Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Orang Tamak Selalu Rugi Dalam sebuah kampung, tinggal seorang petani yang miskin dan

keluarganya. Mereka tinggal di sebuah teratak buruk. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pada suatu hari, seorang tua telah memberi seekor itik kepadanya. Itik ini bertelur emas. Itik ini hanya bertelur sekali dalam sebulan. Petani initelah menjadi kaya. Sebiji telur sudah cukup untuk merubah hidupnya. Petani ini membeli sebidang tanah dengan telur emas yang pertama. Dia membina sebuah rumah untuk keluarganya. Telur emas kedua digunakan untuk membeli intan permata buat anak dan isterinya. Petani ini amat boros berbelanja. Dua biji telur yang dijualnya tidak dapat menampung segala perbelanjaannya. Dia marah kepada itiknya kerana bertelur emas sekali sebulan sahaja. Rumahnya belum siap dibina. Dia memikirkan bagaimana untuk lebih cepat menjadi kaya. Petani itu mendapat satu akal. Dia mengambil sebilah pisau. Itik itu ditangkap dan dipegangnya. Dia telah bersedia untuk menyembelih itik itu. Dalam perut itik ini tentu ada banyak telur emas,fikir petani itu. Setelah disembelih, petani yang tamak itu sangat menyesal. Dalam perut itik itu tidak ada sebiji pun telur emas.

Anda mungkin juga menyukai