Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu, bolehkah _______ pergi ke perpustakaan? tanya Wei Mang dan Rajan.
A kami
B kamu
C aku
D kita

2 Azmi akan menyewakan rumah kampungnya itu _______ sesiapa yang berminat.
A daripada
B dengan
C kepada
D pada

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Para pekerja sedang _______ jalan menghala ke sekolah itu dengan tar dan
bitumen agar lebih kukuh.
A menerap
B menorah
C menuras
D menurap
4 Para peserta pertandingan itu tidak sempat menyiapkan rekaan mereka kerana
masa yang diberikan amat _______ .
A lewat
B segera
C pantas
D suntuk

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Pak Abu sedang memasang _______ kawat mata punai di sekeliling reban
ayamnya.
A segelung
B selembar
C serawan
D secebis

6 Walaupun _______ yang mendapat hadiah, kemenangan ini tetap kemenangan


_______ bersama, ujar Rizqi ketika berucap kepada rakan dan guru sekolahnya.
A andakami
B sayakita
C kitakalian
D merekakamu
7 Sambutan ibubapa terhadap program gotong-royong pada kali ini amat
menggalakkan kerana _______ sahaja yang tidak dapat hadir.
A separuh
B segelintir
C sebahagian
D seperempat

8 Walaupun _______ tiga kali dia menyertai pendakian itu tetapi tidak sekalipun dia
berjaya sampai ke puncak gunung.
A jauh
B jarang
C hampir
D nyaris

9 Selain haiwan, angin juga merupakan ejen _______ biji benih yang sangat
berkesan.
A pertumbuhan
B penebaran
C penyebaran
D pembentukan

10 Cikgu Rosnah sedang _______ murid kelas Enam Murni cara-cara menulis
karangan Bahasa Melayu.
A mengajari
B mengajarkan
C mempelajari
D mengajar

11 Guruh mulai _______ di langit. Akan tetapi, hujan yang diharapkan tidak juga
turun.
A gegak-gempita
B memancar-mancar
C sabung-menyabung
D berdentam-dentum
12 Juadah yang disajikan itu banyak sangat hinggakan tidak _______ oleh para
tetamu yang hadir pada hari itu.
A dimakan
B termakan
C bermakan
D memakan

13 Hana Fatini _______ dipilih sebagai olahragawati jika memenangi satu pingat
emas lagi dalam acara pecut yang diminatinya itu.
A pasti akan
B harus sudah
C sudah pernah
D sedang hendak

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Puan Salwa memaklumkan bahawa pertandingan masakan ini diadakan khas


untuk kaum wanita.
A Kaum wanita perlu tahu bahawa pertandingan masakan khas telah
diadakan, kata PuanSalwa.
B Kata Puan Salwa, Pertandingan memasak ini diadakan khas untuk kaum
wanita.
C Kaum wanita akan menyertai sesuatu pertandingan masakan khas, kata
Puan Salwa.
D Pertandingan memasak ini diadakan khas untuk Puan Salwa, kata kaum
wanita.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Tiket pameran sejarah itu bukan mahal sangat.


B Kebanyakan bahan yang dipamerkan itu berasal daripada Sarawak.
C Setengah pengunjung yang dating ke pameran itu membawa anggota
keluarga masing-masing.
D Sila dapatkan risalah tentang pameran ini di kaunter pertanyaan.
16 I Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
II Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia memang telah lama
terjalin.
III Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya.
IV Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang saya hormati Puan Pengerusi Majlis, Puan Halimah Abdul Halim. Yang
berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Alam Setia, Encik Kamarul Bin
Abdul Aziz, guru pengawas, guru-guru dan para pengawas. Saya sebagai wakil
Pengarah Pendidikan negeri Selangor ingin merakamkan ucapan terima kasih atas
jemputan pihak sekolah ke majlis penutupan kursus pengawas ini.

Hadirin yang saya hormati,

Saya mengucapkan tahniah kepada barisan pengawas kerana berjaya mengikuti


kursus yang julung-julung kali diadakan oleh pihak sekolah ini. Pelbagai aktiviti seperti
ceramah, bengkel kepimpinan, ceramah motivasi, latihan berketerampilan diri dan
sukaneka telah diadakan sepanjang kursus ini. Kursus pengawas yang diadakan ini
adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengawas
tentang tugas-tugas mereka sebenarnya.

Dengan ini para pengawas akan lebih bertanggungjawab dan berkeyakinan


semasa menjalankan tugas. Saya yakin bahawa para pengawas dapat membantu pihak
sekolah untuk menjaga disiplin, memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah
serta menjaga tahap kebersihan sekolah.

Para hadirin yang dihormati,


Saya juga berharap agar pengawas menjaga penampilan diri, cara
berkomunikasi, serta menunjukkan sahsiah yang baik sebagai contoh kepada murid-
murid yang lain. Pengawas juga merupakan model bagi murid-murid lain. Dengan ini,
pengawas akan dihormati semasa menjalankan tugas.

Saya juga menghargai usaha pihak sekolah kerana berjaya mengadakan kursus
ini bagi melahirkan pengawas yang berkebolehan serta memiliki ciri-ciri kepemimpinan.
Diharapkan agar kursus sedemikian dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

Akhir kata, saya merasmikan majlis penutupan Kursus Pengawas Sekolah


Kebangsaan Taman Alam Setia.

Sekian, terima kasih.

17 Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut?


A Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Alam Setia.
B Guru Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Alam Setia.
C Wakil Pengarah pendidikan Negeri Selangor
D Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Alam Setia.

18 Apakah tujuan kursus pengawas diadakan?


A Untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengawas tentang
tugas-tugas mereka.
B Untuk melahirkan para pengawas yang memiliki ciri-ciri kepimpinan.
C Untuk mendidik para pengawas dengan nilai-nilai murni.
D Untuk menjelaskan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pengawas di
sekolah.

19 Mengapakah seseorang pengawas perlu berketerampilan dan mengamalkan


sikap yang baik?
A Untuk menunjukkan bahawa mereka ialah pengawas sekolah.
B Untuk dijadikan model oleh murid-murid yang lain.
C Untuk menunjukkan mereka bertanggungjawab.
D Untuk menjalankan tugas dengan baik.
20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Ucapan ini disampaikan semasa Kursus Motivasi Pengawas dijalankan.
B Kursus Asas Pengawas belum pernah diadakan sebelum ini.
C Pengawas harus memberikan maklumat kursus kepada murid-murid lain.
D Kursus pengawas ini melibatkan semua murid, pengawas dan guru-guru
Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Alam Setia.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai