Anda di halaman 1dari 19

SKEMA DAN PANDUAN PEMERIKSAAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017


BAHASA MELAYU 1

SOALAN BAHAGIAN A
1. Format penulisan ulasan : T - menepati tugasan

I - idea relevan, huraian jelas

B - gramatis dari segi kata dan ayat

2. Calon diminta menulis karangan yang panjangnya 200 patah perkataan ke atas.
3. Calon boleh menulis lebih daripada 250 patah perkataan.
4. Sekiranya calon menulis kurang daripada 200 patah perkataan – rujuk kriteria dalam
peraturan pemarkahan.
5. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan idea-idea yang diberikan dalam soalan.
6. Jika huraian idea jelas, menarik dan matang dengan tiga idea – calon layak
mendapat peringkat cemerlang.
7. Sekiranya calon menggunakan satu atau dua sahaja idea daripada soalan dan
ditambah dengan idea sendiri – calon layak mendapat peringkat cemerlang.
8. Calon yang hanya menghuraikan dua idea sahaja – semak seperti biasa dan rujuk
kriteria dalam peraturan pemarkahan.
9. Calon yang tidak menghuraikan mana-mana idea yang diberikan dalam soalan
tetapi mengemukakan idea sendiri – diterima dan markah maksimum peringkat
Memuaskan.
10. Pada akhir karangan pelajar, pemeriksa perlu menulis peringkat dan markah calon.

Contoh,
Cemerlang - 26

1
Soalan 1

Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya yang


dapat menjamin masa hadapan mereka.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Format : Tiada
Tugasan Soalan
1. Calon mesti menjelaskan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.
2. Sekiranya calon menghurai pelbagai kerjaya tanpa menyentuh faktor-faktor kerjaya
tersebut dipilih, markah di peringkat kurang memuaskan.
3. Sekiranya calon menghuraikan faktor pemilihan pelbagai kerjaya - terima.

Soalan 2

Facebook, Instagram dan WeChat merupakan antara media sosial yang kini
menjadi keperluan dalam kehidupan remaja

Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-
anak.
Format : Tiada
1. Calon perlu menghuraikan/menjelaskan peranan ibu bapa dalam mengawal
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Calon perlu menyatakan
contoh media sosial seperti Facebook, Instagram dan WeChat dalam karangan.

2. Calon menghuraikan/menjelaskan peranan ibu bapa secara umum sahaja dan tidak
mengaitkan kawalan penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Markah calon
peringkat memuaskan.

3. Calon memasukkan peranan ibu bapa dan ahli keluarga lain. Karangan calon
dianggap masih menepati tugasan. Markah calon peringkat memuaskan.

4. Calon memasukkan peranan ahli keluarga yang lain seperti abang, kakak, datuk
atau nenek tanpa menulis peranan ibu bapa. Karangan calon dianggap kurang
menepati tugasan. Markah calon peringkat kurang memuaskan.

Soalan 3

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Ulaskan pernyataan tersebut


Format : Tiada
Tugasan Soalan:
1. Calon dapat mengulas kebaikan berjimat-cermat - terima.
2. Sekiranya calon menulis cara-cara/langkah-langkah/ berjimat cermat pelbagai
pihak - terima

2
3. Sekiranya calon mengulas kebaikan berjimat-cermat serta menerangkan cara-
cara/langkah-langkah/ berjimat cermat berkaitan diri sendiri sahaja. - terima

Soalan 4

Filem-filem Barat telah memberikan pelbagai pengaruh terhadap kehidupan


masyarakat sejagat.
Huraikan pengaruh yang diterima oleh masyarakat sebagai akibat kemasukan filem-filem
dari Barat ke negara mereka.
Format : Tiada
Kehendak Tugasan

1. Calon perlu menulis kesan positif dan kesan negatif filem-filem Barat
terhadap masyarakat sesebuah negara. - Terima
2. Calon menulis pengaruh kesan positif sahaja filem-filem Barat . – Terima
3. Calon menulis pengaruh kesan negatif sahaja filem-filem Barat . – Terima
4. Calon menulis pengaruh kesan positif dan kesan negatif filem-filem tempatan .
Markah calon peringkat kurang memuaskan.

Soalan 5
Peribahasa bagai lebah menghimpun madu bermaksud seseorang yang sangat rajin.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Kehendak soalan

1. Calon dikehendaki menulis sebuah cerita yang menepati maksud peribahasa yang
diberi. Markah calon peringkat Cemerlang.
2. Cadangan isi untuk menulis cerita mestilah menepati keperluan seperti mempunyai
permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian.
3. Cerita yang ditulis mestilah mengandungi nilai murni dan pengajaran yang dapat
dijadikan teladan.
4. Calon menulis usaha-usaha yang menunjukkan kerajinan tetapi bukan dalam bentuk
cerita. Markah calon peringkat Memuaskan.
5. Sekiranya calon menulis cerita secara naratif. Markah calon peringkat Memuaskan

3
Bahagian A
(30 markah)
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 26–30 - menepati tema bahan rangsangan


(28 – 30) - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
(26 – 27) - penggunaan tanda baca betul dan tepat
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi dan
menggunakan ungkapan yang menarik
- idea relevan, huraian jelas dan matang

Kepujian 20–25 - menepati tema bahan rangsangan


(23 – 25) - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
(20 – 22) - penggunaan tanda baca betul dan tepat
- penggunaan kosa kata luas
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi
- idea relevan, huraian jelas

Memuaskan 15–19 - masih menepati tema bahan rangsangan


(17 – 19) - bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat
(15 – 16) - penggunaan tanda baca masih betul dan tepat
- penggunaan kosa kata umum
- wacana masih lengkap, unsur bahasa masih
bervariasi
- idea masih relevan, huraian masih jelas

Kurang 10 -14 - masih/kurang menepati tema bahan rangsangan


Memuaskan (12 – 14) - bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat
(10 – 11) - kesalahan tatabahasa/ejaan ketara
- penggunaan kosa kata terhad
- wacana kurang lengkap, unsur bahasa kurang
bervariasi
- idea masih/kurang relevan, huraian
masih/kurang jelas

Pencapaian 01–09 - murid tidak menunjukkan penguasaan kemahiran-murid tidak menunjukk


Minimum (06 – 09) menulis menulis
(01 – 05) - murid tidak memahami tema bahan rangsangan
- idea tidak menepati tema bahan rangsangan

Catatan : - Tiada pemotongan markah bagi setiap kesalahan ejaan

- Calon digalakkan menggunakan ungkapan menarik (peribahasa,


kata-kata hikmat, petikan hadis, slogan, petikan ucapan, pantun,
maksud al-Quran dan sebagainya)

4
Bahagian B
Perincian Pemarkahan
Cara Pemeriksaan :

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria


yang ditetapkan
2. Jika karangan :a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa
b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir
karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah


4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum
ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan
yang berulang
5. Cara menanda kesalahan isi , ejaan dan tanda baca :

( ) = Kesalahan isi

_______ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

/ = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

Bahagian B : Karangan Respons Terbuka


(100 markah)
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


CEMERLANG 80 – 100 - penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
(90 – 100) tepat
(80 – 89) - penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang, disertakan dengan
contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa

5
KEPUJIAN 66–79 - penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
(73 – 79) - penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
(66 – 72) tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang, disertakan dengan
contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa
BAIK 51–65 - penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
(58 -65) - penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi
(51 – 57) terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan kosa kata umum
- laras bahasa sesuai mengikut tugasan
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
masih jelas dan contoh masih sesuai
- wacana masih lengkap
- penggunaan unsur bahasa masih bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan
MEMUASKAN 36–50 - penggunaan pelbagai jenis kata terhad
(43 – 50) - ayat kurang gramatis
(36 – 42) - ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat
kesalahan
yang minimum
- laras bahasa kurang sesuai
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
kurang jelas dan contoh kurang sesuai
- wacana masih/kurang lengkap
- penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan

KURANG 21–35 - penggunaan kata kurang tepat


MEMUASKAN (28 – 35) - ayat tidak gramatis tetapi masih difahami
(21 – 27) - terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea masih relevan/idea bercampur aduk dan huraian
tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai
- pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang
- Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah
6
PENCAPAIAN 01–20 - keseluruhan karangan menunjukkan penggunaan
MINIMUM (11 – 20) kata dan ayat yang tidak gramatis
(01 – 10) - kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak
berkembang dan contoh tidak sesuai
- pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang dan tidak sesuai
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik
- keseluruhan karangan sukar/tidak difahami

SKEMA DAN PANDUAN PEMERIKSAAN TAMAT

7
1

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i) Panduan mengira perkataan:


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / 2

Kesimpulan
Jumlah markah 20

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


2

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan Markah

Petikan ini membincangkan manfaat/kebaikan/faedah pelaburan

kepada masyarakat di negara kita/ di Malaysia. 2


Rumusan ini membincangkan manfaat/kebaikan/faedah pelaburan

kepada masyarakat serta usaha-usaha menggalakkan masyarakat


membuat pelaburan. 2
Petikan/Rumusan ini membincangkan manfaat/kebaikan/faedah

pelaburan kepada masyarakat. 1


Petikan ini membincangkan kepentingan pelaburan

kepada masyarakat. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]


Kepentingan pelaburan kepada masyarakat:
1. Rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau
infrastruktur yang selesa yang telah disediakan. 2
2. Menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia
tua bagi masyarakat hari ini. 2
3. Mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu. 2
4. Dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam
kalangan masyarakat. 2
5. Mampu mengurangkan bebanan kewangan dalam
menampung kos perbelanjaan pendidikan anak-anak. 2
6. Dapat mengatasi kenaikan harga barang. 2
7. Dapat mengurangkan bebanan kewangan rakyat. 2
8. Dapat memberikan pendedahan teknologi makumat
komunikasi terkini kepada masyarakat. 2
9. Mengatasi kemelesetan ekonomi serta dapat meningkatkan
taraf hidup rakyat memberikan pendedahan teknologi makumat
komunikasi terkini kepada masyarakat. 2
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

Usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan: Markah


1. Ibu bapa memberi pendedahan awal tentang faedah melabur
kepada anak-anak. 2
2. Pihak kerajaan mengadakan pelbagai pameran/kempen
tentang aktiviti pelaburan. 2
3. Pihak sekolah menganjurkan pelbagai program/aktiviti berkaitan faedah
pelaburan. 2
4. Pertubuhan-pertubuhan tertentu(Permodalan nasional berhad/
bank negara) bekerjasama dengan pihak sekolah mengadakan
siri jelajah menerangkan faedah pelaburan kepada para pelajar. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


3

Penutup
1. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
menggalakkan masyarakat melakukan pelaburan agar/supaya
ekonomi negara akan terus bekembang. 2
2. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam

menggalakkan masyarakat melakukan pelaburan agar/supaya dapat membentuk


masyarakat yang berjimat cermat. 2
3. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam

menggalakkan masyarakat melakukan pelaburan. 1

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

18 – 20 9–10  Kesinambungan isi baik.

Baik 15 – 17 7–9  Struktur ayat / tatabahasa baik


 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul
12 – 14 6–7  Kesinambungan isi masih baik

Sederhana 8 – 11 4–6  Struktur ayat / tatabahasa masih


memuaskan.
 Kosa kata masih memuaskan
 Tanda bacaan / ejaan juga
memuaskan
Lemah 1–7 1–4  Pada keseluruhannya dalam serba

kekurangan / tidak memuaskan

Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau pun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak
dipotong.
[Markah bahasa maksimum: 10 markah]
1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT
4

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:


Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
Gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis
- Jawapan tidak tepat/salah 0
2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat 0
Gramatis
3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


5

Soalan 2 (a)– Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata menimbulkan keresahan


- Mendatangkan/membangkitkan kegusaran/kebimbangan 2
- Menimbulkan kegusaran/keresahan 1
- Mendatangkan/membangkitkan keresahan 0

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Kesan negatif : ( isi cukup – 2 )


- Dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial
- Peningkatan kadar jenayah
- Menjejaskan imej negara di mata dunia
[Maksimum : 3 markah]

(iii) Peranan pihak kerajaan : ( isi cukup – 3 )


- Pihak kerajaan mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah.
- Pihak kerajaan mengadakan kempen/ceramah di institusi pengajian tinggi.
- Pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab
mengadakan siri jelajah terutama di kawasan luar bandar.
- Memudahkan syarat kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pelaburan.
- Pihak kerajaan bersama-sama dengan pihak bank menyediakan kemudahan
pinjaman kepada generasi muda untuk melabur.

[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Drama


(i)
 menganggap program PLKN hanyalah membuang masa dan tenaga
 tidak mahu bersusah payah.
 beranggapan Program PLKN tidak mendatangkan faedah.
 pada pendapatnya, program ini hanyalah sesuai untuk golongan miskin sahaja,
sedangkan bapanya seorang yang kaya.
[maksimum: 2 markah]

(ii)
 menyertai setiap program yang dianjurkan oleh kerajaan.
 berusaha untuk meningkatkan ketrampilan diri dan membina disiplin diri.
 mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang akhirnya akan
menjadi beban kepada negara.
 mengelakkan persengketaan
 memupuk perpaduan antara kaum
 tidak terlibat dengan gejala negatif yang boleh menjatuhkan imej negara.
[maksimum: 3 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


6

(iii) Perwatakan yang terdapat dalam petikan ialah :


 Seorang yang sombong; Aiman datang daripada keluarga yang berada dan
mengatakan bahawa PLKN hanya untuk golongan miskin sahaja, sedangkan
bapanya adalah orang kaya.

Perwatakan dalam keseluruhan drama ialah :


 Seorang yang agresif; Aiman menentang keras dan tidak berpuas hati atas pemilihan
namanya sebagai pelatih baharu PLKN. Berharap ayahnya dapat membantunya
untuk pengecualian menjadi peserta PLKN.
 seorang yang tidak hormat akan orang tua; Contohnya dia menggunakan kata-kata
yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah, pembantu rumahnya.
 Seorang yang sedar akan kesilapan dan inginkan perubahan; Contohnya; Aiman
sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi
memupuk sikap berdikari.
[maksimum: 4 markah]

SOALAN 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional


(i) Maksud rangkai kata ‘jangan kemakanan matanya’
- supaya tidak tumpul
[maksimum: 2 markah]

(ii) Tun Perak memberikan beberapa peringatan kepada Seri Amerta iaitu :
- Menjaga pedang sebilah itu baik-baik
- Pedang itu jangan diberi berkarat
- Pedang itu jangan tumpul matanya
[maksimum: 3 markah]

(iii) Pada pendapat saya, Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka
untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka kerana
- Mereka akan melawan musuh dengan sepenuh hati/ bersungguh-sungguh
- Mereka akan berasa senang hati apabila anak dan isteri berada dekat dengan
mereka
- Mereka dapat menjaga keselamatan anak dan isteri mereka di samping
berkhidmat untuk Negara
ATAU
Pada pendapat saya, Tun Perak tidak wajar menyuruh orang Kelang datang ke
Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka kerana

- Mereka tidak dapat fokus terhadap peperangan yang berlangsung


- Anak dan isteri mereka berhadapan dengan risiko kecederaan/ kematian
- Keselamatan anak dan isteri mereka akan terancam apabila diketahui oleh
musuh
[maksimum: 3 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


7

Soalan 2 (d) - Puisi

(i) - kesetiaannya terhadap sultan masih diragukan.


- banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu menyebabkan masyarakat
tidak pasti sama ada Tuah benar-benar memiliki ciri-ciri kepahlawanan
[Maksimum : 2 Markah]

(ii) - bijaksana dalam mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah


- Memiliki prinsip hidup yang tinggi
- Tetap pendirian dan tidak mudah terpengaruh
[Maksimum : 3 Markah]

(iii) Nilai-nilai murni dalam sajak


- Rasional - Pemimpin yang berwibawa dan bijak dapat menguruskan sebuah
negara atau organisasi dengan baik. [1+1]

- Kasih sayang – Rakyat yang cinta akan keamanan dan keharmonian akan
berbaik-baik bagi memastikan kehidupan mereka makmur dan bahagia.
[1+1]
- Keadilan- Prinsip keadilan perlu ditegakkan bagi mengelakkan berlakunya
kezaliman. [1+1]

- Bekerjasama- Perpaduan harus diusahakan bersama-sama agar rakyat di


dalam sesebuah negara dapat hidup dengan aman damai dan sejahtera.
[1+1]
[Maksimum : 4 Markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


8

Peraturan Pemarkahan Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Soalan 3
Markah penuh dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)


1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada keseluruhan
soalan
3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3 (a) – Bina ayat


(i) corat-coret - garis-garis yang tidak menentu/gambar yang berupa garis-garis atau coret
saja/tulisan atau karangan yang dibuat dengan serba ringkas

(ii) kusut-masai - sangat kusut

(iii) remeh-temeh - (hal-hal yang) remeh, menjadikan remeh-temeh.

(iv) remuk-redam - hancur menjadi kecil-kecil/ hancur berkecai.

(v) mundar-mandir - berulang alik/berjalan pergi balik

(vi) lentang-lentung - bunyi kuat seperti bunyi tin dipukul berulang-ulang/bunyi berdentang-
dentang.

[Maksimum : 6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


9

Jawapan 3 (b) Menukar Ayat – Ayat Aktif kepada Ayat Pasif


(i) Pengedar dadah itu telah berjaya diberkas oleh polis dengan bantuan orang ramai.

(ii) - Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak untuk membanteras


penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak telah dilancarkan oleh kerajaan
- Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak telah dilancarkan oleh kerajaan
untuk membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak

(iii) - Ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu telah saya duduki pada
awal bulan lalu.
- Ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu pada awal bulan lalu
telah saya duduki.
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan


(i) Ejaan: tradisi Imbuhan: keunikan
(ii) Ejaan: himpit Imbuhan: menjadi

(iii) Ejaan: tose Imbuhan: merasai

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa


(i) Tatabahasa: dalam kalangan Istilah/kata: membimbangkan
(ii) Tatabahasa: saya lakukan istilah/kata: tetapi

(iii) Tatabahasa: lintang-pukang Istilah/kata: disergah

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e) Peribahasa


(i) - berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

(ii) ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

(iii) seperti kacang melupakan kulitnya

[Maksimum : 6 markah]
1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT
10

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan Pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 2 markah untuk setiap isi yang lengkap/jelas.
iv. Beri satu markah untuk satu isi yang kurang jelas/lengkap
v. Markah isi maksimum 4 markah
vi. Markah bahasa maksimum 3 markah
vii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
ix. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum: 7 markah ]

Soalan 4(b)

i. Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari


ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 1 markah untuk setiap pernyataan yang lengkap.
iv. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang lengkap/jelas.
v. Beri 1 markah untuk huraian/contoh yang kurang lengkap.
vi. Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel ).
vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Sederhana : 1 markah
ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa
x. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum: 8 markah ]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


11

Soalan 4(a) – Pengajaran


Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeliling kita supaya
masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.

2. Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat manfaatkan
manusia sejagat.

3. Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati hidup
yang aman.

4. Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala


masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama
ini.

5. Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia
dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
(Pengajaran dan contoh lain yang sesuai diterima)

Novel Songket Berbenang Emas

1. Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.


2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan.
3. Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.
4. Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
5. Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.

(Pengajaran dan contoh lain yang sesuai diterima)

Soalan 4(b) – Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi


Novel Jendela Menghadap Jalan
 Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

 Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya
menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut
ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-
pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang
menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

 Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya.
Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


12

menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada
pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

 Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian


konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada
penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang
dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada
bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

Novel Songket Berbenang Emas


 Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

 Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk
terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara
penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek
Kiah

 Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari
rumah ke sekolah.

 Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil
perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat
rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya .
Cara penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar
dan tabah menghadapi dugaan Tuhan.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Anda mungkin juga menyukai