Anda di halaman 1dari 9

A.

Pilih soalan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah ini.

Kain-kain yang diseterikakan Aminah itu menjadi bertingkat-tingkat lalu disimpan di


dalam almari.

A disusun                    B dibuat                      C diatur                       D dilonggok

Mak Senah dan anaknya, Lina sedang _____________ bunga di ruang tamu rumahnya.

A mengubah                B menukar                   C menggubah              D merobah

Ketika kejadian gempa bumi, beberapa deret bangunan di kawasan itu_______________.

A berdetar                   B bergegar                   C bergetar                   D bergoncang

” Janganlah asyik ______________ sahaja di bilik. Rajin-rajinlah bergaul dengan


masyarakat sekeliling,” kata Sara kepada rakannya.

A terserap                    B terperap                   C terperangkap            D teresap

Encik Mural ______________ maklumat peribadinya bersama-sama dengan borang


permohonan itu.

A melampirkan            B lampiran                   C dilampirkan             D lampir

Sebagai akibat kegawatan ekonomi negara, projek pembangunan di kawasan itu telah
________________ .

A musnah                    B  terbengkalai            C sia-sia                       D selesai

” _______________ kamu sudah ditipu oleh jurujual itu,” kata Lamsah kepada Ramlan.

A Entah                       B Entah-entah             C Jangan                     D Bukan-bukan

____________ Adibah, abangnya yang berbadan besar itu ___________tidak mampu


untuk mengangkat kotak itu.

A Makin…makin                                B Sungguhpun…namun

C Bukan sahaja…tetapi juga              D Jangankan…pun

_____________pemimpin ____________ rakyat mestilah sama-sama berganding bahu


untuk membangunkan negara.

A Baik…mahupun                              B Biarpun…namun
C Entah…entah                                  D Mula-mula…kemudian

Semasa melancong ke India, Puan Maimah membeli se________ anting-anting berlian


dan dua ____________ rantai emas.

A bentuk…ulas           B pasang…utas           C butir…untai             D buah…urat

Bunyi beberapa _______________ tembakan itu telah menyebabkan

se____________ kerbau lari bertempiaran.

A pucuk….kumpulan                          B laras…kelompok

C das…kawan                                                D kerat…gerombolan

Kamal tunduk ke lantai apabila dileteri ibunya sambil kakinya __________

hujung tikar.

A mengait                   B mengaut                   C menguis D mengais

Semangat dan galakan yang diberikan oleh pakar motivasi itu _______minat

mereka untuk meneruskan projek mereka yang terbengkalai itu.

A menyerikan              B menyalakan             C menyinarkan            D menyerlahkan

Cikgu Wahad melonjak kegembiraan sebaik sahaja pelari sekolahnya_________ ke


garisan penamat.

A menempuhi              B mencecah                 C menemui                  D melalui

Pelancaran majlis anugerah itu tergendala berikutan ________ yang tidak cekap.

A pemantauan.            B pengurusan.             C penilaian.                 D pemeriksaan.

Pekerja di ladang teh itu __________daun teh sambil mengisikannya ke dalam bakul
yang ____________.

A memetik… digalas                          B memungut…dibawa

C menggunting… diangkat                D memotong…dijunjung

___________dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan telah diluluskan.

A Adalah                    B Dengan itu               C Dengan ini               D Telah


Permainan tradisional patut diketengahkan supaya dapat seni budaya bangsa.

A Mengaya                 B Mengayai                 C Memperkaya            D Memperkayai

Haidir  ________ saku seluarnya untuk mencari kunci rumahnya.

A menggorek-gorek                            B meraba-raba

C meramas-ramas                                D membelek-belek

Para pelancong itu amat tertarik oleh kehalusan kain songket ___________ Terengganu.

A jahitan                     B sulaman                   C tenunan                   D anyaman

Kak Laila menghayati irama muzik melalui radio sebagai ________semasa menyiapkan
kerja sekolahnya.

A pencuci telinga        B buah mulut              C halwa telinga           D alas perut

Kecemerlangan pelajar itu dalam peperiksaan telah menjadi _________guru-guru sekolah


itu.

A buah fikiran             B buah tangan             C buah mulut              D buah hati

Daripada nya, saya dapat merasakan bahawa dia tidak menyetujui keputusan itu.

A bangun tubuh.         B air muka.                  C paras rupa                D bentuk muka

Ali amat _________ melihat penderitaan hidup keluarga miskin itu.

A terpegun                  B terharu                     C terkilan                    D terasa

Sudin membubuh garam yang disangka gula menyebabkan air kopi yang dibancuhnya
terasa amat ___________.

A lekit                         B masin                       C tawar                         D kelat

B. Pilih lawan kata bagi kata yang dihitamkan

Pak Dinlah yang menggali lubang di belakang pondok itu.

A menimbus                B mengorek                 C meratakan                D menggerudi

Setelah sepuluh tahun bekerja di kilang itu, Amir sangat mahir membuat kerja-kerjanya.

A bijak                                    B kekok                       C tegas                                    D rajin


C. Pilih kata yang seerti bagi kata yang dihitamkan.

Rubiah menjeling apabila diusik oleh kawan-kawannya.

A merenung                B mengenyit                C mengerling              D menatap

Sikap hormat-menghormati dapat menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat.

A keunggulan              B kesenangan              C keselesaan               D keharmonian

D. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

A. “Hamburi! Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam!” tanya Rahim.

B. “Hamburi? Mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam?” tanya Rahim.

C. “Hamburi, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam?” tanya Rahim.

D. “Hamburi, mengapakah kamu tidak menghadiri mesyuarat Kelab Komputer


semalam!” tanya Rahim.

A. Wahai! Rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali
kamu berputus asa.

B. Wahai, rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali
kamu berputus asa!

C. Wahai rakan-rakan sekalian. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali
kamu berputus asa.

D. Wahai rakan-rakan sekalian! Tabahlah menghadapi dugaan ini dan jangan sekali-kali
kamu berputus asa.

E. Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat diberi.

Apakah rancangan kamu setelah tamat kursus kemahiran ini nanti?

A. Saya yakin bahawa saya pasti akan berjaya menamatkan kursus ini.

B. Benar kata kamu itu. Saya perlulah mempunyai rancangan selepas tamat kursus ini.

C. Saya tidak pasti tempoh untuk menamatkan kursus ini.


D. Saya bercadang untuk memulakan perniagaan kecil di kampung saya.

Adakah kamu akan menerima tawaran daripada syarikat multimedia itu?

A. Ya, saya ada menerima tawaran daripada syarikat multimedia itu.

B. Saya telah diminta untuk melaporkan diri di syarikat multimedia itu pada minggu
depan.

C. Saya belum lagi membuat sebarang keputusan. Hal ini akan saya pertimbangkan
semasak-masaknya.

D. Tidak. Saya belum lagi memberitahu keluarga saya tentang surat tawaran tersebut.

E. Pilih ayat-ayat yang betul.

I.             Dari pagi ke petang dia tidak balik ke rumah.

II.          Ceramah tentang kem musim cuti itu disukai oleh murid-murid.

III.       Wak Leman membajak sawah dengan menggunakan traktor.

IV.       Mereka telah sampai petang ini.

A I dan II sahaja         B II dan III sahaja      C II, III, dan IV sahaja          D I, II, III, dan
IV

I.             Berbagai projek telah dilaksanakan untuk membangunkan kawasan tersebut.

II.          Azman merasa amat pilu sekali apabila mendengar cerita sedih itu.

III.       Tiang telefon itu tumbang lalu menghempap rumah.

IV.       Kucing peliharaannya sangat jinak.

A I dan II sahaja         B II dan III sahaja      C III dan IV sahaja                D I, II, III, dan
IV

I.      Semua murid-murid sedang berbaris di padang sekolah.

II.      Jalan ke puncak bukit itu sempit dan bengkang-bengkok.

III.      Sungguh meriah sekali sambutan Hari Guru di sekolah kami.

IV.      Penduduk di kawasan itu dinasihati agar segera berpindah ke tempat yang lebih
selamat.
A I dan II sahaja         B II dan IV sahaja      C I, II, dan IV sahaja              D I, II, II, dan
IV

I.      Sudah satu setengah jam kami menunggu kedatangan Arjal

II.      Bungkusan itu saya menerima daripada rakan saya, kasim.

III.      “Kejadian tanah runtuh itu berlaku bila?” tanya Salmah kepada Firdaus.

IV.      Hampir separuh daripada kawasan itu ditumbuhi pepohon hijau.

A I dan III sahaja       B III dan IV sahaja     C I, II, dan IV sahaja              D I, II, III, dan
IV

I.      Berbagai kegiatan telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun ini.

II.      Ramus mengambil segugus anggur dari dalam kotak itu.

III.      Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak
mereka.

IV.      Saya sering mengunjungi restoran itu kerana amat sukakan masakan yang
disediakan di situ.

A I dan II sahaja         B II dan III sahaja      C I, II, dan IV sahaja              D I, II, III, dan
IV

G. Pilih kata ganda yang diserongkan dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa
maksud banyak.

I.      Di atas meja itu terhidang lauk-pauk yang telah dimasak oleh ibu.

II.      Ayah tidak mahu melalui kawasan itu kerana jalannya lekak-lekuk.

III.      Saya termenung sambil memperhatikan orang ramai yang lalu-lalang di situ.

IV.      Puan Baneyiah terkejut apabila melihat calar-balar di badan anaknya.

A I dan III sahaja       B I dan IV sahaja        C II, III, dan IV sahaja           D I, II, III, dan
IV

I.      Paru-paru merupakan organ yang penting dalam proses pernafasan manusia.

II.      Sikap tolong-menolong perlulah disemaikan dalam diri setiap anggota masyarakat
kita.
III.      Sudah bertahun-tahun lamanya Ghain menanggung penderitaan itu.

IV.      Sayur-mayur yang ditanam di situ akan dieksport ke Singapura.

A I dan III sahaja       B III dan IV sahaja     C I, II, dan IV sahaja  D I, II, III, dan IV

H. Pilih kata ganda yang diserongkan dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa
maksud berulang-ulang.

I.      Kak Lin terbongkok-bongkok sambil mencuba membetulkan tali kasutnya.

II.      Ayah  ketawa terbahak-bahak sewaktu menonton rancangan komedi itu.

III.      “Mengapa kamu termengah-mengah seperti orang kepenatan,” tanya Puan Sham
kepada anaknya.

IV.      Encik Manikam berura-ura ingin meletakkan jawatan jika tuntutannya tidak
dipenuhi oleh majikannya.

A I dan III sahaja       B II dan III sahaja      C I, II, dan III sahaja  D I, II, III, dan IV

I.      Kumaran menjolok-jolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah.

II.      Kedua-dua pihak yang bertelingkah itu akhirnya bermaaf-maafan.

III.      Puan Suri sentiasa berdoa moga-moga anaknya berjaya dalam peperiksaan UPSR.

IV.      Walaupun itu sudah lama berlaku, Jasin masih lagi teringat-ingat akan peristiwa
hitam itu.

A I dan IV sahaja       B II dan III sahaja      C II, III, dan IV sahaja           D I, II, III, dan
IV

I.      Sewaktu Maya sedang berehat di beranda, Maya mendengar suara orang menjerit-
jerit meminta tolong.

II.      Kereta itu berpusing-pusing sebelum jatuh ke dalam gaung.

III.      Amalan ziarah-menziarahi perlu dijadikan budaya hidup kita.

IV.      Pak Halim mundar-mandir tak sabar menunggu kepulangan anaknya.

A I dan III sahaja       B II dan IV sahaja      C I, II, dan IV sahaja              D I, II, III, dan
IV
I. Pilih kata ganda yang diserongkan dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa
maksud tunggal.

I.      Jejari tingkap itu telah berpaku.

II.      Halaman rumah itu telah ditumbuhi rerumput.

III.      Pepohon buluh itu tumbuh merimbun di tepi tasik itu.

IV.      Ibu memasukkan bebola ikan ke dalam masakan itu.

A I dan III sahaja       B I dan IV sahaja        C I, II, dan III sahaja             D I, II, III, dan
IV

I.      Kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumah.

II.      Bunga-bunga itu dipetik oleh kakak.

III.      Sarang angkut-angkut itu telah pecah.

IV.      Buku-buku itu dijual dengan harga yang murah.

A I dan II sahaja         B I dan III sahaja        C II, III, dan IV sahaja          D I, II, III, dan
IV

J. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

I.                Gula dan garam larut di dalam air.

II.             Abang mengulang kaji pelajarannya hingga larut malam.

III.          Sakitnya bertambah larut sejak belakangan ini.

IV.          Kesengsaraannya larut setelah rumahnya terbakar.

A I dan II sahaja         B I, II, dan III sahaja  C II, III, dan IV sahaja          D I, II, III, dan
IV

I.             Diam Pak Kamal ialah di pondok usang itu.

II.          Sudah sepuluh tahun mereka diam di kampung itu.

III.       Firdaus diam sahaja apabila disoal oleh gurunya.

IV.       “Tolong diam sebentar,” kata Ali kepada rakan-rakannya.


A I dan II sahaja         B II dan III sahaja      C II, III, dan IV sahaja          D I, II, III, dan
IV

I. Bomoh tua di hujung kampung itu dipercayai memiliki ilmu ghaib.

II. Kapal tangki itu akhirnya ghaib di tengah lautan yang bergelora.

III. Baginda ghaib bersama-sama dengan pengiringnya semasa berburu di dalam hutan.

IV. Sehingga hari ini, seluruh penduduk kampung itu masih memperkatakan ghaib itu.

A I dan II sahaja         B III dan IV sahaja     C I, II dan III sahaja               D I, III dan IV
sahaja.

I.             Setiap manusia mempunyai haluan hidup masing-masing yang ingin dicapai.

II.          Haluan kata buku hasil tulisan pengarang terkemuka itu disunting oleh seorang
pakar bahasa.

III.       Dia suka duduk di haluan perahu ketika memancing ikan di tasik tersebut.

IV.       Pendatang-pendatang asing yang tidak mempunyai permit biasanya lari lintang
pukang tidak tentu haluan apabila terlihat pihak berkuasa.

A I dan III sahaja       B I, III dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja                        D I, II,
III dan IV

Anda mungkin juga menyukai