Anda di halaman 1dari 20

Lukisan Dan Penyuburan Diri

Pengenalan Lukisan

Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling minimum.

Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan. Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolej dan montaj.

Lukisan juga adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel (contoh pensel B hingga 6B), pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat, krayon, pen marker, marker pelukisan dan kapur

Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.

Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang nyata Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karyakarya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.

Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

Sejarah Lukisan

Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old English iaitu dragan yang bermaksud to drag dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.

Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.

Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi.

Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk Unforgettable Fire yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah dan artistik. Hal ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisai, daya emosi dan daya estetika.

Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.

Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.

Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.

Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah: a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar, b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa. c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik) d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik.

Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering. Karya lukisan merupakan kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan. Karya lukisan mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak menggunakan warna, kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau krayon. Lukisan biasanya dihasilkan secara sepontan serta dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan gaya persembahan pelukisnya.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai