Anda di halaman 1dari 39

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI

Direktif

Kontekstual

Mediatif

Pendekatan Koperatif

Strategi Metakognitif

Generatif

Pendekatan Kolaboratif

Konteks luar/ Kajian luar

Pemerhatian

Kajian Masa Depan

DIREKTIF
Murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep atau kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Contoh: Kuliah Latih Tubi

Mediatif
Murid-murid diajar oleh guru untuk: a) mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah b) Membuat keputusan c) Mengenalpasti andaian d) Menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis

Mediatif
a) b) c) d) e) Contoh aktiviti: Penaakulan dialektikal Pemerolehan konsep Pembentukan konsep Latihan inkuiri Perbincangan terbuka

Generatif
Guru menggalakkan murid menjanakan idea kritis dan kreatif Murid-murid dapat menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan ideaidea yang asli dan unik Contoh aktiviti sumbansaran: - pemetaan minda - pemikiran lateral dan kreatif.

Pemerhatian
Murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh Aktiviti: - tunjuk cara

Kontekstual
Mengaitkan bahan P&P kepada situasi dunia yang sebenar dan ia penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Memotivasikan murid-murid membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka. Mementingkan penyelesaian masalah Mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri agar mereka lebih berdikari.

Kontekstual
Prinsip-prinsip penting: a) Menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain. b) Guru menggunakan penilaian sebenar. c) Pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial. d) Guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan. e) Penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.

Strategi Metakognitif
Murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Murid-murid dapat mempraktikan strategi ini semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Ia merupakan pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikan oleh murid.

Konteks Luar/Kajian Luar


Aktiviti P&P dilakukan diluar bilik darjah atau dimakmal sains. Peranan guru sebagai fasilitator yang akan menyelesaikan semua masalah murid. Contoh: guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid berada di luar bilik darjah umtuk menyelesaikan masalah ini. Selesai- murid akan menyediakan satu laporan secara individu atau kumpulan.

Kajian Masa Depan


Guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh untuk menyelesaikan masalah yang mungkin akan dihadapi pada masa akan datang. Pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru.

Dua prinsip KMD: a) Masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa/pilihan untuk bertindak atau melakukan sesuatu. b) Terdapat pelbagai masa depan. Contoh soalan: Bagaimana keadaan lalu lintas pada suatu hari nanti di Malaysia? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan?

Samb..

Pendekatan Koperatif
Berasaskan konsep pembelajaran Berinteraksi dan saling bantu menbantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang.

Melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan

Dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab berkongsi

Kemahiran interaksi Sosial dapat dipupuk Kunci pencapaian yang lebih baik daripada pembelajaran diri sendiri

PENDEKATAN KOLABORATIF
Mengikut Kamus Dewan 1998,kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Ditafsirkan sebagai usaha mencapai sesuatu matlamat yang sama. Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang baik sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum.

Melalui pembelajaran kolaboratif, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan, nilai-nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah displin dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Secara ringkasnya dapat dinyatakan P & P secara koperatif dan kolaboratif berpusatkan pembelajaran secara kumpulan, di bawah bombingan guru, bertukar pandangan melalui perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yand diberikan. Melaluinya, dapat mewujudkan nilai berkerjasama dan tolong-menolong di antara para pelajar.

PROSEDUR P & P KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Guru mengajar sesuatu pelajaran

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan

Guru membimbing kumpulan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai

Pelajar berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif yang ditetapkan

Guru dan pelajar menilai keberkesanan aktiviti kumpulan

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran Pemudahcaraan

KEMAHIRAN BERFIKIR
Dibahagikan kepada kemahiran berfikir dengan kristis dan kreatif, strategi berfikir dan kemahiran berfikir menaakul. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan ia bersifat evaluatif. Strategi berfikir ialah proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat perkembangan secara rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Kemahiran berfikir secara kritis menggunakan aktiviti P&P, membandingkan dan membezakan, mengumpulkan dan mengelaskan, mencirikan, membuat urutan, menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan. Kemahiran berfikir kreatif mementingkan aspek menjanakan idea, membuat inferens, membuat hubungkaitan, meramal, membuat hipotesis, membuat analogi dan merekacipta. Strategi berfikir terdiri daripada kemahiran mengkonsepsi, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan kemahiran menaakul.

Samb.

Melatih murid-murid agar cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti pembelajaran. Kemahiran ini perlu dikuasai kerana penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak pekembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Tujuan guru mengajar kemahiran ini untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Sekolah perlu menyediakan kemudahan seperti makmal komputer, bilik media, bilik Internet dan bilik studio.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN
Merupakan satu yang memudahkan sesuatu perbincangan manakala dari segi pendidikan, ia adalah satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran. Pemudahcara juga dikenali sebagai fasilitator. facilitate bermaksud memudahkan dan menyenangkan pelancaran sesuatu proses. Peranan guru kurang kerana peranan murid lebih dititikberatkan. Guru sebagai guide dalam P&P dapat melicinkan segala proses dan aktiviti P&P yang berlaku.

Samb..
Komponen- komponen yang terdapat dalam kemahiran pemudahcaraan: a) Menentukan struktur perbincangan b) Teknik memulakan perbincangan c) Membimbing murid merumus dan membuat cadangan pada penghujung sesi. d) Teknik mengawal proses perbincangan Kelebihan: -Murid melibatkan diri secara aktif dalam P&P. -Murid telah bersedia lebih awal untuk belajar. Kelemahan : murid kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.

KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

Belajar Sambil Bermain

Perbincangan

Main Peranan

Tunjuk Cara Bercerita

Sumbangsaran

Penyelesaian Masalah

Pendekatan Tematik

Pembelajaran Masteri

BELAJAR SAMBIL BERMAIN


Strategi belajar sambil bermain terdiri dari aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Murid diberi peluang untuk bermain sambil belajar. Jenis-jenis aktiviti: - Manipulatif:- Teka-teki, catur, terup, - Fizikal:- banyak dilaksanakan dalam PJ - Permainan Bahasa:- permainan perkataan bercampur

Samb
Tujuan teknik bermain ialah menggalakkan murid-murid mengguna dan mengembangkan kemahiran sosial dan kognitifnya serta menguasai maklumat dan pangalaman baru. Unsur keseronokan- Membangkitkan naluri ingin tahu murid-murid serta dapat mengembangkan daya imaginasi mereka. Semua murid terlibat, bermain dengan adil dan saksama, bermain secara pasangan atau kumpulan.

Contoh aktiviti permainan: 1. Permainan dengan barang maujud 2. Permainan khayalan 3. Bermain dengan menjelajah 4. Permainan mengambil keluar bahagianbahagian dan mencantum semula (puzzle)

Murid memainkan sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain tanpa penggunaan skrip. Aktiviti boleh dijalankan dalam bilik darjah dengan melibatkan semua murid atau sebahagian murid seperti yang ditetapkan dalam objektif pembelajaran. Guru akan memberi keterangan ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat. Kelebihan:- Murid berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dalam watak-watak yang dimainkan. - Meningkatkan penguasaan bahasa dikalangan murid-murid - Menggalakkan daya cipta dan kreativiti murid-murid serta memperkembangkan kemahiran sosial mereka. - Murid-murid pasif melibatkan diri - Mengawal perasaan diri dan emosi dalam pelbagai situasi.

MAIN PERANAN

Langkah-langkah pelaksanaan Main Peranan


Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan

Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan Guru memilih murid-murid menjadi pelakon

Murid-murid berdasarkan watak-watak, memainkan peranan mereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya
Guru berbincang dengan murid-murid prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah

Guru membimbing murid-murid membuat rumusan

SUMBANGSARAN
Aktiviti perbincangan secara kumpulan dimana topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat muridmurid. Murid diberi peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat mengenai tajuk perbincangan, tempoh masa ditetapkan oleh guru. Murid tidak dibenarkan untuk mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli daripada kumpulan lain. Guru akan melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya untuk menyelaraskan idea-idea yang dipilih oleh ahlinya. Pengerusi akan merumuskan idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Kelebihan: - menggalakkan pemikiran kreatif - memperoleh banyak idea dalam masa yang singkat - lebih banyak idea baru dikemukakan berbanding dengan kaedah analitikal biasa.

Tema boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Strategi pengajaran tematik adalah berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, khasnya kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Contohnya: Pemeliharaan Alam Sekitar boleh dijadikan tema perbincangan dimana ia akan menjadi pusat idea sebagai titik permulaan pembelajaran dengan aktiviti perbincangan secara kumpulan. Setiap hasil perbincangan akan dibentangkan oleh wakil kumpulan di hadapan kelas.

PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan Tematik dilaksanakan melalui tiga cara:

Cara 1

Tema-tema dipecahkan kepada beberapa sub topik dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat secara berasingan

Cara 2

Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan

Cara 3

Tema yang berbeza tetapi saling lengkap melengkapi diberikan kepada murid dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan

BERCERITA
Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya dengan penggunaan teknik bercerita. Aktiviti P& P dapat dejalankan dengan berkesan. Guru mesti memilih cerita yang bersesuaian dengan, kebolehan murid umur, minat serta objektif pelajarannya. Menggunakan bahan-bahan sampingan seperti kad-kad perkataan,gambar, patung, topeng dan sebagainya. Memulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi serta mempelbagaikan suara dan nada mengikut cerita. Guru mesti menggunakan kemahiran bukan verbal sewaktu menyampaikan cerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat ekspresif. Selepas bercerita, aktiviti susulan perlu diadakan seperti soal jawab tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru juga boleh menyuruh murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dengan menggunakan alat sampingan yang digunakan seperti topeng.

PERBINCANGAN
o Murid-murid akan membincangkan satu isu/ masalah dalam kumpulan di mana mereka boleh mengemukakan isuisu, pendapat dan idea dan guru bersama murid akan membuat rumusan pada akhir perbincangan. o Tujuannya untuk melatih murid membiasakan diri menyuarakan pendapat, membina keyakinan diri dan konsep kendiri. o Menggalakkan murid mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. o Guru sebagai pemudahcara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan. o Guru memgemukakan soalan-soalan dan menggalakkan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan mereka. o Di akhir perbincangan, guru bersama murid akan merumuskan isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.

Satu kaedah melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu yang telah didemonstrasikan oleh guru di hadapan kelas dengan penjelasan yang teliti agar murid dapat memahaminya dengan mudah. Contohnya pengajaran tarian, olahraga, permainan dan ujikaji. Selepas sesi praktis, perbincangan harus dilakukan seperti menulis laporan ringkas mengenai tunjuk cara tersebut. Kebaikan:- memperkenalkan bahan pembelajaran baru melalui deria penglihatan dan pendengaran. Kelemahan:- memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.

TUNJUK CARA

PENYELESAIAN MASALAH
Satu proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkahlangkah untuk menyelesaikan masalah. Dapat membina pemikiran murid agar bersedia untuk menghadapi masalah, cara penyelesaian dan mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasinya. Membantu murid berfikir secara rasional dan logik serta meningkatkan keyakinan diri mereka. Guru juga akan menggunakan teknik lain seperti inkuiri, sumbangsaran, perbincangan dan simulasi dalam proses penyelesaian masalah. Kelebihan:- penglibatan aktif murid-murid, meningkatkan kemahiran berfikir, memupuk interaksi positif, meningkatkan kreativiti, bakat dan potensi murid. Kelemahan:- memerlukan masa yang lama untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru serta tidak sesuai untuk murid yang lemah.

Pembelajaran masteri menggunakan pendekatan individual yang bergantung rapat kepada pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran seseorang murid. Setiap murid mempunyai pengalaman dan gaya pembelajaran yang berbeza, jadi setiap murid mesti menggunakan strategi pedagogi bestari yang sesuai dengan kebolehan dan gaya pembelajaran yang digemari, Murid mesti menguasai satu unit pembelajaran sebelum bergerak ke unit yang lain.

PEMBELAJARAN MASTERI

Samb.
Penilaian dalam pembelajaran masteri ditentukan dengan objektif pembelajaran yang dicapai, unit pembelajaran yang tercapai dan tahap profisiensi yang dicapai dalam setiap unit. Murid digalakkan bergerak pada kadar kognitif masing-masing tetapi pembelajaran masteri boleh dicapai melalui instruksi kumpulan. Kebaikan: murid mempunyai kemahiran asas sebelum bergerak ke unit yang lain. Guru perlu nyatakan objektif pengajaran dengan tepat sebelum memulakan pengajaran. Guru mesti menjalankan ujian formatif dan penilaian bagi setiap unit pembelajaran. Keputusan ujian penilaian digunakan untuk membaiki kelemahan murid-murid dalam setiap unit pembelajaran

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai