Anda di halaman 1dari 6

BBW3101: PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF

SALAH LAKU DALAM KISAH ABU NAWAS: PEMUNGUT


CUKAI BAHARU

NAMA: MUHAMAD ALIFF ISKANDAR BIN ISMAIL

MATRIKS: 188926

PROGRAM: BACELOR SASTERA (BAHASA DAN LINGUSTIK MELAYU)

PENSYARAH: JAMA’YAH BINTI ZAKARIA


Sinopsis

Kisah Abu Nawas: Pemungut Cukai Baharu menceritakan mengenai kisah Abu Nawas iaitu
seorang rakyat negeri Sultanpur yang telah mengambil alih tugas seorang pemungut cukai yang
jahat setelah pemungut cukai tersebut telah ditangkap dan dibuang jawatannya. Abu Nawas telah
mendatangi Menteri baharu bagi negeri tersebut dan meminta Menteri tersebut untuk melantiknya
sebagai pemungut cukai baharu. Menteri tersebut telah tertarik dengan kebijaksanaan Abu Nawas
dan melantiknya untuk memungut cukai daripada rakyat jelata. Keadaan menjadi semakin keruh
apabila orang ramai mulai bercakap mengenai Abu Nawas yang telah memungut cukai dan laporan
tersebut telah dicatitkan di atas roti yang dibawanya. Sebenarnya, tujuan Abu Nawas melakukan
perbuatan tersebut adalah bagi menyelamatkan dirinya sekiranya Menteri baharu itu ingin
memecatnya serta menyuruhnya untuk memakan kesemua laporan yang telah dibuatnya seperti
yang berlaku kepada pemungut cukai yang sebelum ini.
Salah Laku Dalam Kisah Abu Nawas: Pemungut Cukai Baharu

Salah laku # 1: Jahat. Jahat merupakan suatu sifat yang ada pada seseorang yang suka melakukan
kerosakan dan keburukan. Seseorang yang melakukan kejahatan selalunya berkelakuan tidak
normal seperti manusia yang lain. Perbuatan jahat boleh didorong oleh keinginan dan kemahuan
bagi menguntungkan diri sendiri.

Di dalam kisah Abu Nawas, terdapat seorang pemungut cukai yang jahat. Rakyat di negara
Sultanpur amat takut terhadap pemungut cukai tersebut. Dia suka memeras ugut dan meminta
rasuah daripada orang ramai. Perbuatannya telah menindas banyak orang terutamanya orang
miskin. Perbuatan ini sememangnya tidak munasabah malah ia juga tidak bermoral.

Salah laku # 2: Malas. Malas merupakan suatu perbuatan yang tidak mahu melakukan sesuatu
walaupun sebenarnya sesorang mempunyai kerja atau hal yang perlu dilakukan. Orang yang malas
lebih suka untuk bersenang-lenang dan sentiasa menangguhkan sesuatu perkerjaan . Perbuatan ini
bukan sahaja boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri, malah kepada orang lain juga.
Perbuatan ini seharusnya dielakkan agar ia tidak menjadi suatu tabiat dalam diri.

Di dalam kisah Abu Nawas, pemungut cukai lama itu bukan sahaja kejam, malah dia juga seoarng
malas. Dia tidak pernah memeriksa buku laporannya sehinggakan bukti pungutan cukai daripada
orang ramai juga tiada. Perbuatan ini telah mendatangkan kesusahan kepada dirinya sendiri apabila
seorang Menteri baharu telah dilantik dan meminta akan buku laporan pungutan cukai. Pemungut
cukai tersebut terpaksa memalsukan buku laporannya namun begitu, perbuatannya telah dikesan
dan akhirnya dia telah dipecat, ditangkap, dan dipaksa untu memakan semua kertas laporan
palsunya.

Salah laku # 3: Mempersendakan. Mempersendakan ialah suatu perlakuan yang menjadikan


sesuatu sebagai bahan untuk diejek atau dipersenda. Ia sesuatu perbuatann negatif yang bertujuan
untuk mempermain-mainkan orang lain serta bagi menjatuhkan maruah orang lain. Kadang-
kadang perbuatan boleh membawa kepada fitnah dan juga masalah yang lebih besar sekiranya ia
berterusan.
Rakyat Sultanpur mulai bercakap dan mempersendakan Abu Nawas atas perbuatannya yang pelik
dan tidak masuk akal. Abu Nawas telah merekodkan hasil pungutan cukainya di atas kepingan roti
setelah selesainya sesuatu pungutan. Perbuatan Abu Nawas telah diejek dan dipersendakan oleh
orang ramai. Sesetengah orang turut beranggapan bahawa Abu Nawas telah hilang kewarasannya
dan ada juga yang menganggapnya sebagai seorang yang bodoh dan pendek akal. Sendaan mereka
sebenarnya merupakan suatu tuduhan yang tidak berasas kerana mereka tidak terlebih dahulu
menyiasat akan motif sebenar Abu Nawas berbuat sedemikian.

Salah laku # 4: Rasuah. Rasuah merupakan suatu jenayah iaitu penerimaan atau pemberian suapan
sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Rasuah boleh terdiri daripada wang, hadiah,
bonus, undi, perkhidmatan, jawatan,dan upah. Perbuatan ini amat tidak bermoral dan boleh
menjatuhkan integriti sesebuah badan atau individu. Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan
mengakibatkan banyak masalah social kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan
sepenuhnya. Maka, kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Walaupun Abu Nawas merupakan seorang yang bijaksana dan cekap, dia turut menerima rasuah
daripada orang kaya. Orang-orang kaya tersebut menyuap Abu Nawas dengan wang bagi
mendapatkan kebenaran Abu Nawas untuk meneruskan perniagaan mereka. Ini menunjukkan
bahawa Abu Nawas merupakan seorang yang pecah amanah dan tidak bertanggungjawab. Dia
tidak seharusnya melakukan jenayah ini kerana dia mempunyai jawatan yang dipandang tinggi
oleh masyarakat. Perbuatan ini boleh menjatuhkan kredibiliti pegawai-pegawai yang lain.

Salah laku # 5: Penipuan. Penipuan adalah sebuah perbuatan memalsukan fakta atau
memutarbelitkan sesuatu hal. Seseorang yang menipu selalunya menipu bagi menyelamatkan diri
atau untuk mendatangkan faedah kepada diri sendiri. Perbuatn menipu boleh menyebabkan sesuatu
perkara menjadi rumit kerana perkara yang sebenar telah diolah. Penipuan boleh berlaku dalam
pelbagai bentuk dan cara.

Di dalam Kisah Abu Nawas, pemungut cukai yang jahat telah menipu Menteri baharu dengan
memalsukan laporan pungutan cukainya. Perbuatan ini dilakukan bagi melepaskan dirinya
daripada ditangkap tidak melakukan tugas dengan baik. Pemungut cukai tersebut telah
bersengkang mata bagi menyiapkan laporan pungutan cukai yang tidak pernah diperiksa atau
dibuat olehnya. Akhirnya, penipuannya terbongkar dan dia telah ditangkap dan dilucutkan
jawatannya.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai