Anda di halaman 1dari 2

UNIT 13 - Bijak Sains

Topik pembelajaran pada minggu ini (8/7/2020) ialah Makan Untuk Hidup (buku teks m/s78).

Sebelum kita pelajari tentang topik ini, kamu dikehendaki memahami maksud isi tersurat dan
isi tersirat dalam suatu gambar atau frasa yang diberi.

Apa itu isi tersurat dan tersirat?

Untuk memahami dengan mudah maksud isi tersurat dan isi tersirat, kamu hanya fahami
maksud ini dibawah.

Isi tersurat - perkara yang dinyatakan secara langsung (directly) tanpa perlu berfikir malah
mudah difahami dengan hanya melihat begitu sahaja.
Isi tersirat - perkara yang dinyatakan secara tidak langsung di mana kamu perlu memahami
gambar rajah tersebut secara mendalam dan perlu berfikir makna dan kesan disebalik gambar
atau situasi yang ditunjukkan.

Apa itu Sains?


- Sains adalah kajian secara sistematik berkenaan segala benda dan kejadian dalam alam
sekitar.

Table 1: Contoh tentang sains : Perkaitan antara peranan cahaya matahari, pokok dan hujan
Jika kamu lihat gambar rajah di bawah, terdapat beberapa haiwan.

Oleh kerana itu, kamu perlu memahami gambar - gambar ini untuk menulis ayat isi tersurat
dan isi tersirat.

Jika isi tersurat, kamu boleh bina ayat seperti ini (hanya dengan melihat gambar secara terus).
1) Lembu itu sedang meragut rumput.
2) Ayam itu makan cacing dari tanah.
3) Tupai itu makan kekacang.

Jika isi tersirat, kamu boleh bina ayat seperti ini (kamu perlu berfikir ‘kenapa’ dan ‘bagaimana’
tentang situasi haiwan tersebut)
1) Lembu itu memerlukan rumput sebagai sumber tenaga.
2) Ayam juga perlu makanan untuk tumbesaran.
3) Tupai turut memakan kekacang supaya dapat hidup.

Anda mungkin juga menyukai