Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN
Lukisan muncul sejak zaman prasejarah lagi. Buktinya dapat dilihat melalui lukisan
yang terdapat di dinding-dinding gua seperti Gua Niah di Serawak dan Gua Tambun di
Perak. Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran peristiwa atau aktiviti yang
mereka jalani seperti pemburuan atau upacara keagamaan. Di zaman Paleolitik lukisan
dihasilkan menggunakan media kering seperti kayu yang dibakar,kapur, tulang dan
serbuk tanah.
Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari dua bahasa
iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old English iaitu
dragan yang bermaksud to drag dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej yang dibuat di atas
sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan bagi menghasilkan karya-karya
yang lebih kompleks seperti seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. Ia
merupakan lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual
kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Lukisan ialah
hasil seni 2 dimensi. yang mempersembahkan idea, imej, objek , landskap atau pelan
mengolah

garisan di atas permukaan.

Lukisan bergantung kepada penggunaan

garisan yang ekspresif dan bersifat semulajadi tidak terhad rupa atau jenisnya.
Menurut Chin, 1998, Lukisan bukan sahaja ekspresi dan luahan idea tetapi ia juga
dapat memperlihatkan kemahiran pelukis menggunakan alat melukis untuk
menghasilkan karya.
Lukisan didominasikan dengan penggunaan alat terhad kepada media kering seperti
pensel, pensel warna, pastel, arang, atau pen. Penggunaan dakwat termasuk dalam
kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan. Lukisan juga boleh
menggunakan media basah ( bukan sapuan ) serta menggunakan warna dengan kadar
yang minima. Kebiasaanya, lukisan dihasilkan di atas permukaan kertas yang kering
dan rata. Contohnya seperti kertas lukisan, kertas katrij, kertas surat khabar, kanvas
dan sebagainya.
Terdapat tiga jenis lukisan iaitu, lukisan figura yang berkaitan dengan imej yang
dikaitkan dengan manusia atau haiwan, lukisan alam benda dikaitkan dengan objek
kaku atau tidak bernyawa manakala lukisan lanskap adalah berkaitan pemandangan di
luar studio atau di dalam studio. Dalam memastikan hasil lukisan yang baik, perkara

awal yang perlu difikirkan ialah penentuan tema dan tajuk. Proses melukis melibatkan
proses-proses seperti menghasilkan lakaran spontan dan bebas berdasarkan tajuk.
Pemahaman mengenai perspektif adalah penting sebagai persediaan sebelum melukis
supaya objek yang dilukis akan kelihatan seimbang dan menarik. Kedudukan pelukis
juga akan menentukan objek yang dilukis di mana perspektifnya akan berbeza apabila
dilihat dalam kedudukan yang berbeza. Lukisan juga menekankan aspek pencahayaan
dan ton yang membantu pelukis menghasilkan bentuk yang sempurna.
Teknik lukisan mula wujud daripada percubaan pelukis terdahulu untuk memberi
kesan yang lebih menarik pada hasil karya. Teknik garisan selari dihasilkan secara
lurus dan selari sama ada menegak atau menyerong berukuran pendek atau panjang.
Teknik garisan silang atau teknik silang pangkah di mana garisan ditindankan antara
satu sama lain sama ada menyerong, menegak atau melintang. Teknik garisan conteng
merupakan calitan garisan yang bebas, spontan atau zig-zag yang dihasilkan dengan
gerakan tangan yang pantas. Akhir sekali ialah teknik titik di mana objek dilukis
menggunakan titik halus yang sama saiz dihasilkan dengan pen dakwat mata halus
seperti pen teknikal.
Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan dan pemahaman dalam
mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dengan prinsip rekaan. Melukis
dengan melibatkan unsur-unsur seni seperti garisan , jalinan, rupa bentuk, warna dan
ruangakan memberi nyawa kepada lukisan tersebut. Begitu juga penggunaan prinsip
rekaan perlu diberi perhatian bagi memastikan sesebuah gubahan lukisan itu menarik
dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai