Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal Teknologi Maklumat (ICT) SMK Abdul Jalil Hulu Langat, Selangor Persatuan

Teknologi Maklumat 2011


Latar belakang Mata pelajaran Teknologi Maklumat (ICT) merupakan mata pelajaran elektif di bawah Bidang Teknik dan Vokasional. Persatuan ICT di SMK Abdul Jalil ini amat sedar akan pentingnya teknologi maklumat kepada generasi muda terutama murid di sekolah luar bandar ini ditambah pula mata pelajaran ICT tidak dibuka di sekolah lain yang berhampiran. Maka kami ahli persatuan mengambil kesempatan merancang untuk memperluaskan ilmu yang ada serta kemahiran kami dalam aplikasi komputer dapat menjadikan kami modal insan yang separa mahir dalam bidang ini setelah kami tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti. Jumlah murid yang dijangka mendaftar mata pelajaran ICT tahun 2011 adalah Tingkatan 4C 30 orang Tingkatan 4E 30 orang Tingkatan 5D 30 orang Tingkatan 5G 39 orang Jumlah 129 orang

Jumlah murid yang berdaftar dan aktif dalam Persatuan ICT sepanjang tahun 2010 adalah 120 orang. Maka ahli persatuan menjangkakan jumlah murid yang aktif dalam persatuan ini dapat bertambah dari masa ke masa. Dengan pertambahan keahlian dapat menambahkan lagi buah pemikiran dan kreativiti dalam teknologi semasa ini. Objektif Menaik Taraf Makmal ICT a) Membersihkan kawasan persekitaran makmal agar bersih, menarik dan selamat serta tidak menjadi tempat untuk murid melepak atau lari dari kawasan sekolah. b) Menceriakan makmal ICT supaya ia menjadi suatu tempat sumber ilmu di hujung jari yang selesa dan mesra pengguna terutamanya murid sekolah ini.
1

c) Membaik pulih kerosakan minor di dalam makmal ICT. d) Meningkatkan kerjasama antara ahli persatuan e) Membantu Panitia ICT dalam pertanding pengurusan Makmal ICT di peringkat Daerah Hulu Langat tahun 2011. f) Memperkasakan Makmal ICT sekolah dalam sistem penyampaian maklumat khasnya dan kepada masyarakat setempat amnya.

Perlaksanaan Program Tarikh Masa Tempat : Mulai 30 Disember 2010 (Khamis) hingga 31 Mac 2011 (Khamis) : waktu persatuan : Persekitaran luar Makmal ICT dan dalam Makmal ICT

Rasional 1. Mewujudkan suasana akrab antara ahli persatuan dan guru-guru ICT. 2. Mengasah kreativiti dan sikap keushawanan dalam kalangan ahli persatuan. 3. Bekerjasama dalam meningkatkan kesedaran murid pentingnya teknologi komputer 4. Sokongan dan restu warga SMK Abdul Jalil dalam menjayakan program ICT untuk murid khasnya dan guru amnya. 5. Memperkayakan nila-nilai estatika dalam kalangan murid teknologi maklumat.

Anggaran Kos yang diperlukan: Cat pelbagai warna Almari buku Meja sudut Berus cat Roller cat Sarung tangan 5 liter X 5 tong X RM100 2 buah 2 buah 5 X RM 2.00 2 X RM 15.00 5pasang X RM 2 Jumlah : RM 500.00 RM 1000.00 RM 500.00 RM 10.00 RM 30.00 RM 10.00 RM 2050.00

Sumber Kewangan :
2

Sumbangan 1 botol air mineral 500ml daripada 1murid SMK Abdul Jalil Sumbangan 1 botol air mineral 500ml daripada 1guru SMK Abdul Jalil Anggaran Sumber kewangan : Jumlah murid tingkatan 1 Jumlah murid tingkatan 2 Jumlah murid tingkatan 3 Jumlah murid tingkatan 4 Jumlah murid tingkatan 5 Jumlah keseluruhan murid Jumlah guru Jumlah besar 561 orang 576 orang 534 orang 467 orang 411 orang 2549 orang 150 orang 2699 orang

Sebotol air mineral 500ml dijual dengan harga 80sen 2699 X 80 sen = RM 2159.20 Sekiranya hanya 2000 botol sahaja air mineral yang dapat di kumpulkan 2000 X 80 sen = RM 1600.00 Cara jualan: Jualan akan dibuat oleh ajk Persatuan ICT dan Pengawas ICT di Bilik Guru dan Makmal komputer dan di kiosk Persatuan Ushawan Muda SMK Abdul Jalil.

Anda mungkin juga menyukai