoleh kejayaan.


Contohnya, Kamarul mula bersikap angkuh apabila dia dapat menyertai Kejohanan Sukan
SEA di Brunei dan menjadi popular.
3.LATAR TEMPAT

Merujuk pada novel penulisan Ghazali Ngah Azia iaitu Pelari Muda, terdapat
beberapa latar tempat yang menjadi lokasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Antara latar tempat yang terdapat di dalam novel ini, adalah di rumah Kamarul.
Contoh peristiwa yang berlaku ialah Kamarul membaca akhbar dan meneliti berita sukan
tanah air. Selepas membaca kenyataan yang dibuat Encik Kadir di dalam akhbar, dia
menusuk gambar Encik Kadir dengan jari-jarinya kerana marah akan tindakan Encik Kadir
yang membuat kenyataan mengenai disiplin para atlet negara. Dia merasakan bahawa
kenyataan itu  sengaja dibuat untuk ditujukan kepadanya.

Selain itu, adalah di Pusat Sukan Kampung Pandan. Contoh peristiwa yang terjadi di
sini ialah Kamarul kalah dengan Sures dan Suradi iaitu dua orang pesaing yang tidak pernah
berjaya melawannya sebelum ini dalam acara larian. Selepas beberapa kali membuat larian,
Encik Kadir meminta semua pelatih lain beredar kecuali Kamarul. Dia manasihati Kamarul
tetapi nasihat yang diberi langsung tidak diendahkan oleh Kamarul malah diprovokasikan.

Akhir sekali, adalah latar tempat di Gimnasium A. Di tempat ini, Kamarul telah
berkenalan dengan seorang pelari Filipina yang cemerlang pretasinya iaitu De Wega. De
Wega mengatakan kepada Kamarul bahawa dia selalu mengikuti perkembangannya dan
atlet-atlet lain dari Malaysia dan negara-negara lain. Sebelum bersurai, De Wega
memberikan kata-kata semangat kepada Kamarul. 

4. NILAI

Berdasarkan novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia, tedapat beberapa nilai
murni yang ditonjolkan oleh penulis supaya dapat dijadikan ikutan buat pada pembaca.

Antaranya adalah nilai kepatuhan. Contohnya, Sures menuruti arahan Encik Kadir
semasa sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Nilai kepatuhan terhadap jurulatihnya
telah menjadikan dia seorang yang berjaya dalam acara lumba lari walaupun bertanding
dengan Kamarul iaitu orang yang tidak dapat dikalahkannya suatu masa dahulu.

Selain itu, adalah nilai ketegasan. Contohnya, Adibah iaitu sebagai ketua kelas begitu
tegas dengan menghalang Kamarul daripada keluar kelas sebelum loceng berbunyi.

Akhir sekali, adalah nilai keinsafan. Sebagi tamsilan, Kamarul insaf akan sikapnya
yang sombong, bongkak dan bersikap kasar terhadap jurulatih dan kawan-kawannya.
Kamarul mulai insaf akan kekhilafan dirinya setelah terlibat dalam kemalangan dan terlantar
di hospital. Dia berasa terharu akan perbuatan jurulatihnya, Encik Kadir yang sentiasa
mengambil berat terhadap kesihatannya.

5. PERSOALAN

Berdasarkan novel yang saya kaji ketika tingkatan satu yakni Pelari Muda karya
Ghazali Ngah Azia, terdapat beberapa persoalan di dalam novel ini.

Antaranya adalah persoalan kemasyuran diri telah menjadikan seseorang itu lupa
daratan. Contohnya, Kamarul telah berlaku sombong dan angkuh selepas dia berjaya
mewakili negara dalam Kejohanan Sukan SEA di Brunei. Dia sengaja menguzurkan diri
daripada menghadiri latihan di bawah bimbingan jurulatihnya, Encik Kadir dan bersikap
tidak endah terhadap kawan-kawan seperjuangannya yang lain.

Selain itu, adalah persoalan keberanian seorang sahabat menegur demi kebaikan.
Contohnya, Saridah berani menegur Kamarul yang telah bersikap sombong apabila menjadi
seorang yang popular. Keberanian Saridah ini telah menyebabkan hubungannya dengan
Kamarul menjadi tegang.

Akhir sekali, adalah persoalan disiplin diri yang mantap menjadi kunci untuk
menggenggam kejayaan. Contohnya, kecergasan Kamarul merosot sehingga dia kalah
kepada Sures dan Suradi yang tidak pernah berjaya mengalahkannya sebelum ini. Hal ini
disebabkan oleh sikap Kamarul yang selalu ponteng latihan dan kurang berdisiplin. Akan
tetapi, selepas terlibat dalam kemalangan, dia insaf akan perbuatannya dan menebus
kesilapannya kepada Encik Kadir dengan menghadirkan diri semasa sesi latihan. Akhirnya,
hasil disiplinnya menghadiri latihan, Kamarul berjaya memenangi acara 400 meter.

Anda mungkin juga menyukai