Anda di halaman 1dari 14

SULIT

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


(UNIT KURIKULUM)
MAJLIS GURU BESAR JOHOR
________________________________________________________________

011
Bahasa
Melayu
Mac UJIAN PENGESANAN PRESTASI MURID 2 (Mac 2002)
2002 Tahun 6
1 jam

BAHASA MELAYU

Ujian Pemahaman

Masa: 1 Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan menghitamkan ruang pada kertas jawapan.

3. cara menjawab adalah seperti di bawah ini.

Contoh Soalan:
Ali menulis namanya apda buku dengan
A. pembaris
B. pemadam
C. pensel
D. kapur

Jawapan yang betul bagi contoh soalan ialah pensel dan hurufnya ialah C.
lihat contoh pada kertas jawapan yang diberikan. Ruangan huruf C telah
dihitamkan.

4. Bagi satu soalan hitamkan satu ruangan sahaja.

5. Jika kamu hendak menukar ajwapan. Padamkan tanda yang telah dibuat
hingga habis. kemudian hitamkan jawapan yang baru.

1
Arahan Am: Tap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan
D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilihan jawapan yang betul
itu. Kemudian, pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruang yang mempunyai
huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5


Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Kampung Mengabang Telipot,


Batu Rakit,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
7 Februari.

Menemui sahabatku Abdul Malik, semoga saudara berada dalam keadaan sihat
sejahtera.

Saudara,

Sudah lama saudara tidak mengirim berita kepada saya dan kawan-kawan
yang lain. Semenjak saudara berpindah ke ibu kota, keadaan tidak seperti
dahulu lagi. Kami di sini benar-benar merindui saudara. Celoteh saudara yang
menyebabkan kami tak kering gusi dibuatnya telah hilang. Sebenarnya kami tak
ada lagi teman penghibur.
Tujuan saya mengutus surat ini untuk mengundang saudara ke majlis
harijadi saya yang ke-21 pada 9 September yang akan datang. Majlis itu akan
diadakan pada jam 3.00 petang di rumah nenek saya bersebelahan rumah saya.
Saya mengirimkan surat terlebih dahulu supaya saudara tidak pergi ke
tempat lain memandangkan waktu itu, cuti pertengahan penggal kedua.
Sudah lama kita tidak mencandat sotong bersama-sama. Saya bercadang
untuk mengajak saudara bercuti di selepas menyambut hari jadi saya. Saya
merancang bersama kawan-kawan di sini untuk membawa saudara mencandat
sotong di pantai Seberang Takir. Ayah, dan pak cik saya telah bersetuju untuk
mengendali bot. Kita akan bermalam dan menikmati sotong bakar di sana nanti.
Saya berharap saudara tidak menghampakan pelawaan saya ini. Pulanglah
bersama keluarga saudara kerana di sini juga kampung asal saudara. Kehadiran
saudara sekeluarga akan lebih memeriahkan lagi majlis itu nanti.
Saya menunggu jawapan daripada saudara. Setakat ini sahaja coretan
saya buat kali ini. Sambutlah salam saya untuk saudara serta keluarga, terima
kasih.

Yang berharap,
Hafiz

2
1 Apakah tujuan utama penulis mengutus warkah kepada Abdul Malik
A Mengajak kawannya berkelah
B Menghadiri majlis hari haji
C Menikmati sotong bakar di pantai.
D Mencandat sotong di Seberang Takir.

2 Di manakah majlis hari jadi Hafiz akan diraikan?


A Di rumah neneknya
B Di rumah Abdul Malik
C Di Pantai Seberang Takir.
D Di rumah Hatiz.

3 Antara berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan cadangan percutian


penulis?
A Mengadakan majlis hari jadi
B Bermakam di Pantai Seberang Takir
C Menikmati sotong bakar di Pantai Seberang Takir
D Mengendalikan bot bersama ayah, dan pak ciknya.

4 Perkataan mencandat membawa maksud


A Memukat
B Mengail
C Manangkul
D mengumpan

5 Bilakah rancangan mencandat sotong itu akan dilaksanakan?


A Selepas menyambut hari jadi
B Sebelum menyambut hari jadi
C Semasa cuti penggal kedua
D Selepas cuti penggal kedua

Soalan 6 hingga Soalan 10


Baca petikan di bawah, jawab soalan-soalan berikutnya.

Sakit kuning merupakan penyakit yang sebahagian besarnya dihidapi oleh


kalangan kanak-kanak yang baru lahir. Sakit kuning berlaku apabila tisu-tisu
dimasuki oleh pigmen hempedu (bilirubin) yang menyebabkan kulit, selaput
lendir dan mata menjadi kuning. Kadangkala penyakit ini juga disebabkan oleh
kerosakan sel darah merah. Mereka yang pernah menghidap penyakit anemia,
malaria dan radang paru-paru juga mudah dihinggapi oleh penyakit tersebut.

Banyak kajian telah dibuat oleh pakar-pakar perubatan. Antaranya ialah


pakar-pakar perubatan dari Universiti California. Mengikut kajian yagn telah
dibuat, kanak-kanak yang baru lahir mudah diserang oleh penyakit tersebut.
Walau bagaimanapun, hasil kajian itu menunjukkan bahawa bayi yang lahir

3
cukup bulan dan sihat tidak perlu dirawat di hospital jika mereka mempunyai
tanda-tanda penyakit kuning. Tanda-tanda itu merupakan fenomena biasa bagi
kanak-kanak yang dilahirkan dalam abad ini.

Kesan penyakit ini pernah dibincangkan oleh pakar-pakar pediatrik. Setelah


beberapa kes demam kuning dianalisis, ternyata bahawa penyakit ini tidak
mendatangkan kesan yang buruk seperti pekak, kurang cerdik dan masalah
neurologi. Segala yang dipercaya itu merupakan hipotesis sahaja kerana setakat
ini tiada bukti yang dijumpai bagi menyokong pendapat tersebut.

Bayi yang baru lahir tidak cukup bulan boleh menyebabkan kesan yang
buruk jika diserang oleh penyakit kuning. Bayi tersebut perlu dirawat dihospital.
Rawatan yang sempurna perlu diberikan. Jika tidak, bayi tersebut akan
mengalami kecacatan. Kaedah rawatan yang sesuai ialah fototerapi, iaitu bayi itu
diletakkan di bawah cahaya biru selama 18 hingga 24 jam atau lebih. Kaedah ini
sedang diperhalus untuk mendapat kesan yang maksimum. Sementara itu,
terdapat juga alat-alat rawatan yang diperbaharui dan dipermudahkan, sejajar
dengan perkembangan teknologi perubatan masa kini.

6 Siapakah yang berisiko tinggi menghidap penyakit kuning?


A Bayi
B Kanak-kanak
C Mereka yang rosak sel darah merah
D Penghidap anemia, malaria dan radang paru-paru

7 Bagaimanakah merawat penyakit kuning bagi bayi


A Rawatan secara fototerapi
B Berjemur di bawah cahaya matahari
C Menggunakan alat rawatan masa kini
D Memasukkan pigmen hempedu ke dalam tisu badan

8 Apakah tanggapan orang ramai terhadap penghidap sakit kuning?


A Kulit menjadi kuning
B Selaput mata berlendir
C Merosakkan hempedu
D Mangsa boleh menjadi cacat

9 Mengapakah bayi yang dilahirkan sihat dan cukup bulan tidak perlu
dibimbangi jika ada tanda-tanda sakit kuning?
A Tiada kesan buruk
B Senang untuk dirawat
C Ada alat rawatan canggih
D Lumrah bagi kebanyakan bayi

4
10 Pernyataan berikut benar tentang sakit kuning kecuali
A Boleh dirawat secara tradisional
B Hanya terkena pada kanak-kanak
C Disebabkan oleh kerosakan sel darah merah
D Pernah dibuat kajian oleh pakar-pakar perubatan

Soalan 11 hingga Soalan 15


Baca petikan berita di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

KUANTAN, 2 Februari - orang ramai yang hendak balik berhari raya diingatkan
supaya menaiki kenderaan perkhidmatan awam yang sah untuk keselamatan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang, Encik Johar Rusi menasihati
orang ramai supaya jangan menggunakan perkhidmatan van sewa pada musim
perayaan ini.

Katanya menaiki kenderaan yang tidak mempunyai lesen perkhidmatan


awam bukan sahaja menyalahi peraturan lalulintas malah akan menimbulkan
masalah jika berlau sesuatu kemalangan. Begitu juga menggunakan
perkhidmatan van sewa menjadi suatu kesalahan kerana ia tidak mempunyai
sebarang dokumen penumpang yang sah.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini Encik Johar menegaskan


daripada kajian yang dibuat kebanyakan kemalangan yang berlaku melibatkan
van terdiri daripada van sewa di mana pemandunya tidak begitu mahir dengan
keadaan van itu.

Di samping itu beliau juga berharap kepada pemandu-pemandu bas


tambahan pada musim perayaan ini supaya jangan masuk ke kawasan
perhentian bas jalan besar Kuantan. Tujuannya untuk mengelakkan kesesakan
lalu lintas. Bas-bas tambahan perlu menunggu di luar kawasan tersebut dan
penumpang-penumpang diminta supaya menaiki bas di luar kawasan perhentian
itu.
Kesibukan orang ramai untuk balik menyambut hari raya di kampung telah
dirasakan di sekitar bandar Kuantan sejak dua hari lalu. Perhentian bas dan teksi
menjadi tumpuan dan sebahagianbesar daripada mereka terpaksa menunggu
beberapa jam untuk mendapatkan bas menuju ke destinasi. Lalu lintas beberapa
batang jalan utama di sekitar bandar Kuantan tergendala disebabkan kesibukan
kenderaan.

11 Mengapakah orang ramai dinasihatkan supaya menaiki kenderaan yang


sah?
A Tidak berlaku kemalangan
B Tidak menimbulkan masalah
C Untuk mendapatkan kemudahan
D Untuk mendapat keselesaan

5
12 Bilakah kesibukan orang ramai dapat dilihat di sekitar bandar Kuantan?
A Sejak 30 Januari
B Sejak 31 Januari
C Sejak 1 Februari
D Sejak 2 Februari.

13 Kemalangan banyak berlaku membabitkan van sewa kerana


A Tiada lesen
B Tiada kebenaran
C Tiada pengalaman
D Tiada pengetahuan

14 Kepada siapakah nasihat Pengarah Pengangkutan Jalan ditujukan?


A Pengguna dan pemandu bas tambahan
B Pemandu van sewa dan para penumpang
C Pemandu bas ekspres dan pemandu teksi
D Kakitangan Pengarah Pengangkutan Jalan dan orang ramai

15 Maksud tergendala dalam petikan di atas?


A Terjejas
B Terhenti
C Terkandas
D terhalang

Soalan 16 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

A.S Amin atau nama sebenarnya Adnan Abdul Rahman merupakan


seorang penyair. Beliau bersama M. Ghazali dan Noor S. I lebih dikenali sebagai
Orang Bertiga iaitu penyajak-penyajak kabur.

A. S. Amin dilahirkan di Parit, Perak pada 9 Disember 1929. Beliau


mendapat pendidikan awal di sekolah aliran Melayu dan Inggeris. Beliau pernah
mempelajari Bahasa Jepun di Sekolah Latihan Mekanik Tentera Laut Jepun di
Singapura .

Selepas menamatkan persekolahannya pada tahun 1944, beliau bekerja


sebagai pemberita akhbar Berita Perak. Setelah dua puluh tahun kemudian
beliau bekerja sebagai penyunting majalah Angkatan Baru, sebelum menjadi
penyunting akhbar Utusan Melayu dari 1967 hingga 1972. semasa bekerja
dengan Berita Harian, beliau sekali lagi diberi tugas sebagai penyunting akhabr
sehingga 1984.

Beliau mula menulis puisi ketika masih remaja. Namun demikian, puisinya
hanya mula tersiar pada tahun 1955. pembaca dan penyajak pada zaman itu
tidak menyenangi sajak-sajaknya kerana bersifat kabur. Masyarakat sukar

6
memahaminya kerana beliau menggunakan lambang-lambang yang tersendiri.
Semangatnya tidak pernah luntur bak kata pepatah, genggam bara api biar
sampai jadi arang. Beliau terus menulis dan banyak berjasa dalam bidang
penulisan sajak. Antara sajak-sajaknya termasuklah ‘’Anak Berbaju Merah,
‘’Bulan di Hujung Atap’’, ‘’Bulan Tua’’, ‘’Warna Antara Garisan’’, dan ‘’Jiwa
Merdeka’’, sajak-sajaknya dianggap sebagai satu perkembangan baru. Mereka
mengatakan beliau cuba mendorong pembaca-pembaca menghayati sajaknya
dengan teliti agar mereka dapat memahami maksud sajak-sajak tersebut.

Pada tanggal 28 Jun 1988, beliau meninggal dunia akibat diserang


penyakit jantung.

16 Apakah jawatan pertama yang dipegang oleh A.S. Amin?


A Penyunting akhbar Berita Harian.
B Penyunting akhbar Utusan Melayu
C Pemberita akhbar Berita Perak
D Penyunting majalah Angkatan Baru

17 Mengapakah A.S. Amin dikenali ramai?


A Beliau merupakan seorang penulis sajak
B Beliau pernah bekerja dengan Berita Harian
C Beliau menggunakan lambang-lambang tersendiri.
D Beliau banyak berjasa dalam bidang penulisan.

18 Berapakah lamakah A.S. Amin bekerja sebagai penyunting?


A 17 tahun
B 20 tahun
C 24 tahun
D 40 tahun

19 Maksud kabur dalam petikan di atas ialah


A Tidak pasti
B Kurang jelas
C Sukar difahami
D Amat nyata

20 Pernyataan berikut benar tentang A.S. Amin kecuali


A Beliau bekerja sebgai wartawan
B Beliau adalah penulis sajak kabur yang pertama
C Beliau meninggal dunia semasa usia 59 tahun
D Beliau bekerja sebagai mekanik tentera laut Jepun

7
Soalan 21 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.

21 Anggota-anggota pasukan keselamatan telah berjaya


____________segerombolan komunis di sempadan Malaysia.
A Tumpas
B Tumpaskan
C Menumpas
D Tumpasan

22 Budak perempuan itu menangis ______________ apabila berita kematian


adiknya.
A Tersedu-sedu
B Tersekat-sekat
C Teresak-esak
D Terhenti-henti

23 Azmi telah mendeklamasi sajaknya dengan suara yang ____________ agar


setiap patah perkataan yang disebut dapat difahami oleh pendengar.
A Kuat
B Merdu
C Kasar
D Lantang

24 Semasa majlis hari jadinya Mona menyanyi sambil menari dengan


_________ sekali di hadapan tetamunya.
A Ligat
B Cepat
C Lincah
D lancar

25 Sudah dua jam aku menunggu kepulangan ayah, __________bayangnya


pun tidak kelihatan.
A Namun
B Manakala
C Oleh itu
D Sebab itu

26 Baki tidak pernah mengharapkan belas ihsan daripada abang-abangnya


_______ dia seorang yang cacat.
A Malahan
B Walaupun
C Oleh sebab
D Di samping itu

8
27 Mak Munah menghiris beberapa ________ dodol lalu diletakkan ke dalam
pinggan.
A Ketul……..sebuah
B Kepal…….butir
C Keping……sebiji
D Tongkol……sebuku

28 Ayah memasukkan tiga _________ daun kesum dan empat __________


serai ke dalam raga basikalnya untuk dibawa pulang.
A Ikat…..batang
B Helai…..rumpun
C Tangkai…..jambak
D Cucuk……keping

29 Wan Hafizan memberi __________ kepada pakar


A Kata dua
B Kata putus
C Cahaya mata
D Bekas tangan

30 Murid-murid dinasihatkan agar jangan menjadikan diri mereka ________


apabila dewasa nanti.
A Tahi minyak
B Biawak hidup
C Cacing kepanasan
D Sampah masyarakat

Soalan 31 hingga Soalan 31


Pilih soalan atau jawapan yang paling sesuai pada ayat yang bergaris.

31 Majlis itu diadakan untuk meraikan kemenangan pasukan sepak takraw


beliau Kampung Merbau.
A Siapakah yang mengadakan majlis itu?
B Di manakah majlis itu diadakan?
C Mengapakah majlis itu diadakan?
D Bilakah majlis itu diadakan?

32 Tidak, Zainal yang merosakkannya, cikgu.


A Siapakah yang merosakkan papan notis itu?
B Bagaimanakah Zainal merosakkan papan notis itu?
C Zainalkah yang merosakkan papan notis itu?
D Bukankah kamu yang merosakkan papan notis itu?

9
33 ‘’Bilakah perlawanan bola jaring itu dijangka tamat permainannya?’’
A Permainan bola jaring bermula tepat pukul tiga petang.
B Perlawanan bola jaring itu akan tamat lebih kurang jam 6.30 petang.
C Perlawanan bola jaring itu memakan masa selama satu jam.
D Pasukan mereka telah memenangi perlawanan bola jaring itu

Soalan 34 hingga Soalan 36


Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

34 A ‘’Wah, besar bengkel kamu, Rahim!’’ kata Pak Cik Husin. ‘’Biasa saja,
pak cik,’’ kata Rahim.
B ‘’Wah! Besar bengkel kamu Rahim,’’ kata Pak Cik Husin. ‘’Biasa saja pak
cik,’’ kata Rahim.
C ‘’Wah, besar bengkel kamu Rahim!’’ kata Pak Cik Husin. ‘’Biasa saja pak
cik.’’ Kata Rahim.
D ‘’Wah! Besar bengkel kamu Rahim,’’ kata Pak Cik Husin. ‘’Biasa saja,
pak cik,’’ kata Rahim.

35 A Hamba berjanji, Tuk, hamba akan patuh kepada segala pesanan Tuk itu.
B Hamba berjanji Tuk. Hamba akan patuh kepada segala pesanan Tuk itu.
C Hamba berjanji, Tuk. Hamba akan patuh kepada segala pesanan Tuk
itu.
D Hamba berjanji Tuk, hamba akan patuh kepada segala pesanan Tuk itu.

36 A ‘’Hai! Lama tak jumpa. Masih sibukkah lagi dengan melukis?’’ kata
Hazmi.
B ‘’Hai, lama tak jumpa! Masih sibukkah lagi dengan melukis?’’ kata
Hazmi.
C ‘’Hai! Lama tak jumpa, Masih sibukkah lagi dengan melukis? Kata
Hazmi.
D ‘’Hai, lama tak jumpa. Masih sibukkah lagi dengan melukis?’’ kata
Hazmi.

Soalan 37 hingga soalan 39


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

37 Salim ditanya oleh ayahnya ke mana dia pergi petang tadi.


A ‘’Kamu pergi ke mana petang tadi?’’ tanya ayah Salim.
B ‘’Hari sudah petang. Salim pergi ke mana?’’ tanya ayahnya.
C ‘’Kamu hendak pergi ke mana petang-petang begini?’’ tanya ayah Salim
D ‘’Salim, ke mana kamu pergi petang tadi?’’ tanya ayahnya.

10
38 ‘’Oh, tidak ku sangka engkau yang membunuh orang itu!’’ katanya kepada
Abidin.
A Dengan perasaan hairan dia berkata bahawa aku tidak menyangka
Abidin membunuh orang itu.
B Dengan perasaan hairan dia berkata bahawa dia tidak menyangka Abidin
membunuh orang itu.
C Dengan perasaan terkejut aku berkata bahawa engkau membunuh orang
itu.
D Dengan perasaan terkejut aku berkata dia tidak menyangka bahawa
Abidin membunuh orang itu.

39 Kampung saya dilanda banjir tiap-tiap tahun sejak akhir-akhir ini.


A Sejak akhir-akhir kampung saya dilanda banjir tiap-tiap tahun ini.
B Tiap-tiap kampung saya dilanda banjir sejak akhir-akhir tahun ini.
C Kampung saya sejak akhir-akhir ini melanda banjir tiap-tiap tahun.
D Banjir melanda kampung saya tiap-tiap tahun sejak akhir-akhir ini.

Soalan 40 dan Soalan 41


Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang
membawa maksud tunggal.

40 I Ayah mengajak adik menyapu daun-daun di halaman.


II Hazim menyusun majalah-majalah itu di atas tingkat-tingkat.
III Ramai murid tidak dapat membezakan antara labi-labi dengan kura-
kura.
IV Epok-epok yang dihidangkan itu masih panas.

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV sahaja

41 I Di bawah pohon beringin terletak kuda-kuda panjang untuk berehat.


II Tupai-tupai pintu itu telah reput.
III Adik mengelap kisi-kisi pada tingkap bagi memenuhi masa lapang.
IV Balang-balang ikan yang bersih disusun di atas rak.

A I, II dan III
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

11
Soalan 42 dan Soalan 43
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang
membawa maksud saling.

42 I Kedua-dua pasukan itu serang-menyerang untuk memecahkan benteng


pertahanan masing-masing.
II Saad dan Lim tersenyum-senyum apabila melihat telatah budak-budak
itu.
III Pada pagi hari raya kami selalu bersalam-salaman dengan ibu bapa.
IV Tembak-menembak berlaku apabila polis mengepung sarang penjahat
itu.

A I, II dan III
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

43 I Salamah berpeluk-pelukan dengan ibunya kerana sudah lama tidak


berjumpa.
II Mereka bertarik-tarikan untuk memenangi acara tarik tali.
III Kelihatan kereta berderet-deret menuju ke tempat pesta itu.
IV Pengadil memberhentikan perlawanan apabila tumbuk-menumbuk
berlaku antara pemain.

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja.
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 44 hingga Soalan 46.


Pilih ayat-ayat yang betul.

44 I Dari pagi ke petang dia tidak balik.


II Malam tadi bulan sangat terang.
III Mereka telah sampai petang nanti.
IV Lagaknya yang ego itu dibenci rakan-rakannya.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

12
45 I Pak Jais menghela kerbau ke kandangnya.
II Berbagai projek telah diatur.
III Borang perlu diisi dengan teliti.
IV Azma merasa amat pilu sekali apabila membaca kisah dongeng.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

46 I Serahkan bungkusan ini kepada pegawai kastam.


II Cikgu Karim menghadiahkan Ahmad sebuah buku cerita.
III Rohana merupakan pelajar yang mendapat markah yang paling tinggi
sekali dikelasnya.
IV Puan Salmah menerima sepucuk surat dari anaknya yang menuntut di
Universiti Sains Malaysia.

A I sahaja
B I dan II sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

Soalan 47 hingga Soalan 50


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

47 I Ahmad mengarah kepala Ali sampai botak.


II Cikgu Azemi mengarah muridnya berdiri.
III Rombongan itu berjalan mengarah ke barat.
IV Dia akan mengarah filem yang baru dilancarkan itu.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

48 I Ombak bergulung-gulung lalu menghempas pantai.


II Dalam keadaan longlai dia menghempas punggung ke kerusi.
III Dia menghempas beg itu ke dinding.
IV Rumah yang roboh itu telah menghempas beberapa orang yang ada di
dalamnya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja.
D I, II, III dan IV

13
49 I Murid itu pandai lagi rajin.
II Dia membeli dua buah buku lagi.
III Lagiu ada hayat, dia akan terus berjuang.
IV Ahmad akan dating lagi malam esok.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

50 I Selepas bersenam tubuhnya berasa segar semula.


II Udara di tempat peranginan itu segar sekali.
III Kemalangan yang ngeri itu masih segar dalam ingatan Cikgu Fuzi.
IV Hashim berpidato dengan pengucapan yang segar.

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT

14

Anda mungkin juga menyukai