Anda di halaman 1dari 27

ANALISA SWOT

KEKUATAN

KELEMAHAN

PELUANG

ANCAMAN

1. Murid-murid dapat mengusai fakta asas tambah dan tolak.

1. Mengambil masa yang lama untuk pengiraan terutamanya pada

1. Murid dapat berinteraksi secara sihat di dalam kumpulan.

1. Projek ini didominasi oleh murid yang mahir dalam fakta asas tambah dan tolak.

2. Murid dapat membuat anggaran perbelanjaan dengan wang yang mereka ada.

murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas tambah dan tolak. 2. Murid berpeluang memupuk budaya berjimat cermat.

2. Murid tidak 3. Murid belajar merekod transaksi wang keluar masuk secara sistematik. merancang perbelanjaan dan kemungkinan membeli barang yang tidak berfaedah.

3. Murid didedahkan kepada urusan jual beli secara berhemah

PENGENALAN
Definisi Pembelajaran Berasaskan Projek.

Kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam tempoh masa yang tertentu. Ia melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan. Keadah ini dijalankan dalam satu tempoh yang ditetapkan dan bentuk tugasan adalah secara amali. Penilaian akan dibuat pada setiap tahap projek yang dihasilkan.

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek.

Satu kaedah dimana aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai satu tujuan atau menyelesaikan masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar biasa. Kaedah ini melibatkan murid memainkan peranan yang aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang dikaji. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Profesor William Klipatrick (1871-1965). Kaedah ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti seperti kerja amali, permainan, kajian dan lawatan. Aktiviti dijalankan oleh individu atau kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, serta mengambil masa yang panjang dan peranan murid adalah sangat aktif.

Pembelajaran berasaskan projek ini dipercayai berupaya meningkatkan minat dan kesediaan untuk melakukan aktiviti pembelajaran matematik yang menarik. Aktiviti-aktiviti melalui kaedah ini dijalankan setelah murid menguasai kemahiran tertentu. Secara tidak langsung, ia dapat membantu pemahaman murid tentang sesuatu perkara menjadi lebih baik kerana mereka dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam bilik darjah kepada situasi yang sebenar. Contohnya dalam mata pelajaran matematik, kaedah ini sesuai kerana ia bersifat aktif mendorong daya usaha murid, di samping membantu mereka menyedari bahawa matematik tidak hanya setakat pengetahuan abstrak sahaja tetapi juga berkaitan dengan kehidupan seharian.

Lazimnya murid mempunyai sifat semulajadi ingin tahu dan meneroka sesuatu perkara mengikut kebolehan dan kecenderungan. Kaedah ini merupakan satu aktiviti atau latihan yang dilakukan oleh murid, merujuk kepada objektif dan tujuan pembelajaran. Perancangan yang bersistematik dan berstruktur perlu ada dalam setiap projek yang dikendalikan. Apabila terdapat aktiviti yang menyeronokkan dalam perancangan itu, ia menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan yang menyeronokkan , gembira dan senang hati. Secara tidak langsung dapat mencetuskan pelbagai idea bernas yang boleh dijadikan pengetahuan bersama.

Namun begitu terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa merancang kaedah ini. Antaranya ialah umur dan kebolehan murid dalam kelas. Tidak semua murid mempunyai kecerdasan yang sama. Berikutnya pula ialah lokasi di mana murid berada sama ada di bandar besar, kawasan pedalaman atau sebaliknya. Projek yang dipilih biarlah bersesuaian dengan tempat murid tinggal supaya mudah bagi mereka untuk mendapatkan sumber. Seterusnya bagaimana dan di mana projek itu dilaksanakan. Di sini guru hanya bertindak sebagai pembimbing, perancangan perjalanan projek bergantung kepada kreativiti murid itu sendiri.

Kaedah ini banyak memberi peluang kepada murid untuk mendapatkan pengetahuan dengan cara sendiri, mereka menggunakan sepenuhnya deria yang ada untuk memerhati, mentafsir, menganalisis dan akhirnya membuat rumusan. Secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi murid yang terbabit dari segi intelek, rohani dan sosial.

Kesimpulannya kaedah pengajaran yang baik ialah kaedah di mana guru dapat memenuhi keperluan sukatan dan tingkah laku murid. Guru perlulah memainkan peranan yang penting agar dapat memenuhi keperluan tersebut. Keadah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam membina kefahaman murid. Sekiranya murid tidak faham, mereka akan menjadi lemah dan seterusnya tidak dapat menguasai pelajaran. Gurulah perlu menjadikan matematik itu sebagai pembelajaran yang berkesan,

menyeronokkan dan mencabar kepada semua murid.

RUBRIK UNTUK KERJA

KUMPULAN RUBRIK SKOR


KUMPULAN: ______________________________________________________ SEDERHANA 1 MARKAH BAIK 2 MARKAH
Ahli-ahli kumpulan

CEMERLANG 3 MARKAH

PENGLIBATAN

Satu atau lebih ahli kumpulan tidak terlibat.

melibatkan diri secara aktif,Cuma terdapat sebilangan tidak melibatkan diri secara aktif

Semua ahli kumpulan terlibat secara aktif

Guru sentiasa perlu

Ahli kumpulan bekerjasama dengan baik namun guru perlu menggalakkan mereka bekerjasama.

Ahli kumpulan sentiasa bekerjasama dengan baik.

KERJASAMA

menggalakkan mereka untuk sentiasa bekerjasama.

Guru kerap

Guru perlu mengingatkan mengenai tugasan.

Kumpulan selalu melengkapkan tugasan. Guru tidak perlu mengingatkan mereka mengenai tugasan.

TUGASAN

mengingatkan mengenai tugasan.

Wakil kumpulan

Wakil kumpulan mampu menyampaikan penerangan dengan baik

Wakil kumpulan dapat memberi penerangan dengan yakin dan cemerlang.

PEMBENTANGAN

menyampaikan penerangan dan perlu dibantu oleh guru.

JUMLAH MARKAH : ________

BAHAN BANTU MENGAJAR


BIL ALATAN FUNGSI

1.

Borang catatan

Untuk mencatat jumlah wang saku, jumlah perbelanjaan dan baki wang.

2.

Pensil

Untuk mencatat.

3.

Kertas Mahjong

Untuk murid menulis hasil dapatan projek.

4.

Pen Marker

Untuk menulis.

5.

Wang Contoh

Digunakan sebagai bahan bantuan kepada murid.

6.

Fail

Untuk menyimpan rekod perbelanjaan yang dilakukan oleh murid setiap hari dalam tempoh projek berlangsung.

7.

Tabung

Untuk menyimpan wang baki setiap ahli kumpulan.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK KEKUATAN


1. Mewujudkan sikap bekerjasama antara satu sama lain di dalam kumpulan masingmasing.

2. Murid-murid berasa seronok dan tidak bosan semasa menjalankan aktiviti ini.

3. Memupuk minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Matematik.

4. Murid dapat membuat perkaitan antara Matematik dengan situasi kehidupan sebenar.

5. Murid- murid berpeluang untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

6. Melatih murid berdisiplin dan bergerak secara berkumpulan.

7. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

8. Melatih murid supaya fokus semasa penerangan disampaikan oleh guru.

9. Murid begitu teruja untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

10. Melatih murid memupuk sikap berjimat cermat dan membuat tabungan.

11. Menggalakkkan murid membuat ramalan tentang keperluan wang pada masa akan datang sekaligus menggalakkan murid membuat tabungan dan tidak boros.

12. Melatih murid supaya yakin dan berani semasa pembentangan di hadapan kelas.

KELEMAHAN
1. Projek didominasi oleh murid-murid yang cekap dalam fakta asas tambah dan tolak.

2. Murid-murid yang lemah menjadi ahli kumpulan yang bersikap pasif.

3. Terdapat kumpulan yang tidak bekerjasama semasa projek dijalankan.

4. Terdapat murid yang tidak merancang perbelanjaan dan membeli barang yang tidak memberi faedah.

5. Kekangan masa untuk murid membuat belian dan merekod perbelanjaan kerana masa rehat yang singkat.

PERANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK

Tajuk

: Wang hingga RM100

Nama Projek : Wang saku ku ! Tahun Tempoh : 2 Kepujian : 1 minggu

Bahan Bantu Mengajar : Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : 8.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Standard Pembelajaran : Murid berupaya : ii ) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan dengan wang. Hasil Pembelajaran : a.) Pada akhir projek ini, murid-murid dapat 1. Menambah nilai wang. 2. Menolak nilai wang. 3. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

b) Pada akhir projek ini, murid-murid akan mencapai pembelajaran berikut : 1. Kemahiran komunikasi boleh dilihat melalui kemahiran bukan lisan secara berkesan dan menyampaikan idea secara lisan. 2. Kemahiran sosial dan tanggungjawab boleh dilihat melalui tingkah laku. 3. Kepimpinan dan kerja berpasukan boleh dilihat semasa kerja kumpulan. 4. Memupuk semangat keusahawanan iaitu mengaitkan penggunaan wang dalam aktiviti jual beli.

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid-murid pernah menggunakan wang dalam kehidupan sehari-hari. 2. Murid-murid telah mempelajari fakta asas tambah dan tolak. .Matlamat Projek : 1. Menarik minat dan menumpukan perhatian murid-murid mempelajari Matematik. 2. Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan. 3. Memupuk nilai teliti dalam membuat perbelanjaan. 4. Mewujudkan komunikasi dan hubungan kolaboratif di kalangan murid. 5. Memberi peluang kepada murid-murid menjalani aktiviti kumpulan. 6. Memupuk sikap berjimat cermat. 7. Memupuk sikap jujur dan telus semasa membuat transaksi jual beli. 8. Menjana pemikiran kreatif dan kritis murid-murid dalam menghasilkan kolaj.

Harapan Projek : Murid-murid sedar dan tahu bahawa subjek matematik mempunyai perkaitan dengan kehidupan sehari-hari. Contohnya aktiviti jual beli yang melibatkan pengiraan dalam matematik. Selain itu, diharap projek ini dapat memupuk sikap berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah di kalangan murid.

PENYEDIAAN PROJEK

AKTIVITI

NOTA PENGAJAR

ANGGARAN MASA

Tentukan topik projek dan tahun murid yang dipilih.

Guru menentukan tajuk projek yang akan dijalankan iaitu tajuk Wang Hingga RM100.

20 minit

Tentukan kemahiran yang dikuasai oleh murid-murid dalam projek.

Guru menentukan kemahiran yang dapat dikuasai oleh murid-murid semasa menjalankan projek ini.

Guru memastikan murid-murid menguasai kemahiran menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan dengan wang.

Tentukan nama Projek

Nama Projek ialah Wang Saku Ku!

Tempoh masa menjalankan projek

1 minggu

Lokasi projek

SK Wangsa Melawati, Jln Genting Klang, Kuala Lumpur.

Merangka proses menjalankan projek

Guru menyediakan bahan bantu mengajar untuk projek yang akan dijalankan iaitu borang catatan perbelanjaan, fail, tabung, wang contoh.

20 minit

Guru memberi penerangan mengenai projek yang akan dijalankan kepada murid. Setelah projek bermula, guru akan sentiasa memantau perkembangan projek yang dilakukan oleh murid yang bergerak secara berkumpulan.

Penerangan (10 minit)

Penyediaan Rubrik

Guru menyediakan borang penilaian untuk menilai hasil kerja setiap kumpulan. Guru memberitahu murid-murid bahawa aspek-aspek yang akan dinilai berdasarkan projek yang telah dihasilkan.

20 minit

Guru menunjukkan borang penilaian kepada murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH PROJEK
1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4- 5 orang ahli.

2. Guru memberi arahan dan penerangan tentang projek yang akan dijalankan.

3. Setiap kumpulan dibekalkan fail, marker pen, kertas mahjong, tabung dan borang catatan perbelanjaan.

4. Setiap ahli kumpulan diminta untuk bergerak secara berkumpulan semasa rehat dan mencatat perbelanjaan wang saku mereka selama 1 minggu.

5. Wang baki setiap ahli akan dikumpulkan di dalam sebuah tabung yang dibekalkan oleh guru.

6. Setiap murid diminta untuk mengira jumlah wang yang telah dibelanjakan selama 1 minggu dan setiap kumpulan pula diminta mengira jumlah tabungan yang telah mereka perolehi.

7. Murid yang agak lemah dalam fakta asas tambah dan tolak yang melibatkan wang dibekalkan dengan wang contoh.

8. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan.

9. Beberapa orang murid dipilih untuk menceritakan pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalankan aktiviti ini selama 1 minggu dan kepentingan untuk mempunyai sikap berjimat cermat dan membuat tabungan.

10. Guru memberikan lembaran kerja untuk topik menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan dengan wang untuk menilai pemahaman murid.

11. Guru membimbing dan berbincang bersama murid.

KEBERKESANAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Dalam pembelajaran berasaskan projek yang saya jalankan, saya menggunakan beberapa bahan bantu mengajar seperti borang catatan, wang contoh, fail, tabung, pen marker dan kertas mahjong. Melalui borang catatan tersebut, murid telah berjaya mencatat wang saku yang diterima dan mencatat perbelanjaan yang telah dibuat selama seminggu. Ini melatih murid untuk berbelanja secara sistematik dan mereka boleh merancang apa yang ingin mereka beli. Mereka juga dapat belajar mengira dan menambah kecekapan dalam fakta asas tambah dan tolak yang melibatkan wang sekaligus mengaitkan matematik dengan kehidupan sehari- hari.

Tabung yang dibekalkan juga berupaya memberi dorongan kepada setiap kumpulan untuk membuat tabungan di mana kumpulan yang membuat tabungan paling banyak dianggap berjaya menguruskan wang belanja saku dengan baik. Tabungan wang setiap kumpulan digunakan oleh guru untuk membeli hadiah untuk kumpulan masing-masing dan nilai hadiah itu dapat diukur mengikut berapakah jumlah tabungan yang telah dibuat. Jika banyak wang yang dikumpul, semakin berhargalah nilai hadiah yang mereka perolehi. Ini sekaligus memberi inspirasi kepada mereka bahawa sikap berjimat cermat dalam membuat tabungan mampu mendatangkan pulangan yang baik.

Fail yang digunakan oleh murid adalah untuk melatih mereka menyimpan kerja-kerja, catatan mereka secara sistematik. Setiap kali mereka mencatat perbelanjaan dalam borang catatan, maka mereka perlu menyimpan semua borang tersebut di dalam fail. Jadi, borang-borang tersebut tidak bersepah.Wang contoh yang digunakan oleh murid adalah khusus untuk membantu mereka yang agak lemah dalam fakta asas tambah dan tolak yang melibatkan wang. Murid-murid juga berasa seronok dan teruja membuat pengiraan dengan bantuan wang contoh tersebut.Selain daripada itu, bahan bantu mengajar lain seperti kertas mahjong dan pen marker adalah membantu melancarkan aktiviti yang dijalankan.

Oleh itu penggunaan bahan bantu mengajar adalah sangat perlu bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Ia juga mampu menggalakkan murid

lebih berminat untuk belajar disamping aktiviti yang dilakukan berbanding sesi pengajaran dan pembelajaran bercorak sehala.

AMALI
AKTIVITI NOTA PENGAJAR ANGGARAN MASA

Fasa Persediaan Pemerhatian dan Analisis

Guru menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan untuk projek seperti borang catatan perbelanjaan, fail dan tabung.

20 minit

Guru menunjukkan wang contoh kepada murid dan memberitahu nilai setiap wang tersebut.

Guru memberi penerangan kepada murid bahawa mereka akan menjalankan satu projek yang bertajuk Wang Saku ku! dalam tempoh yang ditetapkan dan akan membentangkan hasil projek mereka nanti.

Fasa Perkembangan Meneroka

Murid bergerak secara berkumpulan semasa rehat dan mereka mencatat setiap perbelanjaan dan baki duit mereka.

1 minggu

Murid berkumpul untuk menyerahkan borang catatan untuk disimpan oleh ketua kumpulan di dalam fail serta wang baki dari wang saku mereka.

Mencari maklumat

Murid diminta mengumpul semua maklumat perbelanjaan setiap ahli kumpulan dan mengira jumlah wang baki yang telah dikumpulkan.

Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil projek kumpulan masing- masing.

Murid diminta menceritakan pengalaman semasa melaksanakan projek dan faedah yang diperolehi hasil daripada projek yang dijalankan.

PENILAIAN

Aktiviti Fasa Tindakan Pembentangan hasil projek

Nota Pengajar

Anggaran Masa

-Setiap wakil kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka.

35 minit

-Guru bersoal jawab dengan murid.

Menilai hasil kerja projek

- Murid menceritakan pengalaman mereka sepanjang tempoh projek dijalankan.

20 minit

-Guru menilai hasil pembentangan, kerjasama tugasan dan penglibatan setiap kumpulan menggunakan rubrik (borang penilaian)

-Guru menyemak pengiraan murid dan mengira jumlah wang tabungan harus sama dengan nilai di dalam borang catatan perbelanjaan.

Dokumentasi

-Guru menampal semua laporan projek di sudut Matematik di dalam bilik darjah.

5 minit

RESPON MURID

BIL

FASA

RESPON MURID Murid-murid berasa seronok dan begitu teruja apabila melihat guru membawa pelbagai bahan bantu mengajar ke dalam kelas. Murid-murid berebut-rebut mengangkat tangan apabila diminta menyebut nilai wang kertas dan syiling yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid memberikan perhatian apabila guru memberi penerangan mengenai projek yang akan dilaksanakan oleh mereka. Murid-murid bertanya pelbagai soalan kepada guru tentang projek yang akan mereka lakukan.

1.

Persediaan

2.

Perkembangan

Murid-murid bergerak dalam kumpulan masingmasing menuju ke kantin. Murid menjalankan aktiviti urusniaga membeli makanan dan begitu teruja untuk mencatat dalam borang catatan perbelanjaan yang disediakan.

Terdapat murid yang tidak membuat catatan perbelanjaan mereka kerana mereka sibuk bermain dengan rakan-rakan lain.

Pada hari pertama dan kedua projek dijalankan, suasana agak kelam kabut kerana murid-murid tidak sempat untuk mencatat perbelanjaan mereka.

Guru memantau semasa murid menjalankan urusniaga di kantin di samping dapat mengingatkan mereka mengenai tugasan yang harus dilaksanakan.

3.

Tindakan

Setiap wakil kumpulan dapat membuat laporan dengan baik di hadapan kelas. Beberapa orang murid menceritakan pengalaman semasa menjalankan aktiviti projek tersebut dan faedah yang mereka perolehi.

Murid-murid tidak bersabar-sabar menunggu penilaian guru untuk mengetahui kumpulan yang terbaik.

KESIMPULAN :

Secara keseluruhan , murid-murid dapat memberi respon yang baik sepanjang projek ini dijalankan. Murid-murid juga melibatkan diri secara aktif di dalam kumpulan masing-

masing dengan penuh semangat. Pembentangan juga dapat dijalankan dengan baik. Penilaian yang diberikan kepada setiap kumpulan adalah sebagai ganjaran kepada muridmurid dan mereka merasa seronok dengan aktiviti ini.

KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan berkesan dapat membantu murid untuk mencapai kefahaman mengenai sesuatu konsep atau untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Sebenarnya guru mempunyai pelbagai teknik untuk mengajar dan menjadikan suasana belajar di dalam kelas seronok dan tidak menekan murid. Jika mereka seronok, sudah tentu mereka akan menjadi minat dan mudah untuk mereka faham. Murid juga tidaklah merasa bosan sekiranya guru mempelbagaikan cara kerana chalk and talk akan membuatkan murid menjadi jemu dan bosan. Salah satu caranya adalah dengan menjalankan pembelajaran berasaskan projek.

Dengan adanya aktiviti seperti ini murid-murid dapat mengetahui bahawa matematik sentiasa mempunyai perkaitan dengan kehidupan sehari-hari dan tidak terasing hanya sebagai satu subjek yang sukar di sekolah. Sekaligus membuatkan mereka merasakan indahnya matematik yang sentiasa ada dimana-mana. Selain itu, murid juga dapat belajar bersosial di mana mereka akan dapat berinteraksi di dalam kumpulan, antara kumpulan serta dengan guru. Wujud sikap untuk bekerjasama, bantu membantu, bertindak secara rasional, bertolak ansur apabila mereka menjalankan aktiviti dalam pembelajaran berasaskan projek ini.

Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek sangat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran untuk menarik minat murid malah murid akan merasa seronok dan minat untuk belajar kerana adanya pelbagai aktiviti di luar kelas yang membolehkan mereka membuat penerokaan, bermain dalam aktiviti tersebut sekaligus menghilangkan rasa bosan mereka.

JADUAL PERLAKSANAAN TUGASAN

BULAN/ MINGGU BIL TAJUK/AKTIVITI DIS JAN FEB MAC APR

Menerima tugasan daripada pensyarah.

Mencari maklumat dari internet,buku

dan jurnal.

Mengumpulkan maklumat dan data.

Mula

merancang

dan menaip.

Tugasan dihantar

REFLEKSI

NORLAILA BT AHMAD 760808-14-5774 ______________________________________________________________


Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan sekalian alam kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, saya dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan selamat dan berjaya walaupun menempuh pelbagai cabaran dan dugaan bersama rakan-rakan sekumpulan dan seperjuangan. Ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn Tengku Noor Zima Bt Tuan Jaffar yang telah memberikan penerangan, tunjuk ajar dan semangat untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepda IPG Kampus Teknik yang memberikan kesempatan dan ruang untuk saya menuntut ilmu disini. Saya menerima tugasan ini pada bulan Disember 2011 yang lalu. Pensyarah

pembimbing iaitu Puan Tengku Noor Zima telah memberikan taklimat mengenai cara menjalankan tugasan ini. Beliau turut memberikan penerangan dan maklumat yang perlu ada di dalam tugasan ini. Banyak nota-nota dan maklumat yang saya perolehi daripada beliau. Namun semasa mula-mula menerima tugasan ini, saya menjadi buntu dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Setelah berbincang dengan rakan-rakan sekelas dan bertanya kepada Pn Tengku Noorzima, barulah saya mempunyai idea dan tahu apa yg harus dilakukan. Tugasan ini memerlukan saya dan pasangan dalam kumpulan bekerja di dalam satu kumpulan. Kami telah membahagikan tugas supaya beban tugasan dapat diminimumkan. Kesukaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan ini antaranya adalah kekangan masa yang menyebabkan agak sukar untuk kami bertemu dan berbincang. Jadi solusi untuk masalah itu ialah saya dan rakan menggunakan internet sebagai tempat untuk berkomunikasi dan berbincang iaitu melalui e-mel atau Facebook. Selain itu di sekolah juga menuntut penglibatan maksimun dalam kerja-kerja di sekolah. Memandangkan awal tahun yang agak sibuk dengan pelbagai program dan kerja- kerja di sekolah, ia menuntut supaya saya bijak menggunakan masa secara optimum dan bijak membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan, kerja-kerja di sekolah dan keluarga.

Saya memperolehi maklumat melalui internet, buku-buku, majalah dan jurnal. Keperluan melayari internet dalam usaha mengumpul maklumat barkaitan menjadikan saya semakin proaktif dan semakin bertambah kemahiran melayarinya.` Saya juga bertanya kepada rakan-rakan guru di sekolah berkaitan tajuk yang diberi. Mereka turut memberikan idea dan bahan-bahan dalam tugasan ini. Sesungguhnya dalam melaksanakan tugasan ini kerjasama amatlah penting. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu seperti pensyarah , rakan-rakan kumpulan, rakan-rakan sekelas dan keluarga yang memahami. Tanpa bantuan sokongan anda semua, tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. dan

ISI KANDUNGAN

Profil Pelajar Penghargaan 1. Pengenalan1 -2 2. Ringkasan Artikel3-7 3. Perancangan Pengajaran Berasaskan Projek..8-9 4. Langkah-langkah Projek.10-11 5. Penyediaan Projek...12-13 6. Amali...14-15 7. Penilaian16 8. Rubrik Skor.17 9. Bahan Bantu Mengajar18 10. Laporan Pembelajaran Berasaskan Projek Kekuatan & Kelemahan Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Respon Murid Gambar

11. Kesimpulan Refleksi Jadual Pelaksanaan Tugasan Borang Kolaborasi Bibliografi Lampiran

Anda mungkin juga menyukai