Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Definisi Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang rata atau absrak. Catan dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan

mengaplikasikan warna ke atas permukaan. Satu ciptaan gambar yang berwarna. Catan ialah latihan mengaplikasi pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasi warna basah ke atas permukaan 2D. Satu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna. 2.0 Alat, Media dan Bahan

Penggunaan alat, media, bahan dan teknik dalam menghasilkan catan adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan. Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang dihasilkan. Terdapat berbagai jenis alatan dan bahan untuk mewarna di pasaran sekarang. Sebelum membeli peralatan warna yang terdapat di pasaran dan bahan-bahan lain yang hendak digunakan semasa proses pembelajaran, pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul. Berikut ialah di antara contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan:

Pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna Berbagai jenis berus Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera Palet atau bekas pembancuh warna Botol untuk mengisi air Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding Surat khabar

Catan adalah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahan-bahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat 1

membantu seseorang pelukis menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau kanvas. Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik. Jadual 1 adalah contoh beberapa jenis warna yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan: Jadual 1:Beberapa Jenis Warna Digunakan untuk Menghasilkan Catan. Bahan Bahantara Penguat 1.Warna Poster Air Pengilat larut air Sifat-sifat Bersifat legap dan tebal Boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air Sesuai di permukaan kertas Bersifat lutsinar,lembut Bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis Sesuai di permukaan kertas. Bersifat lutsinar dan legap Cepat kering Kesan seperti cat air dan cat minyak Kalis air dan minyak Dihasilkan di permukaan kanvas Bersifat legap dan tebal Lambat kering Hanya sesuai untuk permukaan kanvas Bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air Sesuai di 2

2.Warna air Air Gam arab 3.Cat Akrikil Air / Minyak Plastik cecair warna putih 4.Cat Minyak Turpertine Minyak linsid

5.Cat tempera Air Kuning telur

6.Cat gouache Air Gam Arab

7.Fresko

Kapur plaster

Air atau air kapur

permukaan kanvas Bersifat lutsinar dan legap Cepat kering Sesuai di permukaan kertas Bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster yang lembab. Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural.

3.0 Catan Budaya Islam Seni Islam berlandaskan kepada ketuhanan Tiada lain Tuhan melainkan Allah. Aktiviti seni harus mempunyai ikatan dan pertalian dengan Al Tawhid. Kesenian Islam berkonsep bahawa tiada yang kekal melainkan Allah Maha Pencipta dan ciptaan manusia bersifat sementara dan ciptaan berbentuk kebendaan adalah bersifat sementara yang paling tidak kekal. Seni dalam Islam seharusnya berupa sesuatu ciptaan yang dapat mendekatkan insan dengan Penciptanya (Allah). Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian safhah al-Quran yang dihiasai dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabes dengan pilihan warna emas. Tambahan pula, seni lukis islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung. Seorang seniman muslim harus melukis dan membentuk sesuatu yang tidak bernyawa. Manakala seniman muslim melukis makhluk yang bernyawa ia haram disisi agama Islam. Tetapi agamannya menggalakan atau memberi keizinan untuk melukis makhluk yang bernyawa kerana keperluan yang diiktiraf seperti pendidikan. Dalam karya Islam gambar foto tidak termasuk dalam lukisan tetapi mestilah memenuhi syarat iaitu menutup aurat sekiranya untuk umum.

Berikut adalah contoh-contoh karya.

4.0 Catan Budaya Malaysia

Era perkembangan seni catan Malaysia bermula pada tahun 1930. Pelukis cat air Pulau Pinang menjadi perintis catan moden Malaysia. Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, Kao Ju Ping, Khaw Sia dan Tay Hooi Keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni moden melalui konsep pembuatan, iaitu penyerapan pengaruh penjajahan terhadap seni yang bertemakan pemandangan alam tempatan dan aktiviti harian melalui media cat air. Sapuan berus basah digabungkan dengan ciri impresionis, cenderung merakamkan kesan cahaya dan bayang yang transperensi kelam di samping menggunakan warna yang harmoni dan bertindan. Antara karya yang menonjol pada era ini termasuklah pemandangan di tepi sungai, kawasan lombong dan dalam hutan serta tepi pantai yang dirakamkan oleh Abdullah ariff. Setelah lahirnya seni cat air Pulau Pinang, seni nanyang yang dipelopori oleh pelukis cina mula berkembang di Singapura. 4

Nanyang bermaksud golongan pelukis yang berasal dari China dan berhijrah ke asia tenggara pada awal tahun 1938. Pelukis ini kebanyakkan mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap gaya seni cina dan barat menerusi pendidikan formal seni lukis di China dan telah menubuhkan akademi seni halus nanyang di Singapura. Kebanyakkan pelukis nanyang seperti Cheong Soo Peing dan Chen Wen Itsi yang menghasilkan karya kombinasi stail barat seperti impresionisme, post-impresionisme, fauvisme dan kubisme di samping teknik kaligrafi cina yang spontan dan ekonomi dengan stail horizontal dan monumental. Contoh karya perkampungan nelayan dilukis di atas rice paper oleh Cheong Soo Peing.

Contoh Karya Catan Malaysia

5.0 Catan Budaya India Sekitar 40 tahun lalu, lukisan 'maniture' telah menjadi popular di India dan Barat iaitu dikalangan pengumpul lukisan dan artis. Ini berdasarkan mutu dan hasil kerja yang bagus dimana adunan warna yang menarik selain dari aspek kepelbagaian gaya dan tema yang unik. Sebahagian kecil pakar seni lukisan 'maniture' ini telah menjadi ikutan dan telah berjaya menghasilkan lakaran yang bermutu. Tambahan pula, lukisan atau lakaran dapat menggambarkan keperibadian pelukis dan boleh menterjemahkan apa yang terdapat didalam minda dan imaginasi pelukis. Dan lukisan India tidak menggambarkan emosi pelukis melalui lukisan wajah atau muka, tetapi ia amat menitik beratkan postur dan gesture subjek tersebut.

Contoh Karya Catan India

6.0 Catan Budaya Cina Catan ladskap Cina kebanyakkan menerangkan kepercayaan mereka bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti oleh setiap pelukis Cina. Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti Sung kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam kedua-dua Dinasti ini. Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan Barat. Kebanyakan catan mengambarkan keindahan panorama alam semula jadi. Catan yang dihasilkan mempunyai falsafah dan sajak yang menyampaikan perasaan hati pengkarya. Ciri-ciri yang terdapat dalam catan adalah seperti tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara harmoni dan terjemah falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras (keseimbangan kekuatan dan kelemahan). Yin adalah gunung, kuda hitam, ayam jantan dan Yang pula kabus, air, awan, bunga, lembah.

Contoh Karya Catan Cina

7.0 Catan Budaya Barat

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah - kisah keagamaan. Media yang digunakan ialah seperti mozek dan fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18. Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi. Kesenian barat mengutamakan keagamaan dan pemujaan dalam penghasilan karya pada zaman dahulu untuk menyebarkan agama kristian. Pada zaman berikutnya mereka menghasilkan karya berasaskan pemandangan alam semulajadi dan figura manusia. Kesenian di barat sentiasa berubah-ubah mengikut aliran. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi. Antara alirannya adalah seperti berikut.

Klasik Seni Pop Barroque

Surealisme ALIRANALIRAN SENI CATAN DI BARAT Kubisme Impressionisme Romanticisme

Ekspressionisme

PostImpressionisme

Rajah 1 : Aliran-aliran Seni Catan Barat

7.1 Aliran Klasik

Aliran ini lahir pada zaman Rnaissance iaitu zaman kelahiran semula. Dalam aliran ini figura sebagai pemusatan tumpuan karya. Pelukis memberi tumpuan kepada kadar banding dan anatomi semasa menghasilkan karya dan mereka menggunakan perspektif, ruang dan unsur seni. Karya-karya pada zaman ini mendapat perhatian daripada golongan bangsawan dan hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Contoh Catan Aliran Klasik

Leonardo Da Vinci

Michalengelo

7.2 Aliran Barroque

Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi Barroque membawa maksud mutiara yang tidk sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek.

Contoh Catan Aliran Barroque

Rembrandt Van Rijn

7.3 Aliran Romanticisme

Istilah Romanticisme telah wujud pada pertenghan abad ke-18. Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian, keharmonian, kecintaan dan hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura. Selain itu, gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothick iaitu gaya zaman klasik. Dalam karya ini penggunaan garisan luar yang terang dan tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan, kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam, suram dan kelam. Warna itu

menggambarkan kesengsaraan, kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

10

Contoh Catan Aliran Romanticisme

Eugene Delacroix

7.4 Aliran Impressionisme

Karya aliran ini menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Penggunaan warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas secara bertindih-tindih. Karyanya tidaka dilukis secara teliti atau detail. Tetapi ia mementingkan keserasian warna atau cahaya serta watak-watak alam. Pengahsilan karya aliran ini mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang dan malam. Aliran ini condong kepada aliran

naturlisme. Palitan warna spontan tentang apa yang hendak dilukis oleh pelukis.

Contoh Catan Aliran Impressionisme

Claude Monet

11

7.5 Aliran Post - Impressionisme

Mencipta bentuk bukan meniru dan ia lebih kepada realiti. Penghasilan karya bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. Pelukis melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat dan karya ini sebagai peryataan dan symbol diri. Penggunaan perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. Penggunaan warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis. Contoh Catan Aliran Post Impressionisme

George Seurat

Paul Cezanne

7.6 Aliran Ekspressionisme

Aliran ini telah menolakkan ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Aliran ini kjuga menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang dramatik dan karya aliran ini tidak ada penggunaan imej yang jelas. Pelukis menggunakan kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

12

Contoh Catan Aliran Ekspressionisme

Wassily Assily

Jackson Pollock

7.7 Aliran Kubisme

Menolak tradisi catan yang mementingkan objek reality. Mengganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3=dimensi dalam ruang 2-dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Penggunaan warna dalam karya aliran ini adalah bertenaga.

Contoh Catan Aliran Kubisme

Pablo Picasso

Marcel Duchamp 13

7.8 Aliran Surealisme

Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan seakan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantumcantumkan.

Contoh Catan Aliran Surealisme

Salvador Dali

7.9 Aliran Seni Pop

Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi Kotaraya New York dan Londan. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan popularity. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realisr. Ciri-ciri yang penting dalam karya pop ialah warna yang terang pada permukaan yang berbanding besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

14

Contoh Catan Aliran Seni Pop

Andy Warhol

8.0 Catan Budaya Jepun

Seni Jepun telah bermula pada zaman 10 milenium sebelum masihi

lagi. Menurut

sejarah, Jepun telah mengalami pencerobohan idea baru dan asing seperti China dan dalam tempoh yang lama,mereka meniru gaya dan kurang berhubungan dengan dunia luar.

Seniman Jepun tidak karya

China secara

langsung, mereka mencampurkan menjadikannya karya tempoh

mereka dengan gaya

citarasa Jepun dan

mereka sendiri.

Secara umum, lukisan Jepun dalam

pemerintahan Muromachi merangkumi penekanan terhadap ruang, dan boleh dijadikan satu bentuk penceritaan. Dalam tempoh pemerintahan seterusnya iaitu Momoyama (1573-1603), gaya tradisional lukisan pemandangan dikembangkan, yang sering dihasilkan pada skrin (lukisan besar) yang memenuhi setiap bilik di negara itu. Selama tempoh pemerintahan Edo (1603-1867), gaya lukisan yang baru telah muncul di mana seluruh bahagian dicat dengan berlatarbelakangkan daun emas, menghasilkan kesan seperti konsep keagamaan pada Abad Pertengahan Barat. Kebanyakan catan Jepun mempamerkan design figura dan geometri. Penggunaan garisan halus yang dibuat dengan lebih jelas untuk menampakkan lagi subjek matter. Konsep pencahayaan digunakan untuk membezakan penggunaan warna pada subjek dalam catan. Kebanyakkan catan menggunakan warna monokrom dan tertier. Terdapat pengaruh Belanda melahirkan aliran realism dan naturalism dalam seni catan Jepun seperti

15

Maruyama Okiyo (1733-95) ada juga yang kekal dengan aliran tradisional seperti Tawaiyo Samatsu. Contoh Karya Catan Jepun

16

9.0 Perbandingan Catan Daripada Budaya India Dan Budaya China

The Consecration Of Mahavira

Gambar Pemandangan

Perbezaan Antara Catan Catan India menceritakan mengenai perihal Catan China Corak catan lebih kepada gambar pemandangan seperti gunung-

masyarakat sendiri. Catan India kebanyakannya flat dan mendatar. Tidak menggunakan banyak ton. Perkembangan empayar lukisan mengikut Aliran

ganang, batu-batuan dan salji. Elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti

gunung tinggi yang dipenuhi pokokpokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik.

pemerintahan.

lukisan seperti lukisan Mughal, dan Lukisan Pahari, lukisan Rajpur. Motif catan berdasarkan situasi

Catan China menggunakan berus sepenuhnya. Berus buluh dicelup kedalam dakwat cina yang cair untuk melukis. Penelitian dilakukan dalam catan. Setiap maksud digambarkan dengan jelas melalui catan yang dilukis. Catan juga berkaitan dengan ceritacerita metos atau tentang dewa17

sekeliling. Biasanya seperti burung, pokok,haiwan, dan potret pembesar, perihal kehidupan masyarakat serta apa sahaja yang terlintas di fikiran. Catan dilukis atas kertas dan

biasanya belah kertas.

menggunakan kedua-dua kerana kekurangan

kertas

Makna dan ekspresi sesuatu catan tidak ditonjolkan melalui ekspresi pada wajah subjek. Tapi penceritaan adalah melalui pergerakan dan aksi subjek dalam catan. Penggunaan warna pada catan India biasanya ialah menggunakan warna yang menampilkan keghairahan

dewa. Terdapat makna atau sajak ditepi catan. Menggunakan konsep yin dan yang dalam menghasilkan karya. Catan China mempunyai maksud yang tersirat atau falsafahnya yang tersendiri contohnya awan cerah

seperti merah dan jingga.

melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana

kemuraman.

Persamaan Antara Catan Catan India Catan India biasanya lebih kepada keagamaan Catan berunsurkan tradisional kaum. Catan India tidak meniru alam secara realisme. Catan China Catan China dihasilkan untuk tujuan keagamaan berdasarkan beberapa prinsip dan proses alam semesta. Terdapat juga catan yang

berunsurkan tradisional kaum. Catan China tidak meniru alam

secara realisme.

18

10.0 Refleksi Bersyukur kepada tuhan kerana dengan izin dan kurnia saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan pada masanya. Di dalam menyiapkan tugsan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah terpaksa hadapi. Namun dengan berkat berketukunan dan kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan berbincang bersama pensyarah Pn Sunizah Binti Haji Ali sebagai tempat rujukan.

Tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya untuk menjadi seorang guru Sekolah Rendah yang cemerlang dimasa hadapan. Hal ini kerana di awal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa mencari buku yang sesuai mengenai kesenian catan pelbagai budaya seperti budaya Islam, Malaysia, India, Cina, Barat dan Jepun. Namun dengan usaha yang dilakukan saya berjaya menemui nota dan langkah-langkah untuk menyempurnakan tugasan ini. Dengan adanya tugasan sebegini pada semester ini, ia telah dapat menambahkan pengetahuan baru dan berguna kepada saya untuk menduduki peperiksaan yang bakal tiba pada bulan Oktober.

Selain itu, semasa membuat pencarian nota, saya dapat mengetahui dan memahami tentang konsep, falsafah, nilai, motif dan sebagainya tentang catan pelbagai budaya. Dengan adanya pengtahuan dan pemahaman yang berguna ini, saya dapat melakarkan beberapa lakaran berkenaan catan yang berasaskan pelbagai budaya. Oleh itu, saya dapat dalam menghasilkan sebuah catan budaya India dengan jayanya. Saya menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk mewarna dan juga menggunakan mix media dalam catan tersebut.

Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah penilai kami selama ini iaitu Pn. Sunizah Binti Haji Ali, walaupun interaksi kami di dalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah dan guru pelatih masing-masing menggalas tanggungjawab yang berbezaan sibuk dengan tugas masing-masing. 19

Namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seni didalam pendidikan dimana kombinasi tiga elemen iaitu seni muzik, seni lukis dan seni gerakan saya yakin dan percaya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan bekesan.

Akhir kalam, saya berharap pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disipakan oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan. Sekian, terima kasih.

-------------------------------------------(KALAI SELVANA/L PERIASAMY)

20

11.0 Rujukan

www.flickr.com/photos www.art.com/japanese art/ calligraphy.htm http://raudhaha.blogspot.com/2009/07/seni-lukis-islam.html http://www.scribd.com/doc/49079023/SENI-UKIR-DAN-SENI-LUKIS-MENURUT-PERSPEKTIFISLAM-BERDASAKAN-AL#download http://jejakmihrabmimbar.com/category/galeri/page/2/ http://senipasuruan.blogspot.com/2010/06/anwar-sanusi.html

21

Anda mungkin juga menyukai