Anda di halaman 1dari 2

1.

PENDAHULUAN

Aspek keceriaan merupakan salah satu daripada amalan biasa di sekolah-sekolah di Malaysia
kerana sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan membangunkan minda warganya melalui
persekitaran yang kondusif. Persekitaran sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.
Salah satu resipi kejayaan murid ialah persekitaran sekolah. Dengan persekitaran yang bersih dan
ceria, dapat menarik minat murid hadir ke sekolah seterusnya berasa seronok untuk belajar.
Menurut Abdullah Sani yahya,(2003), terdapat kajian yang menunjukkan pencapaian yang tinggi
bagi murid-murid yang tahap keceriaannya lebih baik berbanding sekolah yang tahap
persekitarannyanya kurang ceria. Jawatan kuasa

Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan

sekolah (Jawatan kuasa 3K) merupakan satu unit penting dalam sistem organisasi sekolah
termasuk di SK Bandar Pusat Jengka.Salah satu aktiviti keceriaan yang boleh dijalankan di
sekolah ini ialah menghasilkan catan Mural. Memandangkan objektif kurikulum Pendidikan
Seni Visual ialah untuk menghasilkan generasi yang celik seni, maka persekitaran sekolah
mungkin memberi kesan kepada kesedaran, kefahaman, penghargaan serta apresiasi seni visual.
Generasi yang celik dan menghargai seni memerlukan murid-murid mendapat pendedahan
kepada persekitaran yang sesuai untuk mereka berkembang kearah itu. Sebelum proses kreatif
berlaku dalam otak manusia, mereka memerlukan pengalaman yang berkaitan dengan subjek
tersebut. Catan mural adalah salah satu daripada objek seni dalam persekitaran sekolah selain
daripada arca, seni taman dan lanskap. Seni mural adalah salah satu bentuk seni lukis yang kini
berkembang cukup pesat di berbagai negara. Mural berasal dari kata murus, kata dari Bahasa
Latin yang bermaksud dinding. Seni mural adalah seni gambar yang menggunakan media
dinding, tembok atau satu permukaan yang luas sebagai kanvasnya. Selain daripada memiliki
nilai estetik dan memberikan suasana baru serta memperindahkan kawasan sekolah, ia juga
berperanan sebagai bahan pembelajaran tentang asas seni reka. Karya mural di sekolah juga
dapat membuka ruang kepada pelajar untuk menghayati seni mural kerana melaluinya dapat
ketahui tahap intelektual mereka terhadap seni tampak.
Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para murid, Panitia
Pendidikan Seni Visual mengambil inisiatif untuk mengadakan program keceriaan sekolah
dengan melukis mural. Program keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan

bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah. Catan mural di SK Bandar Pusat ada yang
telah berumur 5 tahun dan masih kekal di situ. Kemunculan catan mural yang banyak ini
mungkin memberi kesan positif kepada kemampuan apresiasi dan penghargaan terhadap seni
visual dalam kalangan murid di sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai