Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN:

Tonggak kemajuan kesenian bermula dari satu titik dan terbentuknya satu garisan.
Perkembangan yang tidak pernah terhenti diteruskan sehingga mencetuskan satu rupa yang
membolehkan manusia menyampaikan mesej tertentu. Intelektual dan keberanian dalam diri
masyarakat menjadi para artis untuk terus meneroka dalam dunia kesenian. Maka dengan
itu, lahirnya pelbagai jenis karya seni dengan kepelbagaian teknik yang mewujudkan makna
tersirat dan nilai estetika tersendiri.

LUKISAN:

Secara amnya, lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni
yang dilakukan bagi meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media
kering. Lukisan juga dikategorikan sebagai lanjutan daripada kegiatan melakar yang
dilakukan secara spontan. Hal ini desebabkan lukisan juga dikenali sebagai proses awal
atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan,
cetakan, seni grafik, arca, kolaj dan montaj. Sebagaimana, perkataan lukisan dalam bahasa
Inggeris ialah Drawing merupakan gabungan hasil dua bahasa iaitu German dan Latin
yang mana perkataan to draw berasal daripada perkataan old English iaitu dragan
membawa makna to drag dan aktiviti yang berhubung dengan tubuh badan.
Diperkukuhkan lagi definisi lukisan yang dinyatakan dalam Kamus Online English, lukisan
merupakann persembahan grafik daripada garis-garis objek atau idea melalui media kering.
Tambahnya lagi, lukisan juga merupakan lakaran, plan atau reka bentuk yang dihasilkan
daripada pen, pensil atau krayon. Kesimpulannya, lukisan merupakan satu lakaran imej
yang dipersembahkan pada satu permukaan dengan menggunakan media kering bagi
membawa naratif tersendiri.

Selain daripada itu, lukisan juga dikaitan dengan pengalaman yang istemewa kepada
seseorang pelukis. Erti kata lain, gambaran yang deterjemahkan adalah gerak minda dan
hati untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Sebagaimana, sejarah kewujudan seni
dapat dilihat dengan hasil karya yang ditemui di dalam gua. Setiap lakaran yang
dipersembahkan adalah intepretasi pengalaman atau pengamatiannya pada ketika itu.
Lakaran-lakaran tersebut telah terbukti menjadi satu dokumentasi serta bukti kepada
generasi kini untuk dijadikan panduan dan rujukan terhadap perkembangan kehidupan
manusia. Bukan itu sahaja, hal tersebut dapat dibuktikan lagi dengan sebuah lukisan
bertajuk Unforgettable Fire hasil karya Yusuko Yagamata pada tahun 1945,
menggambarkan peristiwa pengeboman bandar Hiroshima. Justeru itu, lukisan digariskan
sebagai coretan-coretan yang digambarkan oleh setiap pelukis melalui pengamatan dan
pengalaman yang disekitarnya.

Sememangnya, setiap lukisan yang dihasilkan membawa makna dan tujuan yang
tertentu. Sepertimana, lukisan membantu dalam merakam setiap peristiwa seterusnya
menyampaikan mesej atau naratif tertentu. Hal tersebut telah diperkukuhkan lagi oleh Betti
dan Sale, (1997), menyatakan lukisan juga menjadi tujuan penyelidikan, kajian serta alat
komunikasi idea bagi memperoleh yang terbaik. Setiap lakaran dan olahan yang dihasilkan
adalah cetusan idea yang kreatif daripada pelukis untuk representasikan suatu karya. Susun
atur komposisi yang dititikberatkan menjadi satu fokus kepada pelukis agar mesej dapat
disampaikan dengan baik. Maka dengan itu, teknik-teknik yang diperkenalkan dalam
pelbagai jenis lukisan diaplikasi oleh setiap pelukis. Teknik lukisan ditentukan dan digunakan
mengikut kesesuaian terhadap jenis-jenis lukisan. Antara jenis lukisan yang diklasifikasikan
adalah lukisan figuratif, lukisan kajian, lukisan teknikal, lukisan konseptual, lukisan artistik
dan lukisan ilustrasi. Jenis-jenis lukisan tersebut telah diklasifikasi mengikut ciri-ciri tertentu.

LUKISAN KAJIAN:

Lukisan kajian merupakan satu lukisan yang dihasilkan bertujuan mengkaji sesuatu
objek. Ketelitian terhadap bahagian-bahagian bagi sesuatu objek dikaji secara teleti dan
lebih mendalam seperti struktur, garisan, jalinan, cahaya dan bentuknya. Kemudian, kajian
diteruskan dengan menghasilkan satu rekaan corak tekstil yang mana lukisan tidak lagi
tertumpu ke arah meniru objek. Malah pengubahsuain objek menjadi satu motif. Ciri-ciri asal
objek digubah dengan kaedah pengulangan, herotan, pecahan dan campuran bagi
membentuk satu motif yang lebih terperinci. Oleh itu, pada kebiasaannya lukisan jenis ini
lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ketelitian pada
subjek dikaji secara terperinci sama ada dari segi jalinan, cahaya dan strukturnya.
TEKNIK LUKISAN

HATCHIN
G

CROSS-
TITIK HATCHIN
G

TEKNI
SCUMBLI K SIGRAFIT
NG LUKIS TO

AN

CONTEN FROTTAG
GAN E

CAMPUR
AN

FIGURATIF

Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau
binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif
adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat
bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Untuk mencapai kemahiran
melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat
pemerhatian dan satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah melukis
dengan menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.
NON-FIGURATIF

Non-figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau
bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya. Sebagai contoh, gaya abstrak yang
hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Lukisan bentuk non-figuratif
(abstrak) ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang di alam.

Teknik titik merupakan penggunaan titik-titik kecil untuk menampakkan bentuk, jalinan
dan rupa subjek yang dilukis. Ia juga sesuai untuk penggunaan media pen, pensel dan
pastel.

Teknik hatching (hachure dalam Bahasa Perancis) adalah teknik lukisan dan karya
grafik yang digunakan untuk memberikan kesan warna atau bayangan dengan
membuat garis-garis atau lorekan selari.

Teknik cross hatching merupakan penyilangan antara dua atau lebih garisan. Teknik
ini mendalamkan nilai ton yang kuat dan penghasilan bayang-bayang. Ia juga
mengkaryakan tekstur dengan kepelbagaian pada tahap bergantung kepada sudut dan
ruang yang perspektif serta sifatnya yang kasar.

Teknik sgraffito merupakan penggunaan objek keras atau tajam seperti palette knife
untuk mendedahkan warna dibawahnya. Ia juga boleh digunakan dalam lukisan pastel
minyak (oil pastel/krayon) dan pastel lembut (soft pastel).
Teknik frottage atau gosokan merupakan satu proses pemindahan reka bentuk/corak
dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas
permukaan yang hendak dipindahkan.

Teknik campuran merupakan penggunaan campuran media seperti pensel, pen, pastel
dan warna air atau campuran teknik yang digabungkan dalam satu karya.

Teknik contengan merupakan ton warna di mana pengkarya menghasilkannya secara


spontan serta menggunakan garisan pelbagai arah.

Teknik scumbling merupakan lapisan warna yang berlapis-lapis. Teknik ini


menimbulkan pelbagai kesan seperti jalinan dan kesan warna pada sesuatu permukaan
yang dilukis.

Anda mungkin juga menyukai