Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan (SDP) diwujudkan bagi membantu perkembangan yang


seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. SDP bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan dengan pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan
estetika dam daya kreativiti individu melalui intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Guru perlu membimbing murid menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan
mengekspresi cita rasa pancaindera. Pengabungan seni visual, seni muzik, dan seni
pergerakan dapat membantu pembentukan dan perkembangan murid-murid yang celik
budaya, persepsi, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

2.0 Konsep asas, teori pembelajaran dan elemen Seni dalam Pendidikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), seni bermaksud kebolehan mencipta
sesuatu yang indah manakala pendidikan bermaksud memelihara dan memberikan latihan
tentang akhlak dan kecerdasan fikiran. SDP ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan seni dalam pendidikan melibatkan tiga komponen seni, iaitu seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan yang diintegrasikan ke dalam pendidikan.

SDP menjurus kepada tiga elemen penting iaitu seni visual, seni pergerakan dan
seni muzik untuk peningkatan kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid-murid untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Dalam seni visual lebih
melibatkan lukisan, seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti
dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari
manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti.
Teori pembelajaran pula didefinisikan sebagai penjelasan tentang cara manusia dan
haiwan belajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajran yang
dikemukakan dalam SDP ialah Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner), Teori
Konstruktivisme (Lev Vygotsky) dan Teori Hoka-Hoki (Ned Herrmann).

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner SDP sebagai asas
pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni
yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Beliau menunjukkan bahawa
kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Oleh itu, guru
perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri
mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan
bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza,

1
keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran
yang memberikan inspirasi. Misalnya, penggunaan video yang mempunyai penggabungan
seni pergerakan dan seni visual yang menarik dalam pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) untuk menangani masalah penyuburan kecerdasan murid-murid. Terdapat sembilan
jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan dalam diri murid melalui aplikasi pelbagai
subjek di sekolah. Misalnya, kecerdasan linguistik, existential intelligent, logikal-matematik,
ruang, muzik, kinestetik, intrapersonal, interpersonal, dan naturalis. Teori ini disokong oleh
Ibrahim Ahmad Bajunid, Berita Harian 14 Julai 2000 yang berharap untuk menguasai teori
ini dan seterusnya menggunakannya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses
pengajarannya.

Jadual 1: Aspek-aspek kecerdasan

KECERDASAN ASPEK KECERDASAN PEKERJAAN


1. Linguistik Tulis karangan, piusi, pantun Penulis, penceramah
dan sebagainya.
2. Logikal- Menaakul, kiraan, membuat Saintis, jurutera
matematik analisis
3. Ruang/Spatial Mencorak, melukis Pelukis
4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi dan Penyanyi, pencipta lagu
sebagainya
5. Kinestetik Tarian, sukan Atlet, penari
6. Interpersonal Perhubungan manusia Guru, ahli politik, peniaga
7. Intrapersonal Nilai murni, falsafah Penyajak, ahli falsafah
8. Naturalist Minat kepada semula jadi Doktor haiwan, saintis,
arkeologi
9. Existential Minat tentang hayat, evolusi Guru-guru agama
manusia dan kematian

Selain itu, teori konstruktivisme sosial dipelopori oleh Lev Semanovich Vygotsky
(1896-1934) yang mengkaji perkembangan kognitif. Teori ini merupakan asas kepada
konstruktivisme sosial. Beliau berpendapat bahawa perkembangan konsep kanak-kanak
berkembang secara sistematis, logikal, dan rasional dengan bantuan serta bimbingan verbal
orang lain. Lantaran itu, teori ini melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosiobudaya.
Misalnya, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baharu dengan orang lain.
Penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada murid-murid untuk menilai dan
meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada cara berfikir
orang lain serta berkongsi membina pemahaman (Woolfolk, 2012). Beliau juga beranggapan
bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian secara formal atau
kerjasama antara murid dengan murid. Hal ini disebabkan kolaborasi berlaku antara murid-

2
murid yang mempunyai perbezaan latar belakang, pengalaman, interaksi, keperluan dan
budaya masyarakat. Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak tidak memperoleh
pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif melalui aktiviti
penerokaan, eksperimen hingga mengolahnya menjadi sesuatu yang baharu. Teori
Konstruktivisme juga ialah teori yang berkait rapat dengan perkembangan pemikiran kreatif
dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses PdPc. Sehubungan itu,
contoh aktiviti yang menerapkan teori ini ialah lakonan drama, persembahan wayang kulit,
puppel atau boneka, dan sebagainya yang terdapat dalam subjek SDP. Tambahan pula,
beliau beranggapan bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian
secara formal atau kerjasama antara murid dengan murid yang lebih berpengalaman, dan
konstruktivisme sosial mempunyai ciri-ciri seperti PdPc berlaku dalam situasi sosial yang
aktif.

Selanjutnya, Teori Hoka-Hoki dipelopori oleh Ned Hermann (1991) di dalam


“Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran rasional seseorang individu. Setiap individu mempunyai dua
bahagian otak yang akan mempengaruhi gaya pemikiran seseorang. Hoka merupakan
hemisfera otak kanan manakala “Hoki” merupakan hemisfera otak kiri. Otak kanan
memfokuskan terhadap kreativiti dan imaginasi, melihat sesuatu secara menyeluruh dan
dalam satu kesatuan yang bermakna. Otak kiri adalah otak kritis, iaitu otak yang memberi
tumpuan terhadap urutan, analisis dan ilmu logik (Noriati A. Rashid et. al.). Penggunaan
elemen SDP dalam teori Hoka-Hoki boleh menjadikan proses PdPc lebih seronok,
membantu guru membezakan perkembangan murid dari segi otak kiri dan otak kanan,
membantu perkembangan intelek murid terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah, dan
membantu guru atau pelajar memahami diri sendiri.

3.0 Penutup
Kesimpulannya, pengintegrasian elemen SDP dapat membantu menjadikan mata
pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah rendah menjadi lebih seronok. Seni Dalam
Pendidikan juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh dari
aspek penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni
dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh agar dapat menghasilkan generasi muda yang
maju dan berdaya saing.

Rujukan

3
Fakulti Pendidikan dan Bahasa. (2007). Perkembangan Seni dan Kanak-kanak.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Gardner, H. (2011). Frames of mind: the theory of multiple intelligences. NY: Basic
Books Inc.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Malaysia, Open University. (2007). HBEF 1403 Modul Seni Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
alam belajar. Oxford Fajar.

Woolfolk, A.E. (2012). Educational psychology (12th ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Isi Kandungan

4
Muka Surat

1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep asas, teori pembelajaran dan elemen Seni dalam 1-2
Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu
3.0 Penutup 3
Rujukan 4

Anda mungkin juga menyukai