Anda di halaman 1dari 2

NOTA PINTAS NOVEL PELARI MUDA

Peristiwa 1
Kamarul tabah menghadapi dugaan selepas kemalangan yang menimpanya. Dia mulai insaf dan berubah sikap
dengan gigih menjalani latihan untuk memulihkan kecergasannya.
Kata Kunci : Tabah
Persoalan Persoalan ketabahan menghadapi cabaran
Perwatakan Watak Utama Seorang yang tabah
Latar masyarakat Masyarakat yang tabah
Nilai Ketabahan
Pengajaran Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan

Peristiwa 2
Kamarul telah insaf setelah ditimpa kemalangan. Dia meminta maaf daripada Encik Kadir atas semua kesalahan dan
kekerasan yang pernah dilakukan olehnya kepada beliau.
Kata Kunci : Insaf
Persoalan Persoalan keinsafan atas kesalahan yang lalu
Perwatakan Watak Utama Seorang yang insaf
Latar masyarakat Masyarakat yang insaf
Nilai Keinsafan
Pengajaran Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.

Peristiwa 3
Kamarul melahirkan rasa syukur kepada Allah apabila memperoleh pingat emas dan memecah rekod baharu dalam
acara 100 meter Sukan SEA.
Kata Kunci : syukur
Persoalan Persoalan kesyukuran atas kejayaan yang dicapai
Perwatakan Watak Utama Seorang yang bersyukur
Latar masyarakat Masyarakat yang bersyukur atas kejayaan yang dicapai
Nilai Kesyukuran
Pengajaran Kita hendaklah bersyukur apabila memperoleh sesuatu kejayaan atau anugerah.

Peristiwa 4
Kamarul memberikan cenderamata kepada atlet Filipina, De Wega yang banyak memberikan nasihat dan dorongan sehari
sebelum pertandingan dijalankan sehingga dia berjaya meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter.
Kata Kunci : Menghargai jasa
Persoalan Persoalan penghargaan terhadap jasa yang diberikan
Perwatakan Watak Utama Seorang yang bersikap menghargai jasa orang lain
Latar masyarakat Masyarakat yang menghargai jasa
Nilai Menghargai jasa
Pengajaran Kita hendaklah menghargai jasa yang diberikan oleh orang lain.

Peristiwa 5
Kamarul berani menghadapi cabaran walaupun pada peringkat awal dia tidak yakin dapat menggondol pingat emas dalam
acara 100 meter dan 400 meter kerana dia menyedari bahawa tahap kecergasannya belum pulih, namun sebagai jurulatih
Encik Kadir tetap yakin Kamarul dapat menggondol pingat tersebut dan akhirnya keyakinan Encik Kadir menjadi
kenyataan.
Kata Kunci : Berani
Persoalan Persoalan keberanian dalam menghadapi cabaran
Perwatakan Watak Utama Seorang yang berani menghadapi cabaran
Latar masyarakat Masyarakat yang berani menghadapi cabaran
Nilai Keberanian
Pengajaran Kita hendaklah berani menghadapi cabaran.
Berdasarkan novel yang anda pelajari , nyatakan tiga persoalan / latar masyarakat / nilai / pengajaran
yang terdapat dalam novel tersebut

JAWABAN LENGKAP
Novel yang saya pelajari ialah novel Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia. Terdapat banyak
persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan ketabahan menghadapi cabaran. Contohnya, Kamarul
tabah menghadapi dugaan selepas kemalangan yang menimpanya. Dia mulai insaf dan berubah sikap
dengan gigih menjalani latihan untuk memulihkan kecergasannya.

Persoalan yang kedua ialah persoalan keinsafan atas kesalahan yang lalu. Contohnya,
Kamarul telah insaf setelah ditimpa kemalangan. Dia meminta maaf daripada Encik Kadir atas semua
kesalahan dan kekerasan yang pernah dilakukan olehnya kepada beliau..

Persoalan yang ketiga ialah persoalan penghargaan terhadap jasa yang diberikan . Contohnya,
Kamarul memberikan cenderamata kepada atlet Filipina, De Wega yang banyak memberikan nasihat
dan dorongan sehari sebelum pertandingan dijalankan sehingga dia berjaya meraih pingat emas
dalam acara 100 meter dan 400 meter. .

Berdasarkan novel yang anda pelajari , nyatakan tiga perwatakan watak utama yang terdapat dalam
novel yang anda pelajari.

JAWABAN LENGKAP

Novel yang saya pelajari ialah novel Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia. Watak utama
dalam novel ini ialah Kamarul. Terdapat beberapa perwatakan watak utama dalam novel ini.

Dalam novel ini, Kamarul ialah seorang yang tabah. Contohnya, …………….. .

Selain itu, Kamarul ialah seorang yang insaf. Contohnya, ………………… .

Di samping itu, Kamarul ialah seorang yang berani. Contohnya, ………………. .

Anda mungkin juga menyukai