Anda di halaman 1dari 4

PAK 21

PENGENALAN

1. Proses PdP menggunakan pendekatan berpusatkan murid.

- Berpusatkan Bahan

- Berpusatkan Guru

- Berpusatkan Murid

- Pendekatan tematik

2. Merupakan satu transformasi bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan supaya


lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks.

3. Cara belajar kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan seseorang memperoleh


peluang belajar daripada pelbagai sumber.

4. Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet,


perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT dalam bilik darjah. Sebenarnya Pembelajaran
Abad ke-21 bermaksud guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid (student-centred)
serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid.

Komunikasi

- Interaksi guru-murid

- Interaksi murid-murid

- Mendidik murid berkomunikasi dengan adab

- Meningkatkan kemahiran sosial dan keyakinan diri murid

- Contoh: aktiviti berkumpulan, sumbang saran, soal jawab, dan sebagainya.

Kolaboratif

- Guru sebagai fasilitator

- Murid bertukar idea dan pendapat (aktiviti berkumpulan)

- Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP

- Contoh: Team-web (menulis idea dalam bentuk peta minda menggunakan warna
Peta-iThink (menggunakan i Think tersebut sebagai medium menjana idea)

Pemikiran Kritis
- Pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik

- Pemikiran kritis membolehkan murid menaakul sesuatu perkara

- Mentafsir idea-idea yang kompleks

- Murid mahir dalam penyelesaian masalah.

- Contoh:

Pemikiran Kreatif

- Murid melakukan sesuatu inovasi melalui pengetahuan sedia ada dan


pengetahuan baru

- Contoh: Ubahsuai lirik lagu, penghasilan video melalui pelbagai aplikasi


mengikut topik atau kemahiran yang dipelajari

Karakter/sahsiah/tingkah laku

- Membentuk karakter seseorang melalui proses PdP

- Contoh: Moral integrity/kepemimpinan/disiplin/Kerjasama

Kenegaraan

- Identiti nasional

- Cinta akan negara

- Pembentukan jati diri

- Contoh: pertandingan mengarang esei patriotik, Hari kebangsaan

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD-21

- Susun atur di dalam kelas

Guru perlu tahu susun atur di dalam kelas yang bersesuaian dengan jumlah murid
dan saiz bilik darjah. Memainkan peranan agar memastikan kelangsungan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan berkesan.
- Sosial dalam kelas

Guru perlu menetapkan peraturan di dalam kelas untuk membentuk disiplin dan
karakter pelajar yang berkualiti serta menggunakan komunikasi pelbagai hala ketika
menyampaikan ilmu agar pelajar tidak berasa bosan

- Emosi guru dan murid di dalam kelas. Gaya kepimpinan dan cara penyampaian
ilmu oleh guru mempengaruhi suasana di dalam kelas. Sekiranya guru tidak pandai
menarik perhatian murid, suasana di dalam kelas akan menjadi bosan dan timbul
perasaan kurang berminat untuk belajar terhadap pelajar.

Kontekstual

- Pengalaman sedia ada dengan pengalaman baharu

- Pembelajaran dengan dunia sebenar

- Menggunakan pemikiran dan pengalaman guru sendiri (mengembangkan idea)

- Contoh: Simulasi main peranan (PAK21)

- Topik tumbuhan- tanya murid berkenaan tumbuhan

- Merupakan kegunaan pembelajaran kontekstual

- Murid yang lemah memerlukan bantuan dari segi motivasi ekstrinsik

- Interaksi antara murid-murid

- Suka untuk belajar

- Elakkan murid cicir

CIRI-CIRI KONTEKSTUAL

- Mengaitkan pengalaman hidup - Contoh: Kenal pasti tanda-tanda jalan raya


dan fungsinya. Kegunaan lampu isyarat

- Aplikasi – Menggunakan isi pelajaran yang dipelajari dalam kehidupan seharian


pada masa akan datang. Contoh: murid mempunyai kesedaran terhadap
kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.

- Bekerjasama – Guru sebagai pendorong untuk memupuk sikap Kerjasama


dalam kumpulan

Anda mungkin juga menyukai