Anda di halaman 1dari 7

Novel Pelari Muda :

Sinopsis
Kamarul seorang atlet lari pecut yang telah memenangi pingat di kejohanan sukan
MSSM dan juga Sukan SEA Brunei. Hasil kejayaannya mendapat perhatian media
dan televisyen. Selepas nama dan imejnya menjadi popular, Kamarul mula berubah
sikap menjadi seorang yang sombong. Sikap angkuhnya dilihat apabila tidak hadir
ke latihan oleh jurulatihnya Encik Kadir. Ramai dikalangan guru dan pelajar tidak
menyenangi sikap Kamarul sehingga rakan baiknya Saridah menasihati Kamarul
untuk mengubah sikap buruknya itu. Namun, Saridah telah dimarahi oleh Kamarul.
Dia yang enggan menyertai latihan kecergasan Encik Kadir, telah membuat latihan
kecergasan sendiri. Dalam masa yang sama, rakan atlet Kamarul, Sures Menon
berusaha untuk melepasi rekod masa terbaik Kamarul. Dalam pemilihan ke Sukan
SEA Bangkok, Sures berjaya mengalahkan Kamarul. Dia mula berasa tertekan dan
runsing. Hubungannya dengan Encik Kadir, rakan-rakan dan Saridah semakin
renggang. Ketika Kamarul ingin menyeberang jalan, sebuah kereta telah datang dari
arah bertentangan dan melanggar Kamarul kerana dia melintas tanpa menoleh ke
kiri atau kanan. Kamarul telah dimasukkan ke hospital dan mengalami kecederaan di
bahagian muka, mata dan juga lututnya.

Semasa terlantar di hospital, Kamarul telah menerima kunjungan daripada Encik


Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan rakan-rakannya. Tragedi ini, telah membuatkan ego
Kamarul menurun dan memohon kemaafan daripada mereka semua atas sikap
keangkuhannya. Selepas dibenarkan keluar dari hospital,  Kamarul mula membuat
persiapan untuk menghadapi pertandingan yang bermakna baginya iaitu kejohanan
Sukan SEA ke 14 di Bangkok, Thailand.

Setibanya di Bangkok, Kamarul telah berjumpa dengan De Wega, seorang atlet lari
pecut yang berasal dari Filipina. Pertemuan tersebut telah menaikkan semangat
Kamarul yang pudar sebelum ini selepas siri kejadian yang meninpanya dan
Kamarul dinasihati oleh De Wega untuk menjadi seorang yang berdisiplin serta tidak
berputus asa. Kamarul, De Wega, Sures dan beberapa pelari pecut dari negara lain
bertanding dalam acara 100 meter dan 400 meter di Stadium Nasional, Bangkok.
Kamarul berjaya mendapat pingat emas dalam kedua-dua acara tersebut. Kamarul
pulang ke Malaysia dengan rasa gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dan
menghargai keluarganya, Saridah dan kawan-kawan yang lain.
Tema
Novel Pelari Muda bertemakan perjalanan kehidupan seorang remaja yang
merupakan seorang atlet negara dan menjadi sombong selepas dikenali ramai.
Kamarul yang berjaya memenangi pingat di peringkat Sukan SEA  telah berubah
sikap menjadi sombong terhadap orang sekelilingnya. Hubungan dengan rakan-
rakan juga semakin renggang kerana bersikap angkuh dan enggan menyertai
kejohanan kecil seperti sukan tahunan sekolah.
Selepas terlibat dengan satu kemalangan, Kamarul menjadi insaf dan meminta maaf
kepada orang sekilingnya atas sikap sombong dan angkuh. Dia berusaha kembali
mendapatkan prestasi terbaik dan berjaya mendapatkan pingat di kejohanan Sukan
SEA yang seterusnya.
Persoalan
1) Persoalan keangkuhan seseorang setelah mencapai kejayaan Kamarul
mula bersikap sombong dan angkuh kerana tidak datang berlatih bersama
Encik Kadir
2) Persoalan kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi Sures
gigih berusaha untuk menewaskan rekod masa larian terbaik Kamarul
3) Persoalan komitmen jurulatih untuk memastikan pelatihnya memberikan
yang terbaik Encik Kadir komited dalam menjalankan tugas sebagai
jurulatih dan bersabar dengan perangai Kamarul sehingga dia berjaya
mendapat pingat emas di Sukan SEA
4) Persoalan hubungan dua remaja yang ada pasang dan surut Kamarul
dan Saridah saling menyayangi antara satu sama lain tetapi sikap Kamarul
mula berubah menjadi sombong dan angkuh
5) Persoalan simpati terhadap kawan baik Juriah yang berkawan baik
dengan Saridah mendengar rintihan rakannya itu dan menasihati Saridah
supaya fokus kepada pelajarannya
6) Persoalan keprihatinan masyarakat terhadap orang yang ditimpa
musibah Mak Jah prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh anaknya,
Kamarul apabila dia tidak ceria seperti selalu
Watak dan Perwatakan
1) Kamarul Baharuddin
Watak utama yang merupakan seorang pelajar tingkatan 5 Sastera 1
Seorang atlet lari pecut yang mewakili Malaysia Seorang yang
sombong dan angkuh atas kejayaannya Seorang yang tidak
menengang budi apabila enggan berlatih di bawah bimbingan Encik
Kadir Seorang yang menginsafi kesalahan diri kerana meminta maaf
atas kesilapannya untuk tidak berlatih dengan Encik Kadir
2) Encik Kadir
Seorang jurulatih olahraga negara yang berusia lingkungan 50 tahun
Melatih Kamarul sehingga berjaya mewakili negara Seorang yang
tegas dalam menjalankan latihan Seorang yang penyabar dan
mengambil berat akan atlet-atletnya
3) Saridah
Merupakan pelajar Tingkatan 5 dan berkawan rapat dengan Kamarul
Seorang yang berani kerana telah menegur Kamarul yang mula
sombong dan tidak berdisiplin Sorang yang menghormati orang lain
Seorang yang mengambil berat akan orang yang disayanginya
dimana Kamarul terlibat dalam kemalangan jalan raya, Saridah kerap
menziarahi Kamarul
4) Mak Jah
Ibu kepada Kamarul dan isteri kepada Encik Baharuddin Merupakan
seorang ahli perniagaan yang berjaya Seorang yang penyayang
apabila menyayangi Saridah kerana tidak mempunyai anak
perempuan Seorang yang prihatin, menasihati Kamarul untuk
berbaik-baik dengan Saridah
5) Sures Menon
Seorang atlet lari pecut negara Merupakan rakan sepasukan dengan
Kamarul Seorang yang berazam tinggi kerana ingin menewaskan
catatan masa terbaik Kamarul Seorang amanah kerana telah
menyampaikan pesanan Encik kadir kepada Kamarul
6) De Wega
Seorang atlet pecut Filipina yang diminati oleh Kamarul dan berusia
34 tahun Merupakan buruh kereta api sebelum menjadi atlet pelari
pecut Seorang yang peramah dan rendah diri apabila didekati oleh
Kamarul Seorang yang pandai memberi nasihat dan semangat
Binaan Plot
Permulaan
Ibu dan rakan-rakan Kamarul mula melihat perubahan sikapnya yang
angkuh dan sombong. Hubungannya dengan Saridah menjadi renggang
selepas Saridah cuba menasihatinya atas perubahan sikap yang semakin
negatif. Kamarul juga teringat kepada Cikgu Zainal, guru sukan yang mula
mengesan bakat Kamarul dalam bidnag olahraga dan acara lari pecut.
Perkembangan
Kamarul mula enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana menganggap
latihan tersebut membosankan. Kamarul juga enggan bergaul dengan
rakan-rakan di sekolah dan hanya membuat latihan kecergasan secara
sendiri. Encik Kadir yang merupakan jurulatihnya mula bimbang akan
perubahan sikap Kamarul.
Perumitan
Ketika pemilihan untuk ke Sukan SEA Bangkok, Sures, rakan atlet Kamarul
telah mengalahkan Kamarul pada acara yang mereka sertai. Kamarul juga
berani melawan jurulatihnya yang mempersoalkan latihan sendiri yang
akan menjejaskan kecergasan Kamarul dan prestasinya.
Klimaks
Kamarul yang berasa tertekan dan runsing telah bergaduh dengan
jurulatihnya sehingga mencampak pingat pada Encik Kadir. Fikiran
Kamarul yang sedang berkecamuk telah membuatkan dia melintas jalan
tanpa menoleh ke kiri atau kanan dan telah dilanggar oleh sebuah kereta.
Penutup
Selepas kemalangan tersebut, Kamarul sedar dan meminta maaf atas
perubahan sikapnya dan memebuat persediaan untuk ke Sukan SEA.
Kamarul berjaya mendapat pingat emas dalam acara 100 meter dan 400
meter dan telah bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega, pelari pecut
dariapda Filipina. Kamarul mendapat ucapan tahniah dan penghargaan
daripada keluarga, guru, jurulatih dan rakan-rakan di Malaysia.
Teknik Plot
1. Pemerian : Pengarang memerihalkan Kamarul yang membaca surat
khabar untuk mengetahui tentang perkembangan sukan tanah air
dan luar Negara
2. Monolog : Saridah berfikir bahawa Kamarul seorang yang suka
merajuk dan pendendam apabila Kamarul tidak datang menemuinya
di situ
3. Dialog : Kamarul dan Adibah berdialog melarang Kamarul keluar dari
kelas sebelum loceng rehat dibunyikan walaupun Kamarul
menyatakan bahawa dia mahu berjumpa Cikgu Zainal
4. Imbas Kembali : Saridah ingat kembali apabila dia bertemu dengan
kamarul di Kejohanan MSSM di Stadium Merdeka
5. Imbas Muka : Selepas terlibat dalam kemalangan, Kamarul bertekad
untuk berlatih semula dan membuktikan disiplinnya kepada Encik
Kadir
6. Saspens : Pembaca tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada
Kamarul selepas dilanggar kereta

Latar
Latar Masa
1. Waktu pagi : Mak Jah menyediakan sarapan untuk Kamarul dan
melihat Kamarul tidak ceria seperti biasa
2. Waktu petang : Sures menunggu Kamarul untuk ke kompleks sukan
bersama-sama
3. Waktu malam : Kamarul melihat gambar-gambar pelari yang menjadi
idolanya
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terdiri daripada ahli sukan atau atlet yang mewakili
negara : Kamarul dan Sures gigih berlatih untuk meningkatkan
prestasi mereka sebelum mewakili negara di Sukan SEA
2. Masyarakat remaja yang bersekolah dan mempunyai pelbagai
perasaan : Saridah yang meluahkan rintihan dan kekecewaannya
kepada Juriah akan hubungannya yang semakin renggang dengan
Kamarul
3. Masyarakat yang prihatin terhadap nasib orang lain : Saridah dan
Encik Kadir yang melawat Kamarul di hospital selepas di terlibat
dengan kemalangan jalan raya
4. Masyarakat yang tegas dalam menjalankan tugas : Adibah yang
tegas dalam menjalankan tugassebagai ketua kelas telah
menghalang Kamarul untuk berjumpa dnegan Cikgu Zainal semasa
sesi pembelajaran dan pengajaran diadakan
Latar Tempat
1. Rumah Kamarul : Mak jah menyampaikan surat yang diberikan oleh
Saridah
2. Pusat Sukan Kampung Pandan : Tempat dimana Kamarul dan Sures
berlatih di bawah kendalian Encik Kadir sebelum menyertai Sukan
SEA di Bangkok
3. Stadium Nasional, Bangkok : Tempat dimana Kamarul berjaya
meraih pingat emas acara 100 meter dan 400 meter.
4. Stadium Merdeka : Tempat Kamarul dan Saridah menyertai Sukan
MSSM
5. Hospital : Tempat Kamarul menerima rawatan selepas terlibat dalam
kemalangan jalan raya
6. Kantin Sekolah : Tempat Saridah dan Juridah bersembang tentang
hubungannya dengan Kamarul yang semakin renggang

Gaya Bahasa
1. Diksi : Penggunaan Bahasa Inggeris, one, two, three
2. Peribahasa : kilas ikan di air, aku tahu jantan betinanya
3. Sinkope : “Kamu nak ke mana ni?”
4. Simile : Daunnya bergerak seperti diusik-usik
5. Repitisi : Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan
persatuan wanitanya
6. Anafora : Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal!
7. Hiperbola : Kemarahannya mula membakar hatinya, seribu
kemarahan

Nilai
1. Kerajinan : Sures dan Kamarul rajin berlatih menunjukkan bukti
mereka layak untuk mewakili negara
2. Sabar : Encik Kadir sabar dengan perangai Kamarul yang tidak mahu
berlatih dengannya
3. Hormat-menghormati : Saridah yang menghormati Mak Jah ketika
ingin menyampaikan surat kepada Kamarul
4. Keinsafan : Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua
orang ketika terlantar sakit di hospital dan berasa insaf
5. Simpati : Juriah bersimpati dengan nasib Saridah yang meluahkan
kekecewaannya
6. Patriotik : Kamarul yang menganggap kemenangan pingat emasnya
bukan untuk diri sahaja tetapi untuk negara juga.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa merendah diri dalam menghadapi perjalanan
hidup kerana sikap sombong hanya akan merugikan diri
2. Kita seharusnya hormat kepada mereka yang banyak berjasa
kepada kita seperti guru, jurulatih dan juga rakan-rakan
3. Kita perlu bersikap berani dalam menghadapi cabaran kerana ia
mampu membawa kita ke tahap yang lebih baik
4. Kita mesti mengamalkan sikap kasih dan sayang anatar keluarga
kerana mereka adalah insan yang paling rapat dengan kita.
5. Kita perlu mengekalkan disiplin yang baik untuk berjaya dalam setiap
aspek kehidupan khususnya dalam kerjaya
6. KIta sewajarnya mempunyai sifat simpati kepada rakan kita yang
ditimpa musibah

Anda mungkin juga menyukai