Anda di halaman 1dari 4

Cerita Brownie

Dalam sebuah rumah kecil di tepi sebuah hutan, tinggal sepasang suami isteri yang

miskin bersama dua orang anak mereka; seorang lelaki bernama Tommy dan seorang lagi

perempuan bernama Betty.

Ibu kanak-kanak itu sangat saying kepada mereka. Bagaimanapun, ibu itu selalu juga

berasa tidak senang hati melihat perangai anak-anaknya yang pemalas, pelupa dan pengotor.

Selain daripada itu, mereka juga sangat nakal. Mereka selalu berkejar-kejaran di dalam

rumah sambil bermain dan menjerit-jerit sehingga segala perkakas rumah habis tunggang-

langgang. Pakaian mereka pula sentiasa menjadi kotor.

Mereka sentiasa mementingkan diri sendiri. Asalkan dapat bermain dan bersuka-

sukaan, mereka langsung tidak bertimbang rasa terhadap orang lain.

Pada suatu petang, ibu kanak-kanak itu bercerita kepada mereka. Kata ibu kanak-kanak

itu, beberapa lama dahulu, sebelum Tommy dan Betty ada, rumah itu didiami oleh beberapa

orang Brownie. Keadaan di dalam rumah tersebut pada masa itu sentiasa aman dan damai.

Siapakah Brownie itu, mak? tanya mereka.

Brownie itu ialah peri yang kecil, jawab ibu mereka. Dia datang ke rumah orang

sebelum sesiapa di dalam rumah itu bangun tidur. Sebaik sahaja sampai di rumah itu dia

segera menyapu lantai, menyalakan api, mengambil air, menjerang air dan menyediakan

sarapan pagi.

Dia juga mengemaskan bilik, memotong rumput di kebun, membersihkan kasut dan

sebagainya, tambah ibu mereka lagi. Pendeknya dia membuat segala kerja yang berfaedah,

walaupun tidak ada sesiapa pun pernah berjumpa dengannya kerana dia selalu meninggalkan

rumah sebelum orang di dalam itu bangun daripada tidur.

Tommy dan Betty sangat seronok mendengar cerita itu. Mereka ingin mendapat seorang

Brownie supaya dia selalu datang ke rumah dan menolong ibu bapa mereka membuat segala

kerja. Pada fikiran mereka, jika sudah ada Brownie, tidak payahlah mereka membuat segala

kerja itu lagi.

Mereka pun bertanya kepada ibu mereka bagaimana caranya mereka bolah berjumpa

dengan Brownie. Ibu mereka menyuruh mereka berjumpa dahulu dengan seekor burung hantu

1
yang tinggal di tepi hutan kerana burung hantu itulah yang mengetahui segala perkara tentang

peri-peri itu.

Malam itu, mereka pun pergi ke tepi hutan. Pada mulanya, Tommy berjalan dahulu di

hadapan dengan berani, tetapi apabila jalan itu semakin gelap, langkahnya semakin perlahan.

Bagaimanapun, Betty tetap berkeras hati walaupun dia sendiri agak takut. Dia

memimpin tangan abangnya sambil terus berjalan sehingga akhirnya mereka terdengar bunyi

burung hantu itu.

Mereka terhenti dengan tiba-tiba kerana bunyi burung hantu itu amat menakutkan

mereka. Oleh sebab terlalu takut, pada mulanya mereka ingin lari sekuat hati balik ke rumah.

Sekali lagi Betty berkeras hati. Dia tetap ingin mengetahui siapa Brownie itu. Jadi, dia

memimpin tangan abangnya sambil berdiri tegak di situ. Burung hantu itu terus berbunyi.

Lama-kelamaan mereka tidak berasa takut lagi kerana telah biasa dengan bunyi itu.

Mereka pun berjalan lagi sehingga akhirnya sampai ke pangkal pokok tempat burung

hantu itu hinggap.

Burung Hantu ! Burung Hantu ! Kami datang untuk berjumpa dengan kamu ! seru

Betty.

U-hu-huuu! U-hu-huuu! Baguslah. Panjatlah pokok ini dan mari duduk di sebelah saya di

atas dahan ini! jawab Burung Hantu.

Mereka pun memanjat pokok itu dan duduk di sebelah Burung Hantu di atas dahan.

Mereka menceritakan kesusahan mereka kepadanya. Mereka bercerita bagaimana mereka

terpaksa membuat berbagai-bagai kerja sedangkan mereka ingin bermain.

Kami sudah mendengar cerita tentang peri Brownie yang baik itu. Jadi kami ingin

mendapatkan seorang daripada peri-peri itu untuk tinggal di rumah kami supaya dia boleh

membuat segala pekerjaan itu untuk kami, kata Betty.

U-hu-huu-huuu! Burung Hantu ketawa.Nampaklah kamu paya itu? Pergilah ke tebing

sebelah utaranya ketika bulan mengambang penuh. Pusingkan badan kamu tiga kali di situ

sambil berseru:
Pusingkan saya,
Dan tunjukkan peri-peri;
Saya lihat dalam air,

2
Rupa
Untuk mendapatkan perkataan yang akhir, pandanglah ke permukaan air itu. Di situ

kamu akan nampak seorang Brownie dan namanya ialah perkataan yang kamu pilih untuk

mengisi perkataan akhir dalam rangkap tadi.

Apabila bulan telah mengambang penuh, Betty pun pergi ke tepi sebelah utara paya itu.

Dia memusingkan badannya tiga kali di situ sambil berseru:


Pusingkan saya,
Dan tunjukkan peri-peri;
Saya lihat dalam air,
Rupa
Bagaimanapun, apabila Betty memandang ke permukaan paya itu, dia tidak nampak apa-

apa kecuali bayangnya sendiri.

Dengan hati yang hampa Betty pun balik semula berjumpa dengan Burung Hantu. Dia

menceritakan bahawa dia tidak nampak apa-apa di permukaan paya itu kecuali bayangnya

sendiri.

Jadi kamu tidak nampak sesiapa yang namanya boleh mengisi perkataan akhir rangkap

yang saya berikan itu? tanya Burung Hantu.

Tidak. Saya tidak nampak sesiapa pun, jawab Betty.

Jadi, siapakah yang kamu nampak di permukaan paya itu? tanya Burung Hantu pula.

Saya cuma nampak diri saya sendiri, jawab Betty.

U-hu-huuu! Bukankah saya sendiri sama bunyinya dengan peri dalam rangkap itu?

tanya Burung Hantu dengan gembira.

Betty berfikir seketika. Memang, peri sama bunyinya dengan saya sendiri, fikirnya.

Kemudian dia berkata,Tapi saya bukannya seorang Brownie!

Memang betul, jawab Burung Hantu. Tetapi tiada siapa pun yang boleh menjadi

Brownie kecuali diri kamu sendiri kalau kamu mencubanya. Kamu boleh menyapu lantai dan

menghidupkan api; kamu boleh mengemaskan bilik dan menyediakan sarapan; kamu boleh

membersihkan bilik tidur, mencuci kasut dan melipat pakaian kamu sendiri. Kamu boleh

membuat segala kerja ini sebelum bapa dan ibu kamu bangun tidur, supaya mereka menyangka

peri telah datang ke rumah dan membuat segala kerja itu.

3
Keesokan harinya, Tommy dan Betty keluar senyap-senyap dari bilik mereka sebelum

bapa dan ibu mereka bangun tidur. Mereka menyapu sampah, berkemas, menyedia dan

menghidangkan sarapan, dan kemudian masuk ke bilik mereka semula dengan senyap.

Tidak lama kemudian bapa dan ibu mereka bangun tidur dan keluar dari bilik mereka

untuk membuat segala kerja rumah seperti biasa. Alangkah terperanjatnya mereka apabila

mendapati segala kerja itu sudah selesai. Oleh sebab Tommy dan Betty masih ada dalam bilik

tidur, mereka menyangka peri Brownie benar-benar telah datang ke rumah mereka.

Setiap hari Tommy dan Betty berbuat begitu. Lama-kelamaan mereka semakin rajin dan

bertanggungjawab seperti Brownie.

Setelah beberapa lama kemudian, barulah bapa dan ibu mereka tahu bahawa anak-anak

mereka sendirilah yang menjadi Brownie dan menolong mereka membuat kerja-kerja di rumah

itu !

Anda mungkin juga menyukai