Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan
Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah ‘Ciptan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang
ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam
aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. Dalam pada itu, Ali Ahmad (1994) menyusur
lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera.
Menurutnya ‘sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang
bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara
umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera
menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan
indah.

Bagi Muhammad Hj Salleh (2005) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan


serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan
berbagai-bagai perkataan. Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita
Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za’ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai
persuratan atau karangan. Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar
kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (2008) mengatakan Secara kasarnya
sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih
diperlukan.

Ali Ahmad (2008) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari
maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar
Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah
kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan
penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah
keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan
penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Oleh itu, sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia menggunakan
bahasa yang indah, halus dan menarik serta memberi kesan kepada pembaca/penonton. Ia

1
merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam
bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif dan bukan naratif. Karya sastera berbeza
dengan hasil-hasil penulisan akademik atau bukan akademik lain kerana tidak mempunyai
variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada pembaca atau penonton.
Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan
sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya.
Menurut Profesor Ismail Hussein ‘Kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala
kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak’.

2.0 Analisis Karya Sasterawan Negara


Menurut Mohd. Yusof Hasan (2007), Shahnon Ahmad yang merupakan
Sasterawan Negara yang ke-2, dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik,
Kedah. Pengaruh daripada latar kehidupan beliau yang berasal dari kampung, sedikit
sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam menghasilkan karya-karya kreatifnya
dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat desa
khususnya. Contohnya seperti cerpen Gelungnya Terpokah yang merupakan salah satu
karya beliau. Oleh itu, berikut adalah synopsis cerpen karya Shahnon Ahmad ini:-

Jusoh dibantu oleh pembantu kesayangannya, kerbau yang bertanduk songsang


membajak petak sawahnya agar air akan bertakung ke dalam petak sawah dengan
harapan esok pagi petak sawah itu akan digenangi air. Namun keesokan paginya,
Jusoh dapati petak sawahnya kering kerana gelungnya terpokah. Tanpa usul
periksa, Jusoh telah menuduh Berahim memandangkan petak sawah Berahim
bersebelahan dengan petak sawahnya.

Jusoh mengamuk dan ingin memukul Berahim dengan lading tetapi dihalang oleh
isterinya. Isterinya memberi cadangan supaya menuang cuka getah ke belakang
kerbau Berahim sebagai balasan terhadap perbuatannya. Berahim mengalami
kerugian yang teruk kerana kerbaunya mati selepas 3 hari mengalami kecederaan
yang teruk akibat disimbah dengan cuka getah. Jusoh amat gembira dengan berita

2
itu dan dia yakin bahawa tiada sesiapa yang akan berani menggganggu petak
sawahnya lagi.

Walau bagaimanapun, ketika Jusoh sedang mengawasi petak sawahnya pada suatu
subuh, isterinya mengejutkannya dengan sebuah tangisan yang mengadu bahawa
Berahim telah membuat onar terhadapnya. Jusoh tidak dapat lagi menahan
kemarahan lalu berlari mencari Berahim bersama lembing di tangannya. Orang
Kampung Banggul Derdap gempar dengan teriakan Jusoh pada subuh hari lalu
keluar mengepung Jusoh bagi menghalang Jusoh. Akhirnya, orang kampung
menuduh Jusoh gila dan dia telah ditahan oleh orang kampung dan dibawa ke
rumah penghulu.

Oleh yang demikian, berikut adalah analisis ke atas kcerpen Shahnon Ahmad
tersebut:-

Tema Dan Persoalan


Tema ialah persoalan utama yang diungkap berdasarkan sesuatu tujuan dan di
dalamnya terkandung objek, peristiwa, kejadian dan sebagainya. Tema boleh juga
dikatakan sebagai buah fikiran atau idea penulis. Semua cereka mengemukakan satu
perkara dan satu gagasan penyatuan. Gagasan penyatuan itulah yang disebut tema.
Dalam karya cerpen Gelungnya Terpokah, pergolakan hidup berjiran dalam
masyarakat pesawah padi di Kampung Banggul Derdap adalah tema yang ingin
diketengahkan oleh Shahnon Ahmad. Jusoh dan keluarganya yang mewakili
masyarakat pesawah padi Melayu keseluruhan menghadapi pergolakan hidup bersama
jirannya, Berahim. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa persoalan yang cuba
diwujudkan oleh Shahnon Ahmad dalam cerpen tersebut. Antaranya ialah:-
a) Persoalan tentang kehidupan suami isteri yang saling berkorban. Contohnya, Jusoh
sanggup berkorban demi maruah isterinya dengan memerangi Berahim yang
mengganggu isterinya sehingga dia ditangkap dan dituduh gila oleh orang
kampung.

3
b) Persoalan tentang berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Misalnya, Jusoh tidak dapat mengawal kemarahannya kerana gelungnya terpokah
lalu mengambil tindakan dengan menuang cuka getah terhadap kerbau peliharaan
Berahim.
c) Persoalan tentang penderitaan hidup masyarakat pesawah. Contohnya, Jusoh hanya
bergantung harap pada hasil tanaman padi yang diusahakannya bagi menyara
kehidupannya sekeluarga. Manakala Berahim kematian akal akibat kematian
kerbau peliharaannya yang disimbah cuka getah memandangkan dia amat
bergantung kepada kudrat kerbaunya untuk mengerjakan petak sawah.
d) Persoalan tentang membalas dendam membawa kepada permusuhan dan
perpecahan sesama manusia. Misalnya, Jusoh telah menuang cuka ke atas lembu
Berahim lalu Berahim membalas dendam dengan mengganggu isteri Jusoh
sehingga menaikkan amarah Jusoh.

Plot
Plot atau galur cerita ialah penceritaan peristiwa yang berasaskan sebab musabab.
Istilah ini boleh juga ditakrifkan sebagai kisah berangkai yang bersebab, disulami
dengan permasalahan dan disudahi dengan penyelesaian. Secara konvensional, plot
dibina berasaskan permulaan, perkembangan dan akhirnya kesudahan (peleraian). Oleh
itu, plot dalam cerpen Gelungnya Terpokah mengandungi beberapa peringkat seperti
mana yang berikut:-
a) Permulaan : Jusoh selesai membajak petak sawahnya dan bercadang untuk
menakung air dalam petak sawahnya pada malam itu. Jusoh telah menarik gelung
air yang telah dikambus dengan kejap ke dalam perak sawahnya.
b) Perkembangan : Ketika Jusoh bangun pagi, gelung petak air sawahnya telah
terpokah. Jusoh menuduh perbuatan tersebut dilakukan oleh Berahim
memandangkan petak sawahnya bersebelahan dengan petak sawah Berahim.
c) Kemuncak : Jusoh telah menuangkan cuka getah ke atas kerbau peliharaan
Berahim apabila isteinya menghalang Jusoh daripada menyerang Berahim dengan
lading.

4
d) Penurunan : Berahim menyimpan dendam terhadap Jusoh yang telah menuang
cuka getah ke atas kerbaunya dan menganggap Jusoh sengaja ingin bermusuhan
dengannya.
e) Penutup : Jusoh akhirnya telah dikepung oleh orang kampung yang menuduhnya
gila kerana mencari Berahim dengan lembing setelah gagal menahan amarahnya
terhadap Berahim yang sudah membuat onar terhadap isterinya.

Watak dan Perwatakan


Watak ialah tenaga yang dipertentangkan di dalam pertembungan atau konflik di
dalam sesebuah cereka. Watak boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu watak bulat,
watak leper dan watak kodi. Watak bulat ialah watak yang berkembang, yakni
menunjukkan reaksi terhadap situasi dan berbagai-bagai peristiwa. Watak leper ialah
watak yang statik. Watak kodi pula ialah watak yang tidak berperanan di dalam cereka,
ada kalanya hanya disebut oleh mana-mana watak dalam sesuatu peristiwa. Dalam
cerpen Gelungnya Terpokah, terdapat beberapa watak yang dimainkan oleh Shahnon
Ahmad. Antaranya ialah:-
a) Jusoh
 Mempunyai seorang isteri dan 7 orang anak
 Anak bongsunya bernama Sahak
 Mendirikan rumah tangga dengan isterinya selama 20 tahun
 Seorang pesawah yang menanam padi sebagai punca rezekinya di Kampung
Banggul Derdap
 Bersikap terburu buru menuduh Berahim memokah gelung air petak sawahnya
 Dituduh gila oleh orang kampung
b) Berahim
 Seorang pesawah seperti Jusoh
 Petak sawahnya bersebelahan dengan Jusoh
 Mempunyai seekor kerbau yang dipelihara untuk membantunya mengerjakan
sawah padi
 Menyimpan dendam terhadap Jusoh yang telah menuang cuka getah ke atas
kerbaunya

5
 Melakukan onar terhadap isteri Jusoh sehingga mengundang kemarahan Jusoh
c) Isteri Jusoh
 Seorang suri rumah yang mempunyai 7 orang anak
 Mendirikan rumah tangga dengan Jusoh selama 20 tahun
 Seorang yang pendiam dan hanya menurut kehendak suaminya
 Seorang yang sangat menyayangi suaminya dengan menghalang Jusoh
menyerang Berahim kerana risau akan keselamatan Jusoh

Latar
Latar atau setting ialah segala unsur atau aspek yang mengiringi dan mendampingi
perkembangan sesebuah tema dan persoalan yang menjadi pokok pemikiran
pengarang. Unsur dalam latar ialah tempat, cara hidup para pelaku, masa dan latar
belakang yang am. Oleh itu, pembicaraan tentang latar dalam cerpen Gelungnya
Terpokah adalah seperti mana yang berikut:-
a) Latar Masa
 Pada waktu petang : Jusoh selesai membajak sawahnya dengan bantuan
kerbaunya sehingga hampir ke senja.
 Pada waktu malam : Jusoh keletihan setelah seharian mengerjakan petak
sawahnya kemudian memasukkan kerbaunya ke dalam kandang.
 Pada waktu subuh : Berita kerbau Berahim disimbah cuka getah telah
menjadikan waktu subuh Kampung Banggul Derdap menjadi kecoh.

b) Latar Tempat
 Di Kampung Banggul Derdap : Tempat berlakunya pergolakan masyarakat
pesawah. Jusoh yang menuduh Berahim memokah gelung air petak sawahnya.
 Di Kandang Kerbau Berahim : Penduduk kampung berkumpul untuk melihat
kerbau Berahim yang telah disimbah dengan cuka getah sehingga
menyebabkan kematian.
 Di Rumah Jusoh : Tempat Jusoh sekeluarga berteduh dan berlindung. Rumah
Jusoh tidak jauh dari petak sawahnya.

6
Sudut Pandangan
Sudut pandangan ialah suatu unsur struktur yang penting. Kewujudannya dapat
menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, menjadi pusat pengisahan dan
berhubung rapat dengan watak. Secara umumnya, sudut pandangan terbahagi kepada
tiga kategori, iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan
sudut pandangan aliran kesedaran.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa cerpen Gelungnya Terpokah


mempunyai jalan cerita yang dapat difahami dalam pelbagai aspek dan mempunyai ciri-
ciri sebuah karya sastera seperti mana yang telah dijelaskan di atas.

3.0 Analisis Unsur Kebudayaan Melayu Dalam Karya Sastera


Setiap karya sastera yang dihasilkan kerap kali mempunyai layar belakang
masyarakat Melayu khususnya bagi karya sastera yang dihasilkan oleh pengkarya
berbangsa Melayu seperti Shahnon Ahmad. Dalam karya cerpen Gelungnya Terpokah,
unsur kebudayaan masyarakat Melayu turut menjadi menjadi latar belakang masyarakat
dalam karya tersebut. Perkara ini dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti mana yang
dinyatakan di bawah:-
Masyarakat yang gembar membuat tuduhan tanpa bukti. Misalnya, Jusoh menuduh
Berahim memokah gelung air petak sawahnya tanpa menyiasat secara terperinci
sedangkan Jusoh tidak mempunyai bukti.
Masyarakat kampung yang bergantung hidup pada hasil pertanian yang juga
merupakan antara corak kehidupan masyarakat Melayu pada masa dahulu. Contohnya,
kebanyakan penduduk Kampung Banggul Derdap menanam padi sebagai punca rezeki
untuk menyara kehidupan mereka. Jusoh dan Berahim sanggup bertelagah demi
memastikan sawah yang dikerjakan tumbuh subur.
Masyarakat yang gemar membalas dendam. Misalnya, Jusoh dan Berahim masing-
masing menyimpan dendam untuk memusnahkan hidup sesama sendiri demi
memastikan sawah yang dikerjakan oleh mereka tidak diganggu. Namun begitu,

7
amalan seperti ini dapat dilihat dalam beberapa situasi sahaja dan hanya berlaku dalam
kekerapan yang sangat kecil.
Masyarakat yang prihatin seperti mana yang menjadi antara nilai yang diamalkan
oleh masyarakat Melayu. Contohnya, sikap penduduk kampung yang prihatin terhadap
musibah yang menimpa Berahim yang kematian kerbaunya akibat disimbah cuka getah
oleh jusoh. Penduduk Kampung Banggul Derdap secara beramai-ramai datang untuk
melihat keadaan kerbau Berahim yang nazak selepas dikhabarkan mengenai berita
tersebut.

Ini bermakna bahawa cerpen Gelungnya Terpokah adalah sebuah karya sastera
yang memperlihatkan beberapa aspek kebudayaan Melayu khususnya yang berkaitan
dengan amalan dan kehidupan masyarakat Melayu pada masa dahulu sehinggalah ke hari
ini. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa nilai yang boleh dipelajari daripada cerpen
Gelungnya Terpokah yang juga menjadi antara amalan dan budaya masyarakat Melayu
pada masa dahulu dan pada masa kini. Antaranya adalah seperti mana yang dinyatakan di
bawah:-
Berfikiran rasional. Misalnya, Jusoh gagal untuk berfikiran secara rasional
dan menuduh Berahim memokah gelung air petak sawahnya secara membabi buta
sehingga sanggup menuang cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim.
Kasih sayang. Contohnya, ikatan kasih sayang yang erat terhadap
suaminya, Jusoh telah menyebabkan isteri Jusoh menghalang tindakan Jusoh yang
ingin memerangi Berahim dengan lading kerana dia bimbang suaminya akan ditangkap
polis. Sebaliknya, isteri Jusoh mencadangkan supaya menuangkan cuka getah ke atas
badan kerbau Berahim.
Bertanggungjawab. Misalnya, jusoh seorang suami dan ayah yang
bertanggungjawab kerana sanggup membanting tulang mengerjakan petak sawah yang
menjadi punca rezeki mereka sekeluarga.
Keadilan. Contohnya, penduduk Kampung Banggul Derdap bertindak berat
sebelah dengan menuduh Jusoh gila dan ingin menghantarnya ke Tanjung Rambutan
tanpa memberikan Jusoh peluang untuk mempertahankan diri sendiri.

8
Belas kasihan. Misalnya, akibat perasaan membalas dendam yang
menguasai fikiran, Jusoh sanggup mengenepikan perasaaan belas kasihannya terhadap
haiwan sehingga sanggup menuang cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim.

Kesemua nilai yang dinyatakan di atas adalah antara nilai yang boleh dipelajari
daripada cerpen Gelungnya Terpokah. Kesemua nilai tersebut juga adalah antara amalan
dan budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu. Contohnya seperti nilai kasih sayang
dan belas kasihan yang menjadi amalan dan budaya masyarakat Melayu seperti saling
tolong menolong dalam melaksanakan aktiviti keramaian, sentiasa membantu jiran yang
mengalami kesusahan dan sebagainya. Ini bermakna bahawa nilai yang dapat dipelajari
daripada cerpen Gelungnya Terpokah ini turut menjadi antara amalan dan kebudayaan
dalam kalangan masyarakat Melayu.

Selain itu, terdapat juga beberapa pengajaran yang boleh dipelajari daripada cerpen
Gelungnya Terpokah yang boleh menjadi amalan dalam kehidupan sehar-harian.
Antaranya adalah seperti mana yang dihuraikan di bawah:-
Kita sewajarnya berfikiran rasional dalam membuat pertimbangan terlebih
dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan yang boleh mendatangkan kesulitan
terhadap diri sendiri.
Ikatan kasih sayang yang erat mampu memberikan kebahagiaan dan
ketenangan dalam perhubungan sesama insan.
Kita seharusnya menjadi individu yang bertanggungjawab terhadap segala
tugas yang telah diamanahkan.
Prinsip keadilan semestinya ditegakkan dalam pertimbangan untuk
menjatuhkan sebarang keputusan mahupun hukuman terhadap orang yang didakwa
bersalah.
Sikap belas kasihan terhadap haiwan mestilah disemai dalam diri setiap
individu bermula sedari awal lagi bagi mencegah perbuatan zalim terhadap haiwan.

Menerusi pengajaran yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa Shahnon


Ahmad menghasilkan cerpen Gelungnya Terpokah berdasarkan kepada kehidupan

9
masyarakat Melayu yang mungkin wujud pada suatu ketika dahulu. Contohnya seperti
kehidupan masyarakat kampung yang saling tolong menolong dan berkasih sayang dalam
hidup bermasyarakat. Menerusi penerapan terhadap nilai dan budaya masyarakat Melayu
dalam karya sastera seperti ini, maka pembaca akan dapat membuat pengamatan terhadap
kehidupan masyarakat dahulu khususnya masyarakat Melayu yang boleh diterapkan dan
diamalkan pada masa kini.

4.0 Penutup
Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan
pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-
melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak
berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah karya ialah
khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah
bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada khalayak. Namun
begitu, fungsi itu dilihat dari dua sudut, iaitu fungsi sastera kepada khalayak dan fungsi
sastera kepada pengarang.

Ditinjau daripada sudut pertama, peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau
pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik, dan menghibur.
Mengajar atau disebut juga didaktik ialah satu proses menyampaikan pengetahuan.
Dengan ilmu yang dipelajari dan difahami, manusia mengetahui apa-apa yang mereka
tidakketahui. Pengetahuan tidak bererti jika tidak diamalkan. Pada peringkat ini,
pendidikan memainkan peranannya. Mendidik bermaksud menjaga dan melatih. Penjagaan
dan latihan akan mewujudkan kebiasaan, berkembang menjadi adat, membentuk sifat
(keperibadian), melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan perbuatan selaras
dengan perkara yang dididik.

Demikianlah pentingnya pendidikan untuk menangani pelbagai masalah sosial.


Orang yang tidak terdidiklah yang cenderung melakukan perbuatan salah. Di samping
mengajar dan mendidik, karya sastera juga berfungsi untuk memberi hiburan. Menghibur

10
bertujuan untuk menenangkan atau menggirangkan hati.Oleh sebab itu, dapatlah
disimpulkan bahawa kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni
untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan, dan
merehatkan fikiran setelah penat bekerja, serta memberi kepuasan setelah menikmati
keindahan karya seni.

Jumlah : 2,633 Patah Perkataan

11
Rujukan
Abd. Ghafar Ibrahim (2002). Menggenerasikan Sastera Dalam Kalangan Pelajar. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Asmah Haji Omar, (1992). Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Borhan Md. Zin. (2000). Kesusasteraan Melayu Sebagai Komponen Bahasa Melayu:
Menangani Kekeliruan Teknik Pengajaran. Dewan Sastera, 19-21.

Hashim Awang, (1997). Kritikan Kesusasteraan: Teori Dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Mana Sikana, (1990). Sastera Melayu Moden: Perubahan Dan Tamadun. Bandar Baru Bangi.
Penerbitan Karyawan.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005). Citra Komsas. Tanjung Malim : Penerbit Universiti
Sultan Idris

12

Anda mungkin juga menyukai