Anda di halaman 1dari 2

KEMBARAN B KEPADA MATM/BPA-DIDIK (BHS)/3710/1 Jil 2 ( ) BERTARIKH MEI 2012

GARIS PANDUAN PENILAIAN UNTUK PERTANDINGAN MENGARANG ESEI ANAK-ANAK ANGGOTA PERINGKAT ATM 2012 TUJUAN PENILAIAN 1. Untuk melihat sejauh mana anak-anak anggota ATM menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan berkesan dalam: dapat

a. Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea atau isi, hujah dan bahan yang berkaitan dengan tajuk esei dalam bentuk tulisan yang tersusun dan terarah. b. Melahirkan idea, isi, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan. c. Menguasai teknik mengarang berbentuk esei dan menggunakannya untuk berbagai-bagai tujuan menguasai penggunaan perenggan dan tanda baca pada tempat dan keadaan yang sesuai. d. Menulis dengan bahasa yang kemas, lancar, jelas, struktur ayat yang betul dan gaya yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk esei. PENILAIAN 2. Penilaian esei akan dibuat secara dua peringkat, iaitu peringkat pertama (penilaian bahasa) dan peringkat kedua (penilaian isi). Hanya esei yang tinggi markah bahasanya semasa penilaian pertama akan dipilih untuk penilaian peringkat kedua iaitu yang mencapai markah 35/50. a. Peringkat Pertama Penilaian Bahasa (50 Markah). b. Peringkat Kedua Penilaian Isi (50 Markah). PEMOTONGAN MARKAH BAGI KESALAHAN BAHASA 3. Markah akan dipotong bagi setiap kesalahan bahasa, iaitu tatabahasa dan ejaan, tanda baca dan diksi, tetapi tiada pemotongan markah bagi kesalahan yang berulang. Setiap kesalahan ejaan, tanda baca dan diksi akan dipotong markah, manakala setiap kesalahan tatabahasa akan dipotong 1 markah daripada jumlah markah yang akan ditetapkan dalam aspek berkenaan.

B-1

B-2

Anda mungkin juga menyukai