Latar Belakang
• Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti
mana dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui
“Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846.
• Bentuk gurindam adalah terikat, yakni terdiri daripada dua baris
serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan
dengan skima rima a;a.
• Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan idea.
• Bahasanya bernas dan serius. Isinya mengandungi nasihat,
pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
Pengenalan
10/13/20
Jenis Gurindam Berdasarkan Isi
a. Gurindam Nasihat : adalah gurindam yang berisi nasehat-nasehat.
•Contoh 1
Belajarlah di usia muda.
Janganlah kamu tunda-tunda.
Namun jika kamu menunda.
Maka hilanglah kesempatan yang berharga.
•Contoh 2
Barang siapa yang mudah menyerah.
Maka kejayaan tidak akan menyapanya
10/13/20
b. Gurindam Pendidikan : adalah gurindam yang berisi tentang ilmu.
Berikut contoh gurindam pendidikan:
•Contoh 1
Jika ilmu yang diperoleh tidak sempurna.
Maka hidup tiadalah berguna.
•Contoh 2
Masa muda adalah masa produktif.
Maka gunakanlah dengan efektif.
• Contoh 3
Jangan bertindak sebelum berfikir.
Agar tidak kecewa di kemudian hari.
•Contoh 4
Raihlah ilmu dengan kesabaran.
Agar kelak engkau memetiknya dengan kesenangan.
10/13/20
c. Gurindam Cinta : adalah gurindam yang berisi untaian kalimat yang
penuh dengan keharmonisan dan kemesraan.
•Contoh 1
Apabila hati sudah bergejolak tentang cinta.
Maka tidak ada obatnya selain berumah tangga.
•Contoh 2
Seyumanmu adalah penyemangat hari-hariku.
Maka janganlah engkau jauh dari hatiku.
•Contoh 3
Melihatmu sungguh tidak membuatku bosan.
Namun membuatku makin kasmaran
10/13/20
Bentuk Gurindam
• Gurindam Sebaris
Bersatu teguh, bercerai roboh
• Gurindam Dua Baris
Jika kita mengkhianat,
Kita nanti akan dilaknat.
10/13/20
Ciri-ciri Gurindam
Gurindam mempunyai beberapa ciri, seperti berikut:
•Dua baris serangkap
•Empat hingga enam patah perkataan / 8 – 12 suku kata sebaris.
• Contoh :
Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan. (Kerusi, hlm. 8)
•Jumlah rangkap dalam seuntai gurindam tidak ditentukan.
•Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a.
•Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan dalam baris.
•Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama )
dan jawab atau anak kalimat (baris kedua)
•Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi
pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.
PEMIKIRAN
10/13/20
GURINDAM
karya: Raja Ali Haji
10/13/20
Ini Gurindam pasal yang kelima:
Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa.
Hendak marah,
Dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
Jangan memalui.
Hendak ramai,
Murahkan perangai.
10/13/20
Ini Gurindam pasal yang kedua belas: