Anda di halaman 1dari 1

Raja Midas dan Sentuhan Emas

Pada zaman dahulu ada seorang raja bernama Raja Midas.


Baginda sangat baik hati. Suatu hari, ketika berjalan-jalan di
taman, baginda ternampak seorang askar tidur di bawah pokok.
Baginda membangunkan askar itu tanpa menghukumnya.
Ketika itu muncul pari-pari sambil berkata, Kamu memang
seorang raja yang baik. Sebutkanlah keinginanmu.
Raja Midas menjawab, Beta berharap segala barang yang
disentuh akan bertukar menjadi emas. Selepas itu, pari-pari
menghayun tongkat saktinya ke tangan baginda. Baginda pun
terus mencuba kuasa ajaibnya. Memang benar kerana semua
benda yang disentuh menjadi emas. Raja Midas sangat
gembira. Tiba-tiba baginda berasa lapar lalu pergi ke meja
makan.
Sebaik sahaja baginda menyentuh makanan, semuanya
bertukar menjadi emas. Baginda mula bimbang. Tiba-tiba
puterinya datang dan memeluk Raja Midas. Puterinya turut
menjadi emas. Raja Midas menyesal dan memanggil pari-pari
itu. Beta tidak mahu lagi kuasa ini! katanya. Maka semuanya
kembali seperti sedia kala. Raja Midas amat gembira kerana
mendapat semula puterinya.
Pengajaran: Walaupaun kekayaan penting, namun tidak dapat
membeli nyawa ataupun tubuh badan yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai