Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis

Formula TERMODINAMIK

Novel Formula Termodinamik bermula dengan


pengarang memerihalkan kawasan kampung yang
dikelilingi sawah padi. Amir dan Asma mengimbau
kembali kenangan manis mereka sewaktu kecil
apabila mereka selalu bermain di tepi sawah
bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma yang
merupakan anak kacukan Dusun dan Brunei berjaya
melanjutkan pengajian ke maktab perguruan
manakala Amir dan Usamah ke politeknik. Mereka
bertemu semula ketika Amir dan Usamah
menghabiskan cuti semester di rumah nenek
mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma.

Amir dan Usamah merancang untuk


mengubah suai mesin rumput menjadi satu
mesin yang mempunyai dua fungsi iaitu
memotong rumput dan mencangkul tanah.
Amir berhubung dengan Professor Othman
untuk memahami Formula Dua Hukum
Popular Termodinamik yang digunakan
untuk mesin 2 dalam 1. Aswan yang
mendapat berita mengenai usaha Amir dan
Usamah berasa tergugat dan ingin menyaingi
mereka. Dia mengajak Majibon dan Fikri
untuk bersama-sama mencipta mesin yang
sama.

Formula Dua Hukum Popular Termodinamik


hilang daripada storan Amir. Pencerobohan
data juga berlaku kepada storan data syarikat
ayahnya. Dia cuba menghubungi ayahnya
tetapi tidak berjaya kerana ayahnya sibuk
bekerja. Amir mencari jalan untuk menangkap
dalang dibelakang perkara ini. Satu kejadian
banjir berlaku di kampung dan Aswan bersama
rakannya hampir lemas dibawa arus air yang
kuat. Amir yang kebetulan berada di situ
menyelamatkan Aswan dan rakan-rakannya.

Aswan yang berasa malu dan serba-salah


telah mengakui kesalahan yang dilakukan
terhadap Amir. Amir memaafkannya dan
menyiapkan mesin 2 dalam 1 bersama
Usamah. Mereka berdua berjaya memenangi
Anugerah Saintis Muda selepas berjaya
mencipta mesin 2 dalam 1 yang
memudahkan penduduk kampung untuk
bertani. Amir dan Usamah turut ditawarkan
biasiswa kerajaan bagi melanjutkan
pelajaran di luar negara.

Anda mungkin juga menyukai