Anda di halaman 1dari 54

APLIKASI KEMAHIRAN

DALAM PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
PEMBELAJARAN BERASASKAN
TEORI OF CONSTRAINT (TOC)
Pengenalan

- Theory of Constraints (TOC) adalah


salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif daripada
perspektif guru dan murid.
- Teknik ini dapat menghidupkan
pengajaran dan pembelajaran sejarah
sekaligus meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran ini.
APAKAH TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah berdasar pemikiran
yang logik dan sistematik.
Teknik ini adalah sebagai satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid.
Rumusan kepada apa yang dimaksudkan
dengan TOC adalah sebagaimana berikut;
TOC UNTUK PEMBELAJARAN
Satu Teknik Pengajaran danPembelajaran
Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah

Pemikiran logik Cara sistematik

Pemikiran kritis dan


Mudah dan konkrit
kreatif

Sesuai untuk semua


peringkat pelajar
KELEBIHAN TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam
pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru
berupaya;
-mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran.
-menyelesaikan masalah dengan berkesan.
-membuat keputusan secara bertanggungjawab
dan bersama.
-berkomunikasi dengan baik dan
-memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran
dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran iaitu;
kemahiran berfikir secara kritis
kemahiran berfikir secara kreatif
kemahiran generik
APLIKASI TOC DALAM
PENDIDIKAN
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh
diaplikasikan menerusi;
kandungan kurikulum.
pengajaran dan pembelajaran konsep.
membuat keputusan berkaitan dengan
permasalahan pembelajaran.
perancangan strategik untuk mencapai
matlamat.
CONTOH CADANGAN KAEDAH
PENGGUNAAN TEKNIK TOC DALAM
PENDIDIKAN ADALAH
SEBAGAIMANA BERIKUT;

Sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara


watak membuat keputusan).
Kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah
laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran
(kemahiran berfikir dan perancangan strategik).
TEKNIK DALAM TOC
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran sejarah, terdapat
tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;
Teknik Awan ( The Cloud )
Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving)
TEKNIK AWAN ( THE CLOUD )
Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea,
situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan
kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin
berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu
pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan
dua pihak.
Aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam

melaksanakan teknik awan dalam pengajaran dan


pembelajaran sejarah ialah;
Kehendak (dua kehendak yang salin bertentangan
yang mewujudkan konflik).
Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan
kehendak).
Anggapan (penentu kepada cara untuk
memenuhi keperluan yang berdasarkan
kehendak).
Matlamat bersama (matlamat yang hendak
dicapai berdasarkan
keperluan).
Penyelesaian Win-Win ( penyelesaian yang
dibuat supaya keduadua keperluan dan
matlamat bersama berjaya dicapai).
TEKNIK SEBAB DAN AKIBAT
(LOGIC BRANCH)

Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu


tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan
kesan-kesan berikutnya. Murid mampu
menerangkan urutan perkara-perkara penting
dengan cara hubungan yang logik. Murid juga
mampu mengenalpasti hubungan sebab dan
akibat dengan cara yang berfokus menerusi
permulaan tindakan yang berentet-rentet.
Penekanan yang perlu diberikan ketika
melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
sejarah termasuklah;
Memahami teks atau maklumat yang diberikan.
Mengenal pasti objektif pengajaran dan
pembelajaran (what to learn).
Menentukan titik tolak atau permulaan
peristiwa (the begining event).
Mengenalpasti perkara-perkara penting yang
terkandung dalam teks.
Menyusun perkara-perkara tersebut mengikut
turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa.
Mengemukakan maklumat yang menyokong
perkara-perkara penting (anggapan antara sebab
dan akibat) yang memperkembangkan
higher-order thinking.
TEKNIK PENYELESAIAN
MASALAH (PROBLEM SOLVING)
Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik
pengajaran yang bertujuan untuk memberi
peluang dan ruang kepada pelajar lebih
produktif dan bertukar pandangan dalam usaha
untuk menyelesaikan persoalan yang
dikemukakan kepada mereka.
Teknik ini boleh digunakan bagi merancang
langkah-langkah dengan sistematik secara
kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi
cabaran ke arah pencapaian matlamat yang
telah ditetapkan.
Matlamat tidak akan dapat dicapai jika cabaran-
cabaran yang menghalang pencapaian matlamat
tidak diatasi terlebih dahulu.
Dari itu langkah-langkah yang dikemukakan
adalah langkah-langkah yang mampu mengatasi
cabaran.
Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah;

- membolehkan murid bertanggungjawab


ketika mengemukakan langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran ke arah
pencapaian matlamat.
- membina semangat berpasukan untuk
mencapai matlamat melalui motivasi
kemahiran perancangan strategik yang
melibatkan persetujuan ahli pasukan.
PEMBELAJARAN AKTIF
Pengenalan
Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak
zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan.
Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan

kepentingan pembelajaran aktif.


Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran

dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini.


Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke

pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.
Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi

mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk


melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.
APAKAH SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN
DENGAN PEMBELAJARAN AKTIF?
Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan
di mana murid berinteraksi dengan bahan
pengajaran.
Murid melakukan sesuatu yang termasuk
mengenali, memproses and mengaplikasi
informasi (nilai) yang diterima.
Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran
aktif berasal daripada dua andaian: (1)
pembelajaran pada hakikatnya adalah satu
aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan
mempunyai cara belajar yang berbeza.
Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila
murid diberikan peluang untuk berinteraktif
dengan apa yang dipelajari.
Ini sebenarnya menggalakkan mereka
memahami dan mengembangkan pengetahuan
dan bukan menerima pengetahuan secara pasif.
Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru
mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat
penyampai ilmu sahaja.
BAGAIMANAKAH MENYERAP PEMBELAJARAN AKTIF
DALAM PENGAJARAN ANDA?

Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh


digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid
memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka
berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian
berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.
Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk
sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan kepada
isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit
untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun
lisan: Apakah perkara yang paling penting yang kamu
pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham?
Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan
mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan
memberikan kamu feedback/maklum balas tentang
pemahaman murid.
Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang
melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu perbincangan.
Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input
daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.
Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral
mudah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan
murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan,
permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya
boleh digunakan.
Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan
bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan
kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk
menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan
koperatif menghendaki semua ahli kumpulan
bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberikan.
Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas
efektif yang boleh menggalakkan murid
memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.
Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang
menerangkan apa berlaku dalam sesuatu
masyarakat, keluarga, sekolah atau individu
akan menggalakkan murid mengintegrasikan
pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah
dengan pengetahuan kehidupan sebenar,
tindakan dan akibat sesuatu tindakan.
APAKAH CIRI-CIRI PEMBELAJARAN AKTIF?

Arahan berpusatkan murid


Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu
dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral
merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap
latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan
pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
Komuniti diskusi
Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and
bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid,
murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang
untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui
interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran
menyeronokkan dan memotivasikan murid.
Refleksi
Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid
perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas
maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui
kolaborasi dengan murid dan guru yang akan
membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke
tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid
terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan
memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan
inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan
pelbagai cara.
Berkongsi tanggungjawab dalam proses
pembelajaran
Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid
bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri.
Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut
dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan
berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.
Kesalahan sebagai perkakas untuk
pembelajaran
Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah
satu komponen konflik kognitif dan perkembangan.
Ianya merupakan langkah semula jadi untuk
pemahaman yang baru. Apabila kesalahan
dipandang daripada perspektif positif, murid tidak
akan takut membuat kesalahan atau mengambil
risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.
Penilaian autentik

Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui


pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif,
tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi
bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan
penilaian rakan sebaya membantu murid menilai
pengetahuan dan pemahaman murid yang
menjadikan pengajaran lebih bermakna.
Peranan guru sebagai fasilitator
Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang
guru yang kreatif akan membantu
mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru
akan menjadi fasilitator yang membantu murid
menyelesaikan masalah dan membawa makna
kepada pengajarannya daripada hanya setakat
menyampaikan ilmu.
Menggunakan masalah autentik

Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes


adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif.
Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan
sebenar yang tidak mempunyai satu cara
penyelesaian yang mutlak, murid perlu
menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR

Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan


moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan
dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan

membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam


pembelajaran mereka.
Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis

panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau


melaksanakan aktiviti kolaborasi.
Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan

memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea,


melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat.
Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada

jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid


semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUALISME
Matlamat:
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru

memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan


kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
Objektif:
Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :
Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan

kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam


proses pengajaran dan pembelajaran.
Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara

kontekstual.
Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual

dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.


Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan

pendekatan kontekstual.
APAKAH PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara
konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan
minds-on.
Pembelajaran Secara Kontekstual

- Pembelajaran hanya berlaku apabila murid


dapat memproses maklumat atau pengetahuan

baru dengan cara yang bermakna dalam


rangka minda mereka.
KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH
MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

Jenis murid :- Kumpulan sederhana


Ciri murid :- cenderung kepada aplikasi konsep
terdorong melalui aktiviti hands-on
tidak yakin mempelajari matematik dan
sains secara abstrak
Lokasi :- sekolah-sekolah menengah teknik dan
vokasional
sekolah-sekolah menengah harian
MENGAPAKAH PENDEKATAN
KONTEKSTUAL PERLU DALAM
PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN?

Individu mengekalkan maklumat dengan


lebih berkesan melalui pengalaman
sendiri.
Individu memiliki pelbagai jenis
kecerdasan.
Pembelajaran kontekstual mengambil

kira pelbagai gaya pembelajaran.


FAEDAH PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
MURID
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
Boleh menguasai perkara abstrak melalui
pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama
GURU

Dapat menjadikan pengajaran


sebagai satu pengalaman yang
berjaya.
Dapat mengaitkan prinsip-prinsip
mata pelajaran dengan dunia
pekerjaan.
Dapat menjadi penghubung antara
pihak akademik dan vokasional
atau industri.
INDUSTRI
Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula secara berkesan
mengikut keperluan.
Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai rakan kongsi
PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan

kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan

penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan

bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

(McBrien & Brandt,1997)

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan

pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan

pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia

wujud. (Briner,M.,1999)
BERDASARKAN KEPADA PANDANGAN-PANDANGAN DI
ATAS MAKA PENGERTIAN PEMBELAJARAN SECARA
KONSTRUKTIVISME BOLEHLAH DIRUMUSKAN
SEBAGAI YANG BERIKUT:

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa


murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.
KONSEP UMUM
Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang
sudah ada. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya
membina sendiri pengetahuan mereka.
Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri
melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru.
Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina
pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan
informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.
Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan
dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.
Ciri ciri pembelajaran
konstruktivisme

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

sebagai panduan merancang pengajaran.

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.

Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

Menyokong pembelajaran secara koperatif.

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
PERANAN MURID
Murid mengemukakan soalan-soalan dan isu,
kemudian secara individu mereka membuat analisis
dan menjawab soalan-soalan itu.
Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama
mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid mengubah
atau mengukuhkan idea-idea mereka.
Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat
untuk membuat ramalan.
Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk
menguji hipotesis mereka terutamanya melalui
perbincangan dalam kumpulan.
Murid menggunakan data dan bahan-bahan
fizikal, manipulatif atau interaktif untuk
menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan.
PERANAN GURU
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai

pandangan mereka.

Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.

Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada

kehidupan mereka.

Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya

dalam bentuk ujian bertulis.

Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk

penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat

hipotesis.
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.

Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan

bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.

Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan

setelah soalan dikemukakan.

Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan

antara idea-idea yang telah dijanakan.

Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan

tertentu.

Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.


Kemahiran berfikir
secara kritis dan
kreatif
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan
dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dialami
TUJUAN KBKK
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir

secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru,

kabur dan sempit.


meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya

perkembangan intelek mereka

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi

pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah,

membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti,

serta berani memberi pandangan dan kritik


PEMIKIRAN SECARA KRITIS

keupayaan dan kecekapan yang ada pada minda untuk membuat


keputusan yang wajar berkenaan sesuatu idea, menilai logiknya
sesuatu perkara, meneliti kebernasan dan membuat pertimbangan
yang wajar berdasarkan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong lagi
keputusan yang telah dibuat.

Menurut Mohd Micheal Abdullah; pemikiran kritis ialah


membincangkan bagaimana untuk menimbangkan iaitu samada baik
atau buruk terhadap sesuatu perkara dengan teliti dan menggunakan
fakta samada benar atau salah dan susunan hujah sama ada sah atau
batal.
CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA KRITIS
Membanding dan Membeza
Membuat Kategori
Meneliti Bahagian Kecil & Keseluruhan
Membuat Sekuens
Menerangkan Sebab
Membuat Ramalan
Mengusul Periksa Andaian
Membuat Inferens
Mengesahkan Sumber Maklumat
PEMIKIRAN SECARA KREATIF
kecekapan menggunakan minda untuk:

a) menjana danmenghasilkan idea.

b) mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa


dan bernilai sama ada bersifat maujud,abstrak,
idea atau gagasan.

c) menerokai dan mencari makna ,


pemahamandan penyelesaian masalah
seacara inovatif.
Menurut Samsu Yaacub; 1993, pemikiran kreatif
membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik
untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya
imaginasi, inovasi dan kreativiti individu.
CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA KREATIF
Menjana Kemungkinan Idea

Mencipta analogi - kenyataan yang dicipta

daripada perbandingan antara satu perkara

dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri

persamaan dan perbezaan untuk menyatakan

maksud tertentu.
Mencipta metafora - sejenis bahasa figuratif
yang dicipta untuk menyatakan makna
sesuatuperkara dengan menggunakan kata lain.
-Tamat-

Disediakan oleh,
Nanthini,
Lavanya,
Vikneshwary,
Kalaiharisi,
Shara.

Anda mungkin juga menyukai