Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK MENULIS KARANGAN PENGAJIAN AM

TEKNIK MENULIS KARANGAN (Masa Dicadangkan 30-35 minit)


PERINGKAT-PERINGKAT MENULIS KARANGAN
Panduan Umum
1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan
tentang tajuk karangan yang hendak dipilih.
2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah
pengetahuan calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan.
3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan
yang boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak.
4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang
diperkatakan secara mendalam.
5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar
dan logik.
6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai
dengan keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan.
Peringkat 1: Menganalisis Kehendak Soalan.
1. Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang
amat penting supaya isi-isi dan pendekatan yang dikemukakan nanti tidak
menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi.
2. Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak
mematuhi kehendak soalan.
3. Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu
para calon menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan.
4. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis
kehendak soalan ialah;
a. Bentuk Soalan - Tertutup atau Terbuka.
i. Terbuka - Soalan berada dihadapan ayat.
Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara
maya melalui aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace,
Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini
mewujudkan pelbagai implikasi. Jelaskan kebaikan dan keburukan

jaringan komuniti maya.


(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)
ii. Tertutup - Soalan berada dibelakang ayat.
Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara
maya melalui aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace,
Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini
memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh membawa
impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan?
(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)
b. Isu - apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu
soalan akan menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.
c. Fokus Soalan - merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama
ada satu fokus atau dua fokus.
d. Skema - asas skema hanya ada 2 iaitu 5+0 dan 3A+2B@2A+3B.,
1+1+2@1+2+1@2+1+1 tetapi ini hanyalah pecahan daripada skema asas
tadi. Skema 5+0 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema
3A+2B@2A+3B bermakna ada dua fokus soalan.
Peringkat 2: Menyenaraikan Idea Utama.
1. Dalam karangan pengajian am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5
markah) dan setiap idea diiringi dengan 3 idea sampingan berbentuk
huraian, huraian lanjutan, contoh dan ulasan atau penegasan idea. (5IU x
3H=12H = 15 markah)
2. Bagaimanapun, pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa
banyak idea yang berkaitan dengan kehendak soalan. (lebih daripada 4)

Peringkat 3: Mengasingkan Idea Idea Utama dan Idea Sampingan


4. Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia

merupakan satu perkara pokok yang besar dan boleh berdiri sendiri.
5. Idea sampingan ialah tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi
secara langsung dengan idea utama dan ia merupakan perkara-perkara
kecil yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok.
6. Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea
utama betul. Idea utama yang salah tidak akan diberikan markah huraian
walaupun huraian betul.
7. Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak
menjawab kehendak soalan.
8. Idea sampingan perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujahhujah yang menyokong idea utama.
9. Idea sampingan ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan
pernyataannya.
10. Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.
Peringkat 4: Menyediakan Rangka karangan.
1. Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis
panduan kepada calon-calon semasa proses mengarang.
2. Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:
a. Calon-calon dapat menentukan isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah
karangan.
b. Calon-calon akan menentukan urutan isi yang disusun mengikut
keutamaan.
c. Calon dapat memastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.
d. Calon dapat merangka pendahuluan dan penutup karangan yang
bersesuaian dengan isi karangan.
Peringkat 5: Menulis Karangan
1. Proses penulisan dijalankan setelah rangka karangan disediakan dengan
jelas dan teratur.
2. Proses penulisan ini akan terlaksana dengan baik dan lancara apabila
kesemua empat peringkat di atas diikuti dengan sempurna dan berkesan.
3. Pada peringkat ini, calon perlu sentiasa ingat "saya menjawab soalan"
untuk memastikan karangan tidak terkeluar daripada tajuk.
Peringkat 6: Menyemak Karangan

1. Setiap karangan yang ditulis hendaklah disemak semula oleh calon


dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan-kesalahan yang tidak
disedari.
2. Kesalahan ini boleh melibatkan aspek tatabahasa yang terdiri daripada
ejaan, tanda baca, perkataan, mahupun struktur ayat.
3. Setiap kesalahan yang dikesan hendaklah diperbetul dengan jelas.
Nota: Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi
tiga bahagian; Pendahuluan, Isi dan Penutup. (Perengan 1: Pendahuluan,
perenggan 2-6: Isi dan perenggan 7: Penutup).

Panduan Menulis Esei

Bahagian C

25 MARKAH

PRAPENULISAN :
1. 1. Memilih Soalan/Tajuk (Penting !!!) (2 minit)
1. a. Baca setiap soalan dengan teliti.
2. b. Pilih soalan yang sesuai dan mudah/senang.

dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat isi

telah dibuat/diajar.

pemahaman, pengetahuan dan keupayaan untuk mengembangkan


isi.

1. 2. Menganalisis Soalan/Tajuk (2 minit)

Mengenal pasti kata kunci soalan.

ISU

Apa isu ? Konsep, istilah dsb seperti jenayah juvana, vandalisme, lebuh raya. (yang
akan disentuh dari awal hingga akhir esei.)

Skop isu ? Lokaliti tempatan (masyarakat / negara) atau global (antara bangsa)

MAKLUMAT ; tunggal atau majmuk


FOKUS

Kehendak / Tugasan soalan ? Bentuk /Arahan soalan dan format jawapan.

Tugasan

Contoh Soalan

1. Satu kehendak

Faktor

2. Dua kehendak

Faktor dan kesan

1. 3. Merangka isi (3 minit)

Kepentingan :
a. Mengelak kebuntuan idea semasa menulis.
b. Penyusunan isi mengikut keutamaan.
c. Mengelakkan pengulangan isi.
PENULISAN ( 30 minit )

Pemerincian
Pemerengganan

Penjalinan penanda wacana

Penggunaan bahasa/Penataan laras bahasa

Pengolahan

ESEI (25 MARKAH)


Perenggan 1

(2 3 ayat)

Pendahuluan

Isu utama

30 patah kata Ulas isu (ubah suai soalan)


Jangan masuk isi
Kehendak soalan
Perenggan 2
5

(5 7 ayat)

Perenggan isi 1, 2, Idea .. betul @ salah ?


3 dan 4
{tahu}

Idea / Ayat isi

70 patah kata Huraian


Fakta / Contoh
Ayat penegas isi*
Perenggan 6

(2 3 ayat)

Penutup

Kembali kepada isu

30 patah kata Rumus isi


Harapan / komentar /
amaran

Huraian . Jelas @ tidak


jelas?
{analogi dan gambar}
Apa? Kenapa ?
Bagaimana?

A. Menulis pendahuluan
Fungsi dan kepentingan :
1. Komponen karangan yang harus ditulis dengan menarik berkesan
untuk merangsang impression pemeriksa/ berfungsi sebagai
denak.
2. Item utama yang menjadi asas penilaian. Kedudukannya seperti
wajah/muka kepada seseorang.
3. Kebulatan/kemantapan karangan terungkap pada peranggan
pendahuluan.
4. Pendahuluan berfungsi untuk membayangkan perkara/isi yang akan
dihuraikan seterusnya.

Cara atau langkah penulisan pendahuluan; * Rujuk contoh


1. Perlu menyentuh isu yang diperkatakan secara umum.
2. Jangan sesekali menulis isi dalam perenggan pendahuluan.
3. Seelok-eloknya, kehendak soalan terungkap pada ayat terakhir
perenggan pendahuluan.

B. Menulis perenggan isi.


Kepentingan Perenggan Isi
1. Fokus terpenting dalam sesebuah karangan
2. Bahagian terbesar (80 %) dan utama dalam penulisan.
3. Konsep isi dan penyampaian merupakan unsur yang terpenting
4. Aspek pemerincian, pemerengganan, penjalinan, penataan laras
bahasa,dan pengolahan akan tergambar dalam perenggan isi.

Cara Menulis Perenggan Isi * rujuk contoh


1. Ayat judul / ayat isi.
1. a. Kehendak soalan + isi karangan
2. b. Tepat, jelas, padat, konkrit
3. c. Jangan gabungkan dengan huraian dan contoh.
1. Pengembangan isi.
1. Huraian, bahasan, fakta, contoh, data
2. 4W + 1H; Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana?

3. Ayat penegas isi.


1.

(rujuk ayat judul)

4. Penanda wacana.
Fungsi /
Menyatakan
Maksud

Contoh Penanda Wacana

Tambahan
daripada apa-apa
yang telah
dikatakan
sebelumnya.

selain itu, di samping itu, tambahan pula,


kemudian, lagi pula, pertama, akhirnya,
sehubungan dengan itu, sehubungan
dengan hal itu, dalam pada itu, kemudian.

Perlawanan atau
sebaliknya, sebenarnya, biarpun, biarpun
kontras terhadap begitu, walaupun, walau bagaimanapun,
apa-apa yang telah walaupun begitu, walaupun demikian,
dikatakan
namun begitu, namun demikian,
sebelumnya.
sungguhpun, meskipun, akan tetapi, pada
hal.
Sebab-musabab
terhadap apa-apa
yang dikatakan
sebelumnya.

maka, jadi, akibatnya, lantaran itu, oleh


sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian,
dengan demikian, namun demikian,
berhubung dengan ini, hasilnya.

Ringkasan atau
kesimpulan
terhadap apa-apa
yang telah
dikatakan
sebelumnya.

ringkasnya, jadi, dengan perkataan lain,


pendek kata, dengan kata lain, secara
ringkasnya, pendeknya, kesimpulannya,
sebagai kesimpulan, akhirnya.

Penjelasan
terhadap apa-apa
yang telah
dikatakan
sebelumnya.

jelasnya, lebih tepatnya, tampaknya,


sesungguhnya

Masa

kemudian, selanjutnya, selepas itu, pada


waktu itu.

C. Menulis penutup.

Fungsi dan Kepentingan


1. Merumus keseluruhan karangan
2. Pelengkap kepada karangan seperti mana fungsi pendahuluan
3. Sentuhan terakhir dalam penulisan yang akan meninggalkan
bekas kepada pemeriksa.

Cara Menulis Perenggan Penutup* rujuk contoh


1. 1. Penanda wacana
2. 2. Kembali kepada isu/tema/tajuk
3. 3. Mengulas isi secara ringkas/merumus isi secara umum.
4. 4. Komentar/Cadangan/Nasihat/Harapan.

PASCAPENULISAN ( 3 minit)
1. 1. Menyemak isi
2. 2. Pengeditan bahasa(ejaan/tanda baca)

Dikirim dalam BAHAGIAN A, BAHAGIAN b, ESEI | Leave a Comment

Soalan Tugasan Bahagian A: Isu Perniagaan Francais


Disember 15, 2009

Soalan Perbincangan dan Latihan Kendiri


Industri francais merupakan dimensi baru dunia perniagaan yang berpotensi di Malaysia.
Bagi menjayakan bidang ini, peranan pelbagai pihak amatlah penting. Huraikan.
Arahan :
1. Dapatkan maklumat tentang tajuk di atas.
2. Buat perbincangan kumpulan:
i. Kenal pasti isu utama.
ii. Nyatakan kehendak tugasan soalan.
iii. Buat rangka isi-isi.

3.Tulis sebuah karangan yang menepati piawai STPM (250 patah perkataan).

Dikirim dalam BAHAGIAN A, ESEI | Leave a Comment

Esei Contoh : Bahagian A (Isu Juvana)


Disember 15, 2009

Contoh esei.
Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita
pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.
Pendahuluan
Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal
ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada
masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan
ini dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)
Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialah masalah keluarga.
Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya konflik penceraian dan pengabaian
terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah
juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah menyebabkan anakanak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah menjadi punca
meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah perkataan)

Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada
peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur
negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial.
Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning,
pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat
disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)
Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui pendidikan agama dan moral. Ibu
bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan
kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan
aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu
diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk
jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan)
Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung gejala juvana.
Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti Kempen Belia
Benci Dadah. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan
program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan
perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan
dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini,
remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah
perkataan).
Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika
faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya mengambil langkah-langkah
mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak
kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan
kepada negara. (46 patah perkataan
Cuba perhatikan contoh penulisan karangan pelajar di bawah.
Punca rasuah di kalangan masyarakat kerana masalah birokrasi. Orang ramai tidak
mengetahui cara-cara berurusan dengan kerajaan dan membayar wang rasuah. Selain itu
sikap tamak kakitangan kerajaan menyebabkan berlakunya amalan rasuah. Oleh itu,
patut jika gaji mereka dinaikkan untuk mengelakkan amalan rasuah.
Komentar saya seperti di bawah.
Pertama: Idea utama ialah birokrasi punca rasuah. Bagaimanapun lihat pula huraian kepada
idea utama ini, berlaku kecelaruan yang menyebabkan keciciran markah. Sepatutnya, semua
huraian mestilah terus menerangkan masalah birokrasi yang menjadi punca kegiatan rasuah.
Kedua
Ayat huraian 1: orang ramai tidak mengetahui cara-cara berurusan dengan kerajaan dan
membayar wang rasuah boleh diterima sebagai huraian.

Ayat huraian 2: Selain itu sikap tamak kakitangan kerajaan menyebabkan berlakunya amalan
rasuah jelas tidak ada kaitan dengan masalah birokrasi. Huraian ini tidak relevan (TR).
Ayat huraian 3: Oleh itu, patut jika gaji mereka dinaikkan untuk mengelakkan amalan rasuah
juga tidak berkaitan dengan masalah birokrasi. Huraian ini membawa maksud cara-cara
mengatasi masalah rasuah.
Akhirnya pelajar dapat mengesan mengapa perenggan jawaban pelajar hanya mendapat dua
markah, bukan empat markah yang sepatutnya. Kalaulah pelajar mengetahui maksud dan
falsafah birokrasi, pasti pelajar itu dapat berfikir huraian yang relevan dengan idea utamanya.
Birokrasi adalah satu proses berperingkat-peringkat yang dilalui untuk menyelesaikan sesuatu
urusan. Tujuan birokrasi ialah mengelakkan penyelewengan dengan adanya pemantauan
beberapa peringkat.
Bagaimanakah contoh peranggan yang sepatutnya? Saya mencadangkan seperti di bawah ini.
Punca rasuah dalam kalangan masyarakat ialah kerenah birokrasi. Orang yang merasa
terganggu dengan birokrasi akan merasuah pegawai untuk mempercepatkan urusannya.
Semakin rumit urusan birokrasi itu, semakin banyaklah wang rasuah dibayar untuk
melepasinya. Sebagai contoh, untuk mendapatkan lesen memandu, seseorang yang
merasakan sukar melepasi ujian literasi dan praktikal tetapi sangat memerlukan lesen
berkenaan, akan merasuah pegawai berkenaan asalkan dirinya memperoleh lesen
memandu yang sah.
Pelajar boleh mengkaji tiga ayat huraian di atas, semuanya berkaitan dengan idea utama
(kerenah birokrasi). Untuk mendapatkan satu perenggan yang mantap memang memerlukan
saya fikir yang agak luar daripada kebiasaan. Namun itulah hasilnya!

Anda mungkin juga menyukai