Anda di halaman 1dari 1

Diantara hadis yang sering dikumandangkan setiap kali hadirnya bulan Ramadhan ialah hadis yang

berbunyi : Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka
Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Ia adalah hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam
Bukhari(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, Kaherah : Dar al-Hadis, jld.4, hlm.140)

Hadis ini menimbulkan kemusykilan di kalangan sesetengah orang, khususnya yang berkaitan
denganpembelengguan syaitan di bulan Ramadhan.Kemusykilan timbul apabila mereka melihat wujudnya
realiti yang seolah-olah menidakkan kenyataan bahawa syaitan dibelenggu pada bulan yang mulia ini.

Hadis di atas memberikan gambaran bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dari segala perlakuan
maksiat manusia dan dosa.Ini kerana, punca manusia membuat angkara dan terjebak ke kancah dosa, iaitu
syaitan, telah dibelenggu dan diikat.

Tetapi, realiti yang berlaku adalah sebaliknya.Maksiat dan kemungkaran masih juga berlaku pada bulan
Ramadhan .Situasi ini, pada sesetengah orang, adalah petanda bahawa syaitan masih bebas bergerak untuk
menggoda dan menghasut manusia, sehingga mereka tergelincir ke lembah dosa.

Hadis Nabi s.a.w membayangkan ketidakwujudan kemungkaran dan maksiat pada bulan Ramadhan, lantaran
puncanya-yakni syaitan-telah diberkas.Sementara realiti yang ada pula mempamerkan hakikat
sebaliknya.Inilah yang mencetuskan kemusykilan.

Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), Karena Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan,
kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyanyang. (Qs.
Yusuf 53)

Anda mungkin juga menyukai