Anda di halaman 1dari 5

Novel Pelari Muda : Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 1)

TEMA
Novel Pelari Muda mengungkapkan tema tentang semangat juang anak muda
menghadapi pelbagai cabaran demi mengejar cita-cita. Contohnya Kamarul
diduga dengan cabaran berat dalam hidupnya setelah dia menjadi terkenal
kerana memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Brunei. Hubungan
dengan rakan-rakannya semakin renggang kerana mereka menganggap dia
semakin sombong dan sikapnya sudah berubah apatah lagi apabila dia
enggan bertanding dalam kejohanan kecil seperti sukan tahunan sekolah.
Kamarul cuba menafikan perkara itu namun akur bahawa dia semakin kurang
menjalani latihan pusat dan bersikap biadap apabila ditegur oleh jurulatihnya.

………………………………………………………………

PERSOALAN
Kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi
– Sures berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rekod masa
lariannya supaya dia dapat menewaskan rekod masa Kamarul.

Hubungan antara kawan baik


– Hubungan Kamarul dengan Saridah sangat rapat. Ibu Kamarul juga
menyayangi Saridah seperti anaknya. Mak Jah tidak mahu Kamarul bergaduh
dengannya lama. Hubungan Saridah dengan Juriah. Saridah sering
menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Juriah. Juriah juga
menasihati Saridah supaya fokus akan pelajaran dan bukan bermain
perasaan.

Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap atletnya


– Encik Kadir juga mengambil berat tentang prestasi atlet-atletnya yang lain
seperti prestasi Suradi yang naik dan turun.

Kesabaran menghadapi karenah manusia


– Encik Kadir bersabar dengan tingkah laku Kamarul yang kurang berdisiplin.
Daripada memarahinya, beliau menasihati Kamarul dan memberikan pingat
emas sebagai pembakar semangatnya. Beliau juga melawat Kamarul yang
terlantar sakit kerana kamalangan di hospital walaupun Kamarul telah
menyakiti hatinya.

Keprihatinan masyarakat terhadap musibah yang dihadapi orang lain


– Mak Jah prihatin dengan masalah yang dihadapi anaknya. Dia bertanyakan
masalah yang dihadapi Kamarul setelah berasa pelik dengan perlakuannya
yang tidak seperti kebiasaannya.

Novel yang saya kaji berjudul Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia. Kamarul merupakan
watak utama dalam novel ini.
Perwatakan yang menarik bagi Kamarul ialah dia merupakan seorang yang gigih. Sebagai
contoh, Kamarul diduga dengan rintangan yang berat dalam hidupnya setelah dia menjadi
seorang yang terkenal kerana memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Brunei.

Selain itu, Kamarul sangaty menghurmati orang tuanya. Contohnya, Kamarul sentiasa
berlemah lembut ketika bercakap dengan emaknya, Mak Jah.

Di samping itu, Kamarul seorang yang mudah insaf atas kesilapannya. Sebgai contoh,
Kamarul insaf akan kesilapannya yang selalu bersikap sombong dan kasar terhadap rakan-
rakan dan jurulatihnya. Setelah sedar akan perbuatannya itu, dia kembali berlatih di bawah
kendalian Encik Kadir sehingga berjaya menjadi juara dalam bidang yang diceburi.

PERWATAKAN SARIDAH

Merujuk pada novel penulisan Ghazali Ngah Azia iaitu Pelari Muda, terdapat beberapa orang
watak sampingan yang membantu dalam perkembangan plot cerita ini. Antara watak
sampingan yang selalu berdamping dengan watak utama ialah Saridah Binti Johari.

Antara perwatakan Saridah ysng jelas kelihatan dalam novel ini ialah dia merupakan seorang
yang menepati janji. Sebagai bukti, dia menunggu Kamarul pada waktu rehat di
perpustakaan. Pada awalnya, mereka telah berjanji untuk bertemu di lokasi tersebut untuk
membincangkan masalah yang terjadi. Namun begitu, Kamarul langsung tidak menunjukkan
batang hidungnya sehinggalah waktu rehat berakhir.

Selain itu, Saridah juga merupakan seorang yang pemaaf. Sebagai contoh, dia sudi
memaafkan kesalahan Kamarul. Dia telah menulis surat kepada Kamarul dan meminta Juriah
untuk menghantarkan surat tersebut. Dalam surat tersebut, Saridah meminta maaf kepada
Kamarul dan menyatakan bahawa dia sudi memaafkan kesalahan Kamarul yang bersikap
mementingkan diri itu.

Seterusnya, Saridah ialah seorang yang baik hati. Contohnya, dia ingin belanja Juriah makan.

LATAR TEMPAT

Merujuk pada novel penulisan Ghazali Ngah Azia iaitu Pelari Muda, terdapat beberapa latar
tempat yang menjadi lokasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
Antara latar tempat yang terdapat di dalam novel ini, adalah di rumah Kamarul. Contoh
peristiwa yang berlaku ialah Kamarul membaca akhbar dan meneliti berita sukan tanah air.
Selepas membaca kenyataan yang dibuat Encik Kadir di dalam akhbar, dia menusuk gambar
Encik Kadir dengan jari-jarinya kerana marah akan tindakan Encik Kadir yang membuat
kenyataan mengenai disiplin para atlet negara. Dia merasakan bahawa kenyataan itu
sengaja dibuat untuk ditujukan kepadanya.

Selain itu, adalah di Pusat Sukan Kampung Pandan. Contoh peristiwa yang terjadi di sini ialah
Kamarul kalah dengan Sures dan Suradi iaitu dua orang pesaing yang tidak pernah berjaya
melawannya sebelum ini dalam acara larian. Selepas beberapa kali membuat larian, Encik
Kadir meminta semua pelatih lain beredar kecuali Kamarul. Dia manasihati Kamarul tetapi
nasihat yang diberi langsung tidak diendahkan oleh Kamarul malah diprovokasikan.

Akhir sekali, adalah latar tempat di Gimnasium A. Di tempat ini, Kamarul telah berkenalan
dengan seorang pelari Filipina yang cemerlang pretasinya iaitu De Wega. De Wega
mengatakan kepada Kamarul bahawa dia selalu mengikuti perkembangannya dan atlet-atlet
lain dari Malaysia dan negara-negara lain. Sebelum bersurai, De Wega memberikan kata-
kata semangat kepada Kamarul.

LATAR MASYARKAT

Berdasarkan novel Pelari Muda yang dikarang oleh Ghazali Ngah Azia, terdapat banyak latar
masyarakat yang boleh didapati dalam novel ini.

Antaranya, masyarakat murid yang aktif bersukan. Contohnya, Kamarul, Sures, Suradi dan
Saridah merupakan murid sekolah yang bergiat aktif dalam sukan olahraga.

Selain itu, masyarakat yang prihatin tehadap orang sekelilingnya. Contohnya, Juriah
menasihati Saridah yang bersedih dengan sikap Kamarul yang dingin terhadapnya.

Seterusnya, masyarakat yang angkuh dan sombong apabila memperoleh kejayaan.


Contohnya, Kamarul mula bersikap angkuh apabila dia dapat menyertai Kejohanan Sukan
SEA di Brunei dan menjadi popular.

PERSOALAN
Berdasarkan novel yang saya kaji ketika tingkatan satu yakni Pelari Muda karya Ghazali Ngah
Azia, terdapat beberapa persoalan di dalam novel ini.

Antaranya adalah persoalan kemasyuran diri telah menjadikan seseorang itu lupa daratan.
Contohnya, Kamarul telah berlaku sombong dan angkuh selepas dia berjaya mewakili negara
dalam Kejohanan Sukan SEA di Brunei. Dia sengaja menguzurkan diri daripada menghadiri
latihan di bawah bimbingan jurulatihnya, Encik Kadir dan bersikap tidak endah terhadap
kawan-kawan seperjuangannya yang lain.

Selain itu, adalah persoalan keberanian seorang sahabat menegur demi kebaikan.
Contohnya, Saridah berani menegur Kamarul yang telah bersikap sombong apabila menjadi
seorang yang popular. Keberanian Saridah ini telah menyebabkan hubungannya dengan
Kamarul menjadi tegang.

Akhir sekali, adalah persoalan disiplin diri yang mantap menjadi kunci untuk menggenggam
kejayaan. Contohnya, kecergasan Kamarul merosot sehingga dia kalah kepada Sures dan
Suradi yang tidak pernah berjaya mengalahkannya sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh sikap
Kamarul yang selalu ponteng latihan dan kurang berdisiplin. Akan tetapi, selepas terlibat
dalam kemalangan, dia insaf akan perbuatannya dan menebus kesilapannya kepada Encik
Kadir dengan menghadirkan diri semasa sesi latihan. Akhirnya, hasil disiplinnya menghadiri
latihan, Kamarul berjaya memenangi acara 400 meter.

NILAI

Berdasarkan novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia, tedapat beberapa nilai murni yang
ditonjolkan oleh penulis supaya dapat dijadikan ikutan buat pada pembaca.

Antaranya adalah nilai kepatuhan. Contohnya, Sures menuruti arahan Encik Kadir semasa
sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Nilai kepatuhan terhadap jurulatihnya telah
menjadikan dia seorang yang berjaya dalam acara lumba lari walaupun bertanding dengan
Kamarul iaitu orang yang tidak dapat dikalahkannya suatu masa dahulu.

Selain itu, adalah nilai ketegasan. Contohnya, Adibah iaitu sebagai ketua kelas begitu tegas
dengan menghalang Kamarul daripada keluar kelas sebelum loceng berbunyi.

Akhir sekali, adalah nilai keinsafan. Sebagi tamsilan, Kamarul insaf akan sikapnya yang
sombong, bongkak dan bersikap kasar terhadap jurulatih dan kawan-kawannya. Kamarul
mulai insaf akan kekhilafan dirinya setelah terlibat dalam kemalangan dan terlantar di
hospital. Dia berasa terharu akan perbuatan jurulatihnya, Encik Kadir yang sentiasa
mengambil berat terhadap kesihatannya.

PENGAJARAN

Berdasarkan novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia, terdapat beberapa pengajaran yang
boleh diambil pembaca dalam menjalani kehidupan seharian.

Antaranya ialah kita hendaklah berdisiplin dalam kehidupan agar tugas yang dipikul dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya, Sures dan Suradi yang berdisiplin dan sentiasa
akur dengan arahan jurulatih mereka telah menjadikan mereka sebagai atlet yang berprestij.

Selain itu, kita perlulah menghargai jasa dan budi baik orang lain supaya kita tidak bersikap
bongkak dan hidung tinggi. Misalnya, Kamarul yang sudah popular telah melupakan jasa
Cikgu Zainal dan Encik Kadir yang telah menjadikannya jaguh pecut. Sikap sombong ini telah
menyebabkan dirinya tidak disenangi oleh rakan-rakannya. Oleh itu, kita patutlah
menghargai jasa supaya tidak bersikap angkuh seperti Kamarul.

Akhir sekali, kita wajarlah insaf akan kesilapan supaya kita tidak terus melakukan kesalahan
itu lagi. Amsalnya, Kamarul yang terlantar di hospital telah insaf dan sedar akan sikapnya
yang kasar terhadap jurulatihnya itu. Kamarul akhirnya kembali menjadi pelatih yang
berdisiplin dan patuh akan arahan jurulatihnya sehinggakan dia berjaya menjadi juara dalam
acara yang disertainya.

Anda mungkin juga menyukai