Anda di halaman 1dari 5

Tema Novel Justeru Impian di Jaring bertemakan kegigihan dan ketabahan seorang atlet professional

yang bertanding di dalam sukan badminton sebelum berjaya menjadi seorang juara dunia .

Persoalan 1) Cabaran yang dihadapi oleh seorang atlet untuk menjuarai setiap peringkat
pertandingan Syahir yang bersaing di setiap kejohanan dnegan penuh iltizam akhirnya berjaya
menjadi seorang juara dunia.

2) Bangga mewakili negara dan berjuang untuk mengharumkan nama negara Di Kejohanan
Antarabangsa Badminton, Syahir telah berjuang habis-habisan menumpaskan tuan rumah yang
mendapat sokongan padu penyokong di perlawanan akhir. 3) Hormat kepada mereka yang lebih
berpengalaman dalam bidnag masing-masing Syahir mendengar arahan dan nasihat yang diberikan
oleh Haji Marzuki setiap masa sebelum menghadapi apa-apa kejohanan atau pertandingan 4) Kasih
sayang seorang ibu kepada anaknya Emak Syahir mengingatkan Syahir akan pesanan arwah ayahnya
sebelum dia pergi berlatih untuk skuad badminton kebangsaaan 5) Sikap memandang rendah
terhadap keupayaan orang lain Syed Amiri sering memandang rendah dan menyindir Syahir ketika
latihan dan pertandingan yang mereka sertai 6) Berani untuk menyatakan pendapat Haji Marzuki
berani untuk meletak jawatan sebagai jurulatih sekiranya Syahir tidak berjaya memenangi juara
dunia. Sinopsis Syahir seorang pemain badminton yang tersenarai dalam skuad kebangsaan. Dia
bercita-cita untuk mewakili negara dalam Kejohanan badminton Antarabangsa di Jakarta. Walaupun
sudah melayakkan diri, Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) membuat keputusan mengejut
apabila semua pemain perlu menyertai Kejohanan Terbuka Johor dahulu untuk melayakkan diri ke
Jakarta. Perkara ini bertentangan dengan peraturan sedia ada iaitu pemain yang mewakili negara
adalah berdasarkan ranking atau kedudukan dunia masing-masing. Dua jurulatih yang telah banyak
terlibat dalam pembangunan pemain badminton negara iaitu Haji Marzuki dan Mas Suparman.
Mereka banyak memahami masalah yang dihadapi pemain muda terutamanya Syahir yang
memerlukan bimbingan dan kata-kata semangat untuk terus berjaya. Haji Marzuki yang tidak
bersetuju dengan pihak PBSM kerana pilih kasih terhadap pemilihan pemain percaya dengan pemain-
pemain yang dilatihnya seperti Syahir, Bernard, Gopinath dan Wan Najlan untuk tenang dan rasional
dalam membuat keputusan. Syahir sering disindir oleh Syed Amiri yang merupakan pemain skuad
badminton skuad kebangsaan jua. Dia sering memandang rendah keupayaan Syahir tetapi Syahir
kekal tenang dan menghiraukan sindiran tersebut. Suatu hari, Engku Aiman, ketua jurulatih telah
mengungkit kekalahan Syahir kepada pemain China suatu masa dahulu di hadapan pemain lain dan
pengurus pasukan negara, Dr. Asyraf. Beliau juga telah memuji Syed Amiri yang menunjukkan
peningkatan ketara berbanding pemain lain. Pada malam tersebut, Syahir cemas apabila melihat
emaknya terbaring lemah dalam keadaan masih bertelekung di atas katil. Perjalanan ke Johor
membuatkan Syahir tidak tenang. Kak Uda walaubagaimanapun menjamin keselamatan emak Syahir
sepanjang dia ke Johor. Haji Marzuki tidak dapat menyertai Syahir bersama ke Johor kerana demam
selsema. Pada masa yang sama, satu gambar Syahir bersama Ratna, penyanyi yang baru menaik
namanya tersiar di akhbar. Dia terkejut kerana masa bergambar mereka beramai-ramai dan bukan
berdua sahaja. Dalam Kejohanan Terbuka Johor, Syahir telah bertembung dengan Syed Amiri di
peringkat suku akhir. Syed Amiri yang mendapat sokongan hebat tuan rumah serta pengadil yang
berat sebelah telah menyukarkan Syahir untuk memenangi perlawanan tersebut. Syahir terpaksa
melupakan hasratnya untuk ke Jakarta. Syahir yang telah pulang ke rumahnya dan membawa
emaknya ke Seremban untuk berjumpa dengan Mak Usu Sapiah. Haji Marzuki tiba-tiba menelefon
Syahir dan menyatakan bahawa Gopinath terlibat dalam kemalangan dan mengarahkan Syahir
kembali ke kem latihan. Syahir telah dipilih untuk menggantikan Gopinath ke Jakarta. Sebelum ke
Jakarta, Syahir berhadapan dengan dugaan apabila dia mendapat berita tentang emaknya
menghidap strok. Syahir berat hati untuk ke Jakarta dan pada masa yang sama merasa kecederaan di
bahagian perutnya. Syahir menunaikan solat hajat dan istikharah agar diberi petunjuk. Kak Uda
memberitahu bahawa emaknya sudah beransur pulih dan menasihati agar pergi ke Jakarta. Syhir
sempat menjunguk emaknya di hospital sebelum berangkat ke Jakarta. Syahir bermula di Jakarta
dengan mengalahkan pemain dari Korea Selatan, Kim Joo Hyun. Seterusnya dia menewaskan pemain
muda dari China, Xiang Yimou. Menjelang tengah hari, semua pemain diwajibkan untuk menjalani
ujian air kencing. Seterusnya Syahir menundukkan pemain Indonesia, Eddy Heryanto. Syahir mara ke
peringkat akhir selepas berjaya menumpaskan pemain dari China. Syed Amiri yang dicanang sebagai
juara telah kecundang di peringkat separuh akhir. Syahir akan bertemu dengan pemain tuan rumah,
Andri Mirnawan. Dengan bimbingan Haji Marzuki dan Mas Suparman, Syahir berjaya menundukkan
Andri Mirnawan. Semasa majlis penyampaian hadiah, Syahir hampir rebah dan dikejarkan ke
hospital. Dia telah disahkan menghidap radang apendiks dan perlu dibedah. Syahir pulang ke
Malaysia dan terus ke hospital untuk bertemu dengan emaknya. Cita-citanya yang seterusnya adalah
untuk mewakili negara di sukan Olimpik. Watak dan perwatakan 1) Syahir Watak utama yang
merupakan seorang pemain badminton kebangsaan Seorang anak bongsu kepada lima adik beradik
Seorang mahasiswa di Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang Mempunyai tahap mentaliti yang luar
biasa untuk menghidapi dugaan hidup 2) Haji Marzuki Jurulatih perseorangan skuad badminton
kebangsaan Seorang yang berani dalam membuat keputusan Seorang yang berpandangan positif dan
bertanggungjawab 3) Kak Uda Syahrizah Kakak kepada Syahir Merupakan seorang pegawai
perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Seorang yang memahami dan penyayang
terhadap orang sekeliling 4) Syed Amiri Pemain badminton profesional yang berada dalam skaud
kebangsaan Seorang yang memandang rendah terhadap orang lain dan suka menyindir Binaan Plot
Permulaan Syahir salah seorang pemain badminton skuad kebangsaan ditemu ramah Azmie, rakan
baiknya. Perbualan yang agak lama itu menyebabkan Syahir lewat masuk ke dalam dewan untuk
mendengar taklimat oleh ketua jurulatihnya, Engku Aiman. Syahir diberitahu bahawa dia akan
menyertai Kejohanan Terbuka Johor. Peraturan dan kehendak Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia
(PBSM) mewajibkan mereka menyertai kejohanan tersebut terlebih dahulu untuk menetukan sama
ada mereka layak mewakili negara ke Jakarta atau sebaliknya. Perkembangan Bagi melayakkan diri ke
Jakarta, Syahir menjalani kehidupan yang penuh liku dan cabaran. Pihak PBSM memberikan berita
yang kurang menyenangkan sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain
khususnya Syahir. Semua pemain perlu bersaing sesama sendiri untuk melayakkan diri. Satu
peraturan baru menyatakan bahawa kedudukan atau ranking dunia tidak akan menjamin prestasi
semasa. Perumitan Keputusan PBSM untuk meneruskan Haji Marzuki dan Mas Suparman sebagai
jurulatih pemain skuad kebangsaan telah dipersetujui oleh mereka berdua. Tugas mereka tertumpu
untuk melatih pemain yang memiliki potensi seperti Syahir dan Bernard. Syahir sering mendapat
sindiran daripada Syed Amiri dan jurulatihnya Engku Aiman. Pada suatu hari, Syahir telah didatangi
peminat untuk bergambar. Pada mulanya di amenolak tetapi akur dengan permintaan untuk
bergambar beramai. Namun gambar tersebut tular dan Syahir digosipkan bercinta dnegan Ratna
apabila gambar mereka berdua tersiar dalam akhbar. Ibu kepada Syahir pula sakit sebelum dia
menyertai Terbuka Johor. Syahir kemudian tewas kepada Syed Amiri dan harapannya untuk ke
Kejohanan Dunia tidak kesampaian. Klimaks Syahir mendapat berita untuk menggantikan Gopinath
ke Kejohanan Dunia di Jakarta setelah rakannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Di Jakarta,
Syahir mendapat berita ibunya menghidap strok tetapi dia kekal tabah dan meneruskan perjuangan
di kejohanan tersebut. Syahir berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir dan bertemu
dnegan Andri Mirnawan, wakil tuan rumah. Dengan segala cabaran seperti suasana penyokong tuan
rumah, pengadil yang berat sebelah dan kecederaan di bahagian perut tidak mampu menghalang
Syahir untuk menjadi seorang juara dunia. Peleraian Semasa majlis penyampaian hadiah, Syahir
hampir rebah dan telah dikejarkan ke hospital. Dia disahkan menghidap Apendititis dan telah
dibedah di Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Syahir bersyyukur dan menganggap bahawa
kemenangan itu adalah untuk bangsa, agama dan negara yang diwakilinya. Sejurus tiba di Malaysia,
Syahir terus melawat ibunya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada ibunya.
Syahir terus berazam untuk terus mewakili negara sehingga ke peringkat Sukan Olimpik selepas ini.
Teknik Plot Imbas Kembali : Ibu Syahir mengingatkan semula pesanan arwah ayah Syahir kepadanya
sebelum menyertai kejohanan Imbas Muka : Syahir yang mendapat berita bahawa ibunya diserang
strok berasa serba salah dan mula membayangkan keadaan jika ibunya meninggal dunia Monolog :
Syahir telah bermonolog apabila mempertikaikan kemenangan Syed Amiri dan Kejohanan Terbuka
Johor Dialog : Syahir dan Azmie berbual untuk membantu Azmie menulis perkara-perkara yang betul
dan tepat serta berhemah dalam MIngguan Riadah nanti Kejutan/Saspens : Pertembungan yang
sengit antara Syahir dan Syed Amiri menimbulkan tanda tanya pembaca tentang siapa yang akan
memenangi perlawanan badminton tersebut. Latar Latar masa Waktu malam : Syahir telah
meluangkan masa untuk makan malam bersama dengan emak dan Kak Uda Syahrizah di rumah
mereka Waktu pagi : Sesi latihan badminton diteruskan seperti biasa Selepas solat Maghrib : Syahir
mendapati tiga panggilan telefontidak berjawab daripada Wan Najlah. Dia tidak berkesempatan
menghubunginya kerana latihan sesi malam akan bermula Umur 15 tahun : Syahir telah dinobatkan
sebagai johan peringkat negeri bagi kategori perseorang bawah 15 tahun. Umur 18 tahun : Syahir
telah menjuarai pertandingan badminton peringkat kebangsaan bagi kategori perseorangan. Dia
digelar juara remaja kebangsaan Latar tempat Stadium Badminton Istora Senayan : gelanggang
perlawanan Kejohanan Badminton Antarabangsa Gelanggang badminton : Skuad badminton
kebangsaan berlatih di bawha kendalian Haji Marzuki, Engku Aiman dan Mas Suparman Taman
Shamelin Perkasa : Azmie, rakan kepada Syahir telah menemu ramah Syahir untuk kandungan akhbar
Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang : Syahir melanjutkan pelajaran di Jabatan Pengajian Sukan,
UPM Serdang selepas menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Saisn Malaysia.
Bandar Baru Bangi : rumah kediaman Syahir dan emaknya Latar masyarakat Masyarakat yang tabah
dalam mengharungi liku-liku kehidupan Masyarakat yang mencurahkan kasih dan sayang kepada
orang-orang terdekat Masyarakat yang pilih kasih dalam melaksanakan seseuatu tugas atau
tanggungjawab Masyarakat yang mempunyai jati diri dan semangat yang kuat Gaya Bahasa
Metafora : Tidak semena-mena wajah arwah abah pula hadir di layar minda Hiperbola : Peluang kini
terbuka luas untuk saya mematikan bulu tangkis dengan smash tajam membunuh ke lantai kejat
gelanggangnya Peribahasa : datang tidak bersambut, berpeluk tubuh Personifikasi : ada keresahan
mengintai dalam sanubari Sinkope : saya tak sedap hati nak pergi, kak Simile : kadang-kadang terasa
macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari Nilai Kegigihan : Syahir dan rakan-rakannya yang lain
gigih berlatih dan berusaha menyiapkan diri untuk menyertai kejohanan seterusnya Keberanian :
Wan Najlah berani untuk memakai tudung, berseluar trek panjang semasa kem latihan untuk
melakukan perubahan dan menutup aurat Keyakinan : Haji Marzuki berjanji dengan pihak PBSM
bawha dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih sekiranya syahir gagal menjuarai kejohanan dunia.
Bertanggungjawab : Haji Marzuki dan Mas Suparman telah melatih pemain badminton skuad
kebangsaan dengan penuh tanggungjawab Kasih sayang : Syahir yang berat hati untuk meninggalkan
emaknya di hospital terpaksa berkorban demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seornag juara
dunia Rasional : Haji Marzuki menasihati Syahir untuk sentiasa bersikap rasional dan tenang sebagai
persediaan ke Kejohanan Badminton Antarabangsa Jakarta. Pengajaran Kita seharusnya ingat kepada
pesanan atau nasihat dariapda mereka yang lebih tua atau berpengalaman untuk berjaya dalam
hidup Kita hendaklah berpendirian teguh dalam apa yang kita percayai kerana jati diri yang kuat akan
membentuk identiti yang teguh Kita perlu bersikap rendah diri dalam apa jua situasi kerana
memandang rendah terhadap keupayaan orang lain hanya akan merugikan diri kita KIta mesti
menjauhi amalan pilih kasih dalam setiap aspek kehidupan kerana ia menunjukkan ketidak adilan
kepada seseuatu pihak Kita hendaklah berani untuk menyatakan pendapat walaupun dihalang oleh
pihak tertentu Kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam mengjadapi cabaran harian kita kerana
putus asa hanya akan menggagalkan kejayaan kita. Soalan latihan 1) Dalam novel yang anda kaji,
huraikan satu watak antagonis. Berdasarkan novel yang saya kaji, terdapat satu watak antagonis iaitu
Engku Aiman. Hal ini kerana watak tersebut mempamerkan sikap antagonis apabila pilih kasih dalam
pemilihan pemain skuad kebangsaan. Dia memuji anak buahnya di hadapan semua pemain dan
pengurus pasukan kebangsaan. Dia juga suka memandang rendah kepada keupayaan orang lain
seperti menyindir Syahir yang lembab dan kelam kabut dalam permainannya. 2) Sila huraikan tiga
latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Novel Justeru Impian di Jaring
merupakan novel yang saya pelajari di Tingkatan 3. Antara latar masyarakat yang terkandung dalam
novel ini adalah masyarakat yang tidak mudah putus asa. Syahir yang telah tersingkir awal daripada
skuad untuk mewakili negara tetap melakukan latihan rutin untuk mengekalkan prestasinya. Sleain
itu, masyarakat yang bersikap pilih kasih juga ditunjukkan apabila Engku Aiman memuji anak
buahnya Syed Amiri dalam kebanyakan situasi dan keadaan. Akhir sekali, latar masyarakat yang
ditunjjukan dalam novel tersebut adalah masyarakat yang mentaati perintah Agama. Wan Najlan
mula berpakaian menutup aurat dan memakai tudung apabila menyertai kem latihan skuad
badminton kebangsaaan walaupun ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. 3) Huraikan plot kemuncak
penceritaan novel yang anda pelajari Berdasarkan novel yang saya kaji, kemuncak penceritaan
apabila Syahir berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia dalam acara
perseorangan lelaki. Dia bertembung dengan Andri Mirnawan, pemain pilihan tuan rumah.
Walaupun menghadapi tekanan bermain di gelanggang pihak lawan, Syahir kekal fokus dan
mendengar arahan jurulatihnya. Akhirnya Syahir berjaya muncul sebagai juara dan melakukan sujud
syukur di tengah gelanggang. 4) Huraikan cabaran yang dihadapi oleh watak utama di dalam novel
yang anda pelajari. Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu, Watak utama adalah Syahir seorang
pemain badminton kebangsaan. Antara cabaran yang dihadapinya adalah disindir oleh rakan
sepasukan kerana beraksi dengan memakai seluar panjang untuk menutup aurat. Selain itu, Syahir
juga mendapat tentangan untuk menyertai sukan oleh arwah ayahnya kerana bimbang akan bidang
akademik anaknya. Akhir sekali, cabaran yang dipikul oleh Syahir apabila dia perlu beraksi di
Kejohanan Badminton Antarabangsa ketika ibunya sakit di hospital. Semoga perkongsian nota-nota
ringkas Novel Justeru Impian Di Jaring : Sinopsis, Tema, Nilai & Pengajaran membantu para pelajar
untuk membuat ulangkaji. Related : khabar emaknya pitam di rumah abang long, justeru impian
untuk menyertai kejohanan badminton antarabangsa, di jakarta apabila mendapati emaknya
diserang strok, kasih sayang terhadap ibu kandung, masyarakat yang penuh liku dan cabaran sebelum
layak ke jakarta, bab 13 panggilan menjelang dinihari, islam yang penuh liku dan cabaran sebelum
layak ke jakarta, rancangannya untuk menyertai kejohanan badminton antarabangsa di jakarta
apabila mendapati emaknya diserang strok, azam syahir berasa serba salah untuk meneruskan
perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, mahasiswa di
jakarta sebelum dibawa pulang ke malaysia, set kedua berlalu namun berlaku ketidakadilan pengadil
gelanggang, 6 seindah akhlak semanis senyuman, kendalian haji marzuki dan mas suparman terpaksa
akur dengan keputusan pbsm dan terus melatih pemain skuad kebangsaan terutamanya syahir dan
bernard yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan, sebaik baik tiba di malaysia syahir
melawat emaknya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada emaknya,
pemergian syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat
berita bahawa emaknya diserang strok, cikgu kamaludin yang mengasah bakat syahir semasa di
sekolah menengah, berfikiran positif kerana pengadil perlawanan turut bersekongkol untuk
memberikan kemenangan kepada syed amiri, kekecewaannya menjadikan bahan sindiran dan ejekan
oleh syed amiri dan engku aiman tidak menyukainya, contoh syahir berasa serba salah untuk
meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok,
menjelang tengah hari di restoran 48 jam, mahasiswa di malaysia syahir melawat emaknya di hospital
dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada emaknya, masyarakat yang dikatakan memiliki
potensi dalam permainan, ketabahan seorang pemain skuad kebangsaan terutamanya syahir dan
bernard yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan, islam yang dikatakan memiliki potensi
dalam permainan, makan tengah hari di restoran 48 jam, didatangi oleh syed amiri yang dicanang
sebagai juara, menyebelahi syed amiri yang dicanang sebagai juara, kekalahan syahir berasa serba
salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya
diserang strok, permainan syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta
setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, peraturan dan pengurus pasukan negara
dr asyraf, ketua jurulatih iaitu engku aiman, pulang ke bandar baru bangi, menghubungi kak uda
memberitahu bahawa emaknya sudah beransur pulih dan menasihatinya agar pergi ke jakarta,
didatangi oleh empat orang gadis dan ratna iaitu juara program akademi impiana, islam yang
mengasah bakat syahir semasa di sekolah menengah, masyarakat yang mengasah bakat syahir
semasa di sekolah menengah, keupayaan syahir berasa serba salah untuk meneruskan
perjuangannya di jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok, lewat masuk ke
dalam dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua jurulatih iaitu engku aiman,
perjalanan syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di jakarta setelah mendapat
berita bahawa emaknya diserang strok, ketabahan seorang pemain utama skuad kebangsaan layak ke
jakarta kecuali syahir,

© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/novel-justeru-impian-di-jaring/

Anda mungkin juga menyukai