Anda di halaman 1dari 3

 Masyarakat menganggap kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus

terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain.


 Menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada
kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram.
 Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan.
2. Persepsi Masyarakat Tidak Peka dengan Amalan Rasuah

 Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan


asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara.
 Menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan
memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah
dimalukan oleh sesiapa sahaja.
 Kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini
menyebabkan masalah ini menular secara pantas.
3. Penguatkuasaan yang Lemah

 Tindakan mahkamah yang mengenakan hukuman yang dianggap ringan


elah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem
kehakiman kita untuk menangani isu rasuah.
 Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi untuk melakukan
rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil
rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara.
 Kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal
telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada
masyarakat kita.
4. Tangga Gaji yang Rendah

Trending sekarang
Pinjaman Pelajaran MARA 2024: STEP Dalam Negara
ADVERTISEMENT

 Kos sara hidup yang semakin tinggi telah menjadikan pekerja


perkhidmatan awam mengambil keputusan untuk mengambil rasuah.
 Ini merupakan jalan yang singkat bagi mereka untuk memperoleh
pendapatan tambahan.
 Tidak perlu bersusah payah bekerja lebih masa.

Contoh Karangan Rasuah


i) PENDAHULUAN

Rasuah sering dikaitkan dengan istilah makan suap dan konotasi ini
membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat.
Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara, maka semakin rendah
persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara terbabit
untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa
juga turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan
berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa
masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Persoalannya,
apakah faktor yang menjadi penyebab amalan ini berlaku?

ii) ISI 1: MASALAH KETELUSAN SISTEM PENTADBIRAN

Faktor yang menyebabkan gejalan ini berlaku adalah masalah ketelusan


sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masalah
rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang
telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain. Ini
menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada
kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram. Ketiadaan sistem
pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kakitangan awam
yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Ini jelas
membuktikan masalah ini berlaku apabila tiadanya satu ketelusan dalam
sistem pentadbiran awam negara kita.

100 Ribu Berkumpul Di Channel Kami Untuk Dapat Info Semasa 2024.
Join Sekarang!

iii) ISI 2: PERSEPSI MASYARAKAT TIDAK PEKA DENGAN AMALAN


RASUAH

Selain itu, masalah rasuah berlaku akibat sikap masyarakat yang tidak
peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan
masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam
kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini.
Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan
mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan
yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya
pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan
masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita.

Trending sekarang
iv) ISI 3: PENGUATKUASAAN YANG LEMAH

Amalan rasuah juga berlaku akibat penguatkuasaan undang-undang yang


dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita. Tindakan
mahkamah yang mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada
pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil
oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap
keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang
ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk
mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih
mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari
penjara. Kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang
setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu
pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

v) ISI 4: TANGGA GAJI YANG RENDAH

Tangga gaji pekerja sektor awam yang rendah juga mendorong berlakunya
amalan rasuah di dalam negara. Kos sara hidup yang semakin tinggi telah
menjadikan pekerja perkhidmatan awam mengambil keputusan untuk
mengambil rasuah yang ditawarkan kepada mereka. Ini merupakan jalan
yang singkat bagi mereka untuk memperoleh pendapatan tambahan tanpa
perlu bersusah payah bekerja lebih masa. Ini membuktikan gaji bulanan
yang terlalu rendah telah menjadikan pekerja sektor awam sasaran utama
amalan rasuah untuk berlaku dengan mudah.
ADVERTISEMENT

vi) PENUTUP
ADVERTISEMENT

Masyarakat umum perlu sentiasa diingatkan supaya tidak terjebak dengan


amalan rasuah. Pemberi dan penerima rasuah wajar dihukum dengan
hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada orang ramai. Ini bagi
memastikan amalan rasuah dapat terus dibendung dan meningkatkan
integriti dalam negara.

Anda mungkin juga menyukai