Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS KOMPUTER


DAERAH GOMBAK 2019

1.0 PENDAHULUAN
Panitia Sains Komputer SMK Sungai Pusu akan mengadakan Bengkel Peningkatan
Profesionalisme Guru Sains Komputer Daerah Gombak. Bengkel ini juga akan
mempelawa guru Sains Komputer sekolah-sekolah daerah Gombak yang berminat
sebagai persediaan bagi memantapkan lagi pengajaran bagi subjek ini pada tahun 2019.

2.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran guru subjek dalam
pengajaran khususnya bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data. Di samping itu
program ini dapat meningkatkan keyakinan guru dalam mendidik pelajar yang mengambil
elektif ini terutamanya bagi tajuk bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data.

3.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh/ Hari: 15 dan 16 Januari 2019 / Selasa dan Rabu
Masa : 9.00 – 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer Sebestari, SMK Sungai Pusu
Sasaran : Guru-guru Sains Komputer Daerah Gombak
(Jumlah : 18 orang)

4.0 SUMBER DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


Sumber perbelanjaan adalah dari yuran yang dikenakan bagi setiap peserta.

5.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA


Penasihat : Puan Rohanah binti Abdul Rahim
Pengarah Projek : Puan Norani Binti Wahid
Setiausaha : Puan Zaza Eleydia binti Abd Razak
Bendahari : Puan Suryati Binti Mohd Isa

Ahli Jawatankuasa : Puan Roslizawati binti Ramli


: Puan Najidah binti Ibrahim
: Puan Noor Zarina binti Mohamed Maksum
: Encik Mat Arifin Bin Ramli
: Encik Khairul Nizam bin Isnin
: Puan Syamsuriyanis binti Hamdan
: Puan Krishna Kumari a/p Letchumanan
: Puan Noor Zarina binti Mohamed Maksum

Penceramah : Encik Nor Hisyam bin Omar


Ketua Unit ICT JPN Negeri Sembilan
6.0 ATUR CARA AKTIVITI
8.30 pagi : Ketibaan Peserta dan Sarapan pagi
9.00 pagi : Bengkel bermula
1.00 tengahari : Makan Tengahari
: Solat
2.00 petang : Sambungan Bengkel
4.30 petang : Bersurai

7.0 PENUTUP
Diharapkan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Sains Komputer Daerah Gombak
ini dapat meningkatkan lagi kualiti guru Sains Komputer Daerah Gombak terutamanya
bagi menguasai tajuk yang agak sukar seperti bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data.
Semoga program ini secara tidk langsung dapat meningkatkan pencapaian murid dan
seterusnya memberi kecemerlangan bagi sekolah-sekolah di daerah Gombak terutamnya
dalam subjek Sains Komputer.

Disediakan oleh:

…………………………….….
(Puan Norani Binti Wahid)
Ketua Panitia Sains Komputer

Disemak oleh:

…………………………….….

Disahkankan oleh:

…………………………….….

Anda mungkin juga menyukai