Anda di halaman 1dari 3

BBK3212: KRITIKAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

KRITIKAN CERITA KANAK-KANAK

Bil Nama No Matriks

1 Muhamad Aliff Iskandar Bin Ismail 188926

2 Ahmad Alfhikrey Bin Ahmad Japar 187750

3 Muhammad Firdaus Bin Mohd Sedek 188179

4 Mohd Ayob Afiqrudin Bin Mohd Sobri 191096


Cerita Kanak-kanak: Anak Penjual Ikan Kering

Cerita kanak-kanak “Anak Penjual Ikan Kering” mengisahkan tentang Muhammad yang

seringkali diejek oleh rakan-rakan sekolahnya terutamanya oleh Syafie dek kerana bapanya

merupakan seorang pengusaha industri ikan kering. Muhammad berasa malu dengan pekerjaan

bapanya dan mengatakan bahawa kenapa mereka harus berpindah dari Kuala Lumpur ke

kampung semata-mata untuk menjual ikan kering. Muhammad mogok dengan bapanya dan

berdiam diri. Setelah seketika, bapanya membawa dia dan adik-adiknya bersiar-siar sekitar

pulau. Secara tidak sengaja, Muhammad telah bertembung dengan Syafie yang sedang menjual

air. Apa yang mengejutkan lagi bahawa bapa Syafie merupakan kawan lama kepada bapa

Muhammad dan bakal menjadi pekerja kepada perusahaan ikan kering yang diusahakan oleh

bapanya.

Dalam cerpen kanak-kanak “Anak Penjual Ikan Kering”, penulis telah memaparkan

kritikan sosiologi dari aspek ekonomi. Cerpen ini mengetengahkan masyarakat yang

menghadapi kemiskinan hidup. Keluarga Muhammad telah berpindah dari Kuala Lumpur ke

Kampung untuk mengusahakan perusahaan ikan kering untuk mendapatkan pendapatan yang

jauh lebih baik berbanding kerja makan gaji di Kuala Lumpur. Selain itu, Keluarga Syafie juga

menghadapi kesempitan hidup. Ayah Syafie iaitu Ishak telah diajak oleh ayah Muhammad

untuk bekerja bersamanya di bengkel perusahaan ikan kering.

Seterusnya, kritikan dari sudut sosio masyarakat. Cerpen ini sangat sesuai menjadi bahan

bacaan kepada kanak-kanak kerana boleh mengajar erti adab dan akhlak yang baik dalam

kehidupan sejak azali lagi. Cerpen “Anak Penjual Ikan Kering” menyerlahkan aspek sosio

masyarakat, iaitu masalah sosial yang berlaku kepada si anak penjual ikan kering bernama

Muhammad kerana diejek oleh murid-murid sekolah yang lain. Mereka mengatakan anak

penjual ikan itu berbau busuk. Akibatnya, Muhammad tersinggung hati dan mula menyediri.
Masalah tersebut jelas sekali berpunca daripada keruntuhan moral dan akhlak dikalangan murid

sekolah. Kelemahan dalam cerpen ini ialah kemungkinan golongan kanak-kanak yang

membacanya kurang tertarik kerana watak yang ditampilkan dalam cerita ini menggunakan

watak manusia bukannya binatang. Kebanyakan kanak-kanak lebih suka membaca cerita

berkaitan dengan binatang. Contohnya, sang kancil dan kerbau dan sebagainya.

Jika dilihat dari aspek kekeluargaan pula, cerita ini mengangkat tentang isu yang

dihadapi oleh sesebuah keluarga apabila berlakunya sesuatu perubahan dalam hidup mereka

dan bagaimana perubahan itu memberi kesan kepada keluarga itu. Sebagai contohnya, keluarga

Muhamad telah berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung dan perkara ini telah menganggu

emosi Muhammad. Dia merasakan bahawa bapanya tidak mempedulikan perasaannya dengan

berbuat demikian. Sebenarnya, apa yang cuba ingin dilakukan oleh bapanya hanyalah untuk

mempertingkatkan lagi taraf hidup keluarga mereka.

Akhir sekali dari sudut politik. Kita dapat lihat dalam karya tersebut, penulis

menyentuh tempat bersejarah seperti Kota Belanda di Pulau Pangkor. Dalam cerita kanak-

kanak ini, kesan pemilihan tempat bersejarah dapat memberi gambaran dan pengajaran kepada

kanak-kanak tentang nilai usaha dan erti perjuangan yang ditunjukkan bagi menewaskan

Belanda dari Pulau Pangkor. Penulis ingin mengaitkan dengan kehidupan sebenar kepada

kanak-kanak, untuk mencapai sesuatu kejayaan mestilah berhadapan dengan kesukaran dahulu

baru mendapat kesenangan.

Anda mungkin juga menyukai