Anda di halaman 1dari 13

JUSTERU IMPIAN DI JARING

TEMA
Novel ini menunjukkan tema ketabahan seorang
pemain badminton dalam menghadapi cabaran
sebelum bergelar juara dunia.
PERSOALAN
• Persoalan berkaitan dengan dunia permainan
badminton
• Persoalan kasih sayang terhadap ibu kandung
• Persoalan masyarakat yang bersikap patriotik
terhadap negara
WATAK PERWATAKAN
WATAK UTAMA
Syahir
• Pemain badminton Anak bongsu daripada lima
orang adik beradik
• Mahasiswa di Jabatan Pengajian Sukan, UPM
Serdang
• Tabah menghadapi dugaan hidup
• Tetap pendiriannya
WATAK SAMPINGAN
Kak Uda Syahrizah
• Kakak kepada Syahir
• Pegawai perubatan di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia
• Bersikap penyayang dan memahami
Haji Marzuki
• Jurulatih perseorangan skuad badminton
kebangsaan
• Berpandangan positif dan bertanggungjawab
• Berani dalam mengambil keputusan
Syed Amiri
• Pemain badminton skuad kebangsaan
• Suka menyindir dan memandang rendah
terhadap orang lain
LATAR MASA
• Waktu malam
Syahir meluangkan masa untuk makan malam bersama dengan emak dan Kak Uda
Syahrizah di rumah mereka
• Umur 15 tahun
Syahir dinobatkan sebagai johan di peringkat negeri bagi kategori perseorangan bawah 15
tahun ketika di Tingkatan 3. Ayahnya telah mematahkan raket serta menghempas piala
yang dimenangi oleh Syahir kerana ingin mengendurkan semangatnya terhadap sukan
badminton
• Umur 18 tahun
Syahir berjaya menjuarai pertandingan badminton di peringkat kebangsaan di bawah
kategori perseorangan dan bergelar juara remaja kebangsaan
• Waktu pagi
Sesi latihan badminton diteruskan seperti biasa. Para pemain memanaskan badan,
melakukan aktiviti senaman dan regangan badan sebelum meneruskan aktiviti lain. Pada
masa yang sama, Syed Amiri menyindir tentang kelayakan Syahir untuk menyertai
Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta
• Selepas solat Maghrib
Syahir mendapati ada tiga panggilan telefon yang tidak berjawab daripada Wan Najlah
pada telefon bimbitnya. Syahir tidak berkesempatan untuk menghubunginy asemula
kerana latihan sesi malam akan bermula.
LATAR TEMPAT
• Rumah Syahir di Bandar Baru Bangi
Syahir bersembang dengan emak berkenaan masa depannya dalam dunia
badminton semasa di rumah. Emak berpesan supaya Syahir sentiasa mengingati
amanat arwah ayahnya juga
• Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang
Syahir melanjutkan pelajaran di Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang setelah
menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia
• Gelanggang latihan badminton
Di bawah kendalian Haji Marzuki, Engku Aiman dan MAs Suparman, skuad
kebangsaan menjalani latihan untuk kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan
Bandminton Antarabangsa di Jakarta
• Taman Shamelin Perkasa
Pejabat rakan Syahir iaitu Azmie yang merupakan seorang wartawan terletak di
Taman Shamelin Perkasa. Di sana juga Syahir telah didatangi oleh empat orang gadis
dan Ratna iaitu juara program Akademi Impiana
• Stadium Badminton Istora Senayan/ Gelora Bung Karno
Gelanggang Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta yang menyaksikan Syahir
melakar nama sebagai juara dunia setelah menewaskan Andri Minarwan
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang tidak mudah berputus asa
Syahir tetap meneruskan latihan walaupun telah tersingkir daripada senarai
pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton
Antarabangsa di Jakarta
• Masyarakat yang berani mengutarakan pendapat
Syahir mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak
menggunakan sistem ranking dunia untuk menentukan kelayakan ke kejohanan di
Jakarta sebaliknya bergantung kepada keputusan kejohanan Terbuka Johor
• Masyarakat yang pilih kasih
Engku Aiman selalu menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas
beliau dalam melakukan apa-apa tindakan
• Masyarakat yang tetap pendirian
Syahir mempunyai pendirian yang tetap dengan memakai pakaian yang menutup
aurat ketika bersukan supaya syariat agamanya terjaga
• Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan
Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga emaknya yang
sakit akibat strok
NILAI
• Kegigihan
Nilai ini ditunjukkan oleh Syahir dan rakan sepasukannya dalam berlatih dengan gigih
sebelum mengharungi kejohanan di peringkat antarabangsa
• Keredaan
Syahir menerima kekalahan kepada Syed Amiri di Kejohanan Terbuka Johor dengan
reda. Syahir juga berdoa agar diberikan kesabaran daripada bertindak terhadap
pegawai perlawanan yang bersekongkol untuk memenangkan Syed Amiri
• Keberanian
Wan Njlah bertindak memakai tudung dan seluar panjang semasa berlatih di kem
latihan wanita membuktikan keberanian dia untuk berubah
• Rasional
Haji Marzuki menasihati Syahir agar sentiasa bersikap rasional dan tenang dalam
memebuat persediaan sebelum menghadapi kejohanan. Haji Marzuki mahu Syahir
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dirinya terlebih dahulu
• Kejujuran
Wan Najlah meminta maaf kepada Syahir atas sikapnya yang emosional lalu
menyatakan hasratnya untuk menutup aurat semasa bersukan seperti Syahir
PENGAJARAN
• Kita hendaklah menjauhi sikap pilih kasih dalam kehidupan kerana
inetegriti adalah lebih penting daripada kepentingan diri.
• Kita seharusnya sentiasa mengamalkan sikap rendah diri terhadap
orang lain. Contohnya Engku Aiman dan Syed Amiri memandang
rendah keupayaan Syahir untuk mara ke Kejohanan Badminton
Kebangsaan di Jakarta
• Kita perlu bersikap berani apabila mengemukakan pendapat.
Misalnya, Syahir yang menyatakan pendapatnya bahawa tidak
bersetuju dengan tindakan pihak PBSM.
• Kita sewajarnya sentiasa mengingati pesanan atau nasihat baik
yang disampaikan oleh seseorang seperti Syahir mengingati
pesanan arwah ayahnya.
• Kita digalakkan untuk berfikiran positif terhadap sesuatu perkara.
Contohnya Syahir yang dikritik oleh Engku Aiman berfikiran positif

Anda mungkin juga menyukai