Anda di halaman 1dari 5

KERTAS BAHASA Melayu TERDIRI KEPADA DUA KERTAS:

1. KERTAS PEMAHAMAN (011/021/031)


2. KERTAS PENULISAN (012/022/032)

Jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, format Kertas Bahasa Melayu


UPSR 2016 sama ada kertas Pemahaman dan Penulisan mengalami perubahan yang
cukup ketara, terutamanya kertas pemahaman.

KERTAS PEMAHAMAN:
Terbahagi kepada dua bahagian:
BAHAGIAN A:
OBJEKTIF ANEKA PILIHAN:

Soalan 1 hingga 20
20 soalan (soalan tatabahasa + soalan kefahaman)
Pilih jawapan yang paling sesuai
Pilih jawapan A/B/C/D objektif aneka pilihan
20 markah

BAHAGIAN B Objektif pelbagai bentuk dan struktur respon terhad

Soalan 21 hingga 25
5 soalan menguji aspek bahasa dan kemahiran berbahasa
Setiap soalan ada pecahan kecil item pelbagai bentuk dan soalan struktur.
Antara jenis item pelbagai bentuk ialah:
Item isi tempat kosong
Item betul/salah, ya/tidak
Item padanan
Item lengkapkan ayat
Item bulatkan/garisi jawapan

Item struktur berpandukan bahan rangsangan dalam bentuk grafik, teks


ataupungabungan kedua-duanya.
Pilihan markah bagi item struktur ini ialah 1,2,3 markah sahaja.
Soalan tersurat (1 markah)
Soalan tersirat (2 markah)
Soalan menaaikul (3 markah)

Cara pemarkahan :
Dikotomus
Analitikal
30 markah
Masa: 1 jam 15 minit

KERTAS PENULISAN
Terbahagi kepada 3 bahagian:
BAHAGIAN A:

Menulis ayat berdasarkan bahan grafik


Mesti dijawab
10 markah

BAHAGIAN B:

Menulis ulasan berdasarkan bahan rangsangan


Mesti dijawab
15 markah

BAHAGIAN C:

Menulis karangan
Diberi dua soalan, pilih satu dan jawab
25 markah
Cara pemarkahan holistik
Masa : 1 jam 15 minit
Jumlah markah : 50 markah

Aspek yang diuji (konstruk) kertas pemahaman dan penulisan:

1. Pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa


Calon harus tahu dan faham aspek bahasa yang diuji. Dalam aspek ini perlu
mengingati dan menterjemahkan apa yang difahami serta dapat mentafsir serta
menjelaskan maksud aspek bahasa yang diuji. Calon juga perlu membuat
kesimpulan serta membuat ramalan dan membuat jangkaan tentang aspek
bahasa tersebut.

2. Kemahiran aplikasi maklumat


Calon boleh dan pandai menggunakan maklumat dalam situasi baharu serta
dapat mengenal pasti tugasan. Calon juga dapat menentukan apa yang
dikehendaki dengan mengenepikan perkara yang tidak berkaitan dan dapat
menyusunnya dalam bentuk/corak yang mudah diselesaikan. Di samping tiu,
calon dapat menerangkan serta meramalkan apa yang berlaku serta dapat
memberi justifikasi terhadap sesuatu tindakan.

3. Kemahiran Kreatif, dan apresiasi bahasa


Calon boleh, pandai dan mampu menghasil/ mencipta sesuatu karya yang
baharu/sesuai/asli serta berani menjana idea tanpa terikat dengan idea lama.
Calon juga boleh berfikir dalam arah dan hala tuju yang baharu dan dapat
menggunakan imaginasi mereka untuk mencari jalan penyelesaian. Diharapkan
juga calon bijak memberi penghargaan /pengiktirafan nilai dalam berbahasa.
Calon juga boleh membuat kupasan dan menghasilkan bahan yang dapat
memaparkan penggunaan bahasa yang baik dan jelas serta bersesuaian.

4. Kemahiran aplikasi bahasa yang perlu diberi perhatian dalam pentaksiran.


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Kosa kata
Kata imbuhan/penggandaan/pemajmukan
Idea
Tanda baca/ejaan
Pengolahan
KBAT

Aspek sistem bahasa yang perlu diberi perhatian bagi Kertas Pemahaman dan
Penulisan :

A. JENIS KATA (MORFOLOGI)


1. Kata nama
a. Kata nama am
b. Kata nama khas
c. Kata ganti nama diri
2. Kata Kerja
a. Kata kerja transitif
b. Kata kerja tak transitif
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas
a. Kata sendi nama
b. Kata hubung
c. Kata nafi
d. Kata tanya
e. Kata penguat
f. Kata pemeri
g. Kata perintah
5. Penjodoh bilangan
6. Kata berimbuhan
- Awalan / akhiran/ apitan
- Pinjaman
7. Kata ganda ( penuh/separa/berentak)
8. Kata majmuk
9. Peribahasa/ simpulan bahasa
10. Kata banyak makna
11. Ketepatan kata
12. Kata seerti
13. Kata berlawan
B. JENIS-JENIS SINTAKSIS
1. Ayat betul salah
2. Ayat sama maksud
3. Ayat tanya jawapan
4. Jawapan ayat tanya
5. Bentuk ayat
Setiap yang diuji sepatutnya tiada masalah kepada pihak sekolah kerana setiap aspek
yang diuji secara keseluruhan terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) dan buku teks. Bukan satu masalah yang besar sekiranya apa
yang ada dalam buku teks dan DSKP diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai