Anda di halaman 1dari 4

1.

Kasih sayang

contohnya Syahir amat menyayangi emaknya. Ketika dia ada kelapangan, dia
akan pulang ke rumah untuk menemui emaknya yang terletak di Bandar Baru
Bangi. Syahir juga berasa amat risau apabila mengenangkan emaknya yang
demani sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Begitu juga sebelum ke Jakarta
untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi emaknya
yang menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, Syahir juga sentiasa
menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan emaknya sewaktu
di Jakarta. Apabila pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih
berada di hospital.

2. Hormat-menghormati

contohnya Syahir amat menghormati jurulatihnya Haji Marzuki. Haji Marzuki


menegur kelemahan Syahir yang banyak bermain mengikut mood, lalu
memintanya mengawal emosi ketika berada di gelanggang. Syahir menerima
teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia amat menghormati
pengalaman yang dimiliki oteh jurulatihnya itu.

3. Kerajinan

contohnya Syahir berlatih bersungguh-sungguh agar berjaya dalam


pertandingan Terbuka Johor. Setelah gagal merebut kejuaraan, dia tetap berlatih
seperti biasa kerana mahu mengekalkan staminanya untuk menghadapi
kejohanan seterusnya.

4. Patriotisme

contohnya Syahir berasa serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton


Antarabangsa di Jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok. Dalam
keadaan serba salah dan memikirkan di bahunya tanggungjawab terhadap
negara, akhirnya dia ke Jakarta. Namun, dia sentiasa menghubungi kakaknya
untuk mengetahui keadaan emaknya.

5. Keberanian
contohnya Syahir yang gagal memenangi sebarang pingat dalam Terbuka Johor
menyebabkannya gagal untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa,
namun dia mempunyai keberanian menyahut cabaran menyertai kejohanan
tersebut pada saat akhir apabila Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan raya.

6. Keberanian

contohnya Syahir yang gagal memenangi sebarang pingat dalam Terbuka Johor
menyebabkannya gagal untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa,
namun dia mempunyai keberanian menyahut cabaran menyertai kejohanan
tersebut pada saat akhir apabila Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan raya.

 Nilai Kegigihan – Nilai ini ditunjukkan oleh Syahir dan rakan sepasukannya
dalam berlatih dengan gigih sebelum mengharungi kejohanan di peringkat
antarabangsa
 Keredaan – Syahir menerima kekalahan kepada Syed Amiri di Kejohanan Terbuka
Johor dengan reda. Syahir juga berdoa agar diberikan kesabaran daripada
bertindak terhadap pegawai perlawanan yang bersekongkol untuk memenangkan
Syed Amiri
 Keberanian – Wan Njlah bertindak memakai tudung dan seluar panjang semasa
berlatih di kem latihan wanita membuktikan keberanian dia untuk berubah
 Rasional – Haji Marzuki menasihati Syahir agar sentiasa bersikap rasional dan
tenang dalam memebuat persediaan sebelum menghadapi kejohanan. Haji Marzuki
mahu Syahir mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dirinya terlebih dahulu
 Kejujuran – Wan Najlah meminta maaf kepada Syahir atas sikapnya yang
emosional lalu menyatakan hasratnya untuk menutup aurat semasa bersukan
seperti Syahir Pengajaran Kita hendaklah menjauhi sikap pilih kasih dalam
kehidupan kerana inetegriti adalah lebih penting daripada kepentingan diri.
 Syahir tetap dengan pendiriannya untuk berpakaian menutup aurat semasa
bermain badminton. Kendatipun dia menerima kritikan daripada pihak
yang melabelkannya sebagai muslin konservatif dan “kepala batu dari
hulu”, namun begitu Syahir tetap berpegang pada prinsipnya untuk
menutup aurat.

 Nilai ini ditunjukkan oleh Syahir dan rakan sepasukannya dalam berlatih
dengan gigih sebelum mengharungi kejohanan di peringkat antarabangsa

 Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton


walaupun telah tersingkir daripada senarai nama skuad kebangsaan yang
akan menyertai Kejohanan Antarabangsa di Jakarta. Selain itu, Syahir juga
tabah meneruskan latihan walaupun sering diejek dan disindir oleh Syed
Amiri.

 emak Syahir menghidap strok hingga menyebabkan dia berbelah bahagi


sama ada hendak meneruskan impiannya ke Jakarta atau menjaga
emaknya yang sedang sakit. Setelah membuat solat istikharah dan
mendapat keizinan daripada Kak Uda Syahrizah, dia menyertai skuad
negara untuk mewakili negara ke Jakarta. Dia telah mengharumkan nama
negara dengan menjadi juara dunia.
Novel "Justeru Impian di Jaring" yang telah saya kaji di tingkatan 3 bertemakan
ketabahan menghadapi cabaran sebelum berjaya. Terdapat beberapa bukti
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan tema tersebut.

Pertama, Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekelilingnya


kerana tindakannya yang menutup aurat semasa bermain badminton. Contohnya,
orang ramai sering menuduh Syahir sengaja mencari kelainan untuk mengejar
publisiti murahan dan digelar “kepala batu dari hulu”.

Kedua, Shayir tabah menghadapi kerenah pengadil yang tidak adil. Kekalahan
Syahir dalam perlawanan terbuka Johor yang disebabkan oleh sikap pengadil
yang berat sebelah semasa Syahir bertembung dengan Syed Amiri menyebabkan
Syahir tidak dapat pergi ke Jakarta.

Ketiga, Syahir tabah menghadapi berita ibunya menghidap strok semasa mahu
berangkat ke Jakarta. Hal ini menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada hendak
meneruskan impiannya ke Jakarta atau menjaga emaknya yang sedang sakit.

Anda mungkin juga menyukai