Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Buku Perlari Muda

Kamarul seorang atlet lari pecut yang telah memenangi pingat di kejohanan
sukan MSSM dan juga Sukan SEA Brunei. Hasil kejayaannya mendapat
perhatian media dan televisyen. Selepas nama dan imejnya menjadi popular,
Kamarul mula berubah sikap menjadi seorang yang sombong. Sikap angkuhnya
dilihat apabila tidak hadir ke latihan oleh jurulatihnya Encik Kadir. Ramai
dikalangan guru dan pelajar tidak menyenangi sikap Kamarul sehingga rakan
baiknya Saridah menasihati Kamarul untuk mengubah sikap buruknya itu.
Namun, Saridah telah dimarahi oleh Kamarul. Dia yang enggan menyertai
latihan kecergasan Encik Kadir, telah membuat latihan kecergasan sendiri.
Dalam masa yang sama, rakan atlet Kamarul, Sures Menon berusaha untuk
melepasi rekod masa terbaik Kamarul. Dalam pemilihan ke Sukan SEA
Bangkok, Sures berjaya mengalahkan Kamarul. Dia mula berasa tertekan dan
runsing. Hubungannya dengan Encik Kadir, rakan-rakan dan Saridah semakin
renggang. Ketika Kamarul ingin menyeberang jalan, sebuah kereta telah datang
dari arah bertentangan dan melanggar Kamarul kerana dia melintas tanpa
menoleh ke kiri atau kanan. Kamarul telah dimasukkan ke hospital dan
mengalami kecederaan di bahagian muka, mata dan juga lututnya.
Semasa terlantar di hospital, Kamarul telah menerima kunjungan daripada
Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan rakan-rakannya. Tragedi ini, telah
membuatkan ego Kamarul menurun dan memohon kemaafan daripada mereka
semua atas sikap keangkuhannya. Selepas dibenarkan keluar dari hospital,
Kamarul mula membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan yang
bermakna baginya iaitu kejohanan Sukan SEA ke 14 di Bangkok, Thailand.
Setibanya di Bangkok, Kamarul telah berjumpa dengan De Wega, seorang atlet
lari pecut yang berasal dari Filipina. Pertemuan tersebut telah menaikkan
semangat Kamarul yang pudar sebelum ini selepas siri kejadian yang
meninpanya dan Kamarul dinasihati oleh De Wega untuk menjadi seorang yang
berdisiplin serta tidak berputus asa. Kamarul, De Wega, Sures dan beberapa
pelari pecut dari negara lain bertanding dalam acara 100 meter dan 400 meter di
Stadium Nasional, Bangkok. Kamarul berjaya mendapat pingat emas dalam
kedua-dua acara tersebut. Kamarul pulang ke Malaysia dengan rasa gembira
dan tidak sabar untuk berjumpa dan menghargai keluarganya, Saridah dan
kawan-kawan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai