Anda di halaman 1dari 7

BAHASA MALAYSIA

TINGKATAN 3 1/DISEMBER 2022

TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid


Akhtar)

Nilai Pernyataan Contoh Peristiwa


Kegigihan. Syahir dan rakan-rakannya dalam skuad
kebangsaan telah berlatih dengan gigih dan
bersungguh-sungguh untuk mengharungi
kejohanan yang seterusnya.
Keberanian Tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar
trek panjang semasa berlatih di kem latihan wanita
telah membuktikan bahawa dia berani melakukan
perubahan untuk menutup aurat seperti yang
pernah dikatakan kepada Syahir.
Kasih sayang Kak Uda sanggup menjaga emaknya yang
menghidap strok dengan mengambil cuti.
Tambahan pula, pada masa yang sama Syahir
tidak dapat menjaga emak kerana akan bertandiing
di Jakarta.
 Keredaan Kekalahan Syahir di tangan Syed amiri dalam
kejohanan Terbuka Johor diterima dengan hati
yang reda. Syahir memperbanyak zikir dan
memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk
menahan diri daripada menyeranah pegawai-
pegawai perlawanan yang bersekongkol untuk
memenangkan Syed Amiri.
Kejujuruan Wan Najlah meminta maaf kepada Syahir atas
sikapnya yang emosional. Seterusnya, dia
menyatakan hasratnya untuk menutup aurat
semasa bermain badminton kerana mahu mengikut
jejak langkah Syahir yang memelihara syariat Islam
semasa bersukan
Rasional Haji Marzuki menasihat Syahir agar sentiasa
bersikap rasional dan tenang sebagai persediaan
ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
Haji Marzuki mahu Syahir mengenal pasti kekuatan
dan kelemahannya terlebih dahulu

TEMA
     Tema novel ini ialah ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan
rintangan sebelum bergelar juara dunia. Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang
sekeliling kerana tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton. Hal ini demikian kerana, dia
masih berpegang pada syariat Islam dan pesanan arwah ayahnya. Sementara itu, Engku Aiman dan
Syed Amiri yang sememangnya tidak menyukai Syahir sering mencemuh dan mengejeknya untuk
melemahkan semangatnya. Kekalahan Syahir di tangan Syed Amiri semasa kejohanan Terbuka Johor

1
juga membuktikan bahawa dia seorang yang tabah apabila dia meneruskan latihan seperti biasa
walaupun menyedari dirinya tidak layak menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
Semasa mahu berangkat ke Jakarta, Syahir diuji pula dengan berita emaknya yang menghidap strok
hingga menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan impian ke Jakarta ataupun
menjaga emaknya yang sedang sakit. Syahir juga terpaksa berhadapan dengan sikap berat sebelah
pihak pengadil semasa bertanding pada peringkat akhir di Jakarta. Namun, akhirnya  Syahir berjaya
bergelar juara dalam kejohanan tersebut.

 Lihat  di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Maklumat- Kematian sifar akibat kemalangan jalan raya - mengurangkan kadar kemalangan,

kecederaan dan kematian ke tahap minimum - setanding dengan negara-negara maju melalui

penyelarasan dan pengurusan program-program keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaaan dan

negeri. - Bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman pengguna-pengguna jalan raya dengan

cara mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman pengguna jalan raya -

mensasarkan pelajar sekolah tersebut - ceramah keselamatan jalan raya - Kempen diadakan sebagai

2
usaha memberi kesedaran mengenai bahaya dan risiko penggunaan jalan raya secara tidak selamat -

mendidik para pelajar agar menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang jalan raya.

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negeri Pulau

Pinang. Selaku setiausaha persatuan, anda dikehendaki menyediakan laporan lawatan tersebut

selengkapnya.

Pendahuluan

-Tajuk laporan

-masa lawatan/ tempat/ tujuan/ tarikh/ siapa yang terlibat

Isi

-waktu bertolak / tempat / taklimat guru pengiring sebelum bertolak

-waktu tiba/ disambut oleh kakitangan Perpustakaan Negeri –sarapan pagi

- diberikan taklimat ringkas tentang fungsi dan peranan Perpustakaan Negeri

-dibawa melawat sekitar bangunan – peranan setiap bahagian

-taklimat tentang kerjaya bersama Perpustakaan Negeri- dijemput menjadi penulis muda/ menghantar

karya untuk disiarkan oleh pihak Perpustakaan Negeri

-pameran buku-buku dan kamus keluaran Perpustakaan Negeri- diskaun hebat

-soalan kuiz tatabahasa - ramai pelajar berjaya menjawab soalan –diberikan cenderamata

Penutup

-gembira –mendapat ilmu yang berguna –berjinak-jinak dalam bidang penulisan –pendapatan

sampingan / berharap akan pergi lagi/ nyatakan waktu tiba di sekolah/ pengakuan pelapor –

tandatangan, nama, jawatan.

3
4
5
1.Maksud peribahasa - sangat karib

1. Setikar seketiduran
2. Dua badan senyawa
3. Satu nyawa dua badan
4. Sejiwa dua tubuh
5. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
6. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
7. Selauk senasi
8. Seperti dua senyawa

6
2. Maksud peribahasa - Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan
orang lain

1. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan


2. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
3. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
4. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
5. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan

3. Maksud peribahasa - Sesuai benar

1. Seperti telap dengan tudungnya


2. Bagai cembul dapat tutupnya
3. Bagai dulang dengan tudung saji
4. Cembul dengan tutupnya
5. Seperti telepa dengan tudungnya

Anda mungkin juga menyukai