Anda di halaman 1dari 1

Pemarkahan Pertandingan Syarahan Atas Talian

A) Idea/Isi (30 markah)


- pemarkahan dilihat dari segi:
1) Kebernasan isi - isi yang diucapkan oleh murid - murid. Contohnya, berkait dengan
tajuk dan pengulasan isi - isi berkaitan.
2) Isi - isi yang dihujahkan disokong dengan suatu point atau dalam bentuk data.
Contohnya: Data boleh diberi dalam bentuk peratusan, statistik atau fakta dari sumber
seperti berita dan sebagainya
3) Huraian yang dihujahkan melalui video yang direkod tersebut. Huraian penting kerana
untuk menyokong/mendukung fakta yang diberikan oleh para murid.

Panduan Pemarkahan
1. Idea/isi tepat - 2 markah

2. Huraian - 4 markah

3. Data/contoh - 3 markah

4. Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah

(9 markah x 3 = 27 markah + 3 markah bagi penerangan tajuk = 30 markah)

B) Bahasa (20 markah)


- Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan),
gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
1. jika gaya bahasa yang dihujahkan mengikut struktur yang betul, markah diberi dalam
lingkungan 15 - 20 , bergantung kepada cara murid tersebut.
2. jika gaya bahasa yang dihujahkan tidak menggunakan bahasa baku, struktur tidak
mengikut spesifikasi gaya yang standard, markah diberi dalam lingkungan 10 - 14.
3. jika gaya bahasa tidak digunakan dalam spesifikasi standard seperti kurang atau tidak
langsung menggunakan bahasa baku, strukur bahasa seperti imbuhan salah digunakan,
markah dalam lingkungan 4 - 9 akan diberikan bergantung kepada kesalahan dalam
uacapan tersebut.

C) Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )


1) diadili dari segi kelancaran persembahan, keyakinan seperti berhujah, bahasa badan
seperti pergerakan badan mahupun lirik mata serta postur badan. 15 - 20.

2. penggunaaan intonasi dan nada yang bersesuaian. nada yang lantang dan jelas didengar
layan mendapat markah tinggi dalam lingkungan 15 - 20. Jika ada hujah dalam bentuk
menjerit, sebutan tidak jelas, markah boleh diberi selayaknya dlm lingkungan 5 - 14.
3. Tiada unsur - unsur sensitif atau provokatif dalam ucapan, markah akan diberi 5 markah
secara automatik. Murid - murid menggunakan pemakaian kreatif dan bersesuaian juga
automatik mendapat 5 markah. Jika memakai uniform sekolah, hanya 2 markah yang dapat
kerana tiada kreativiti untuk menampakkan persembahan.

Anda mungkin juga menyukai