Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PENYELENGGARAAN NETBOOK
1MALAYSIA
1. PENGENALAN

Teknologi komputer hari ini berkembang begitu pesat sekali. Kita dapat lihat
bahawa penggunaan komputer memberikan kesan yang besar dalam setiap
bidang usaha manusia. Teknologi komputer juga membawa kesan yang
amat besar dalam bidang pendidikan. Namun, kebelakangan ini Netbook
1Malaysia yang disumbangkan oleh Suruhanjaya Komunkiasi dan Multimedia
tidak dapat beroperasi dengan baik menyebabkan penggunaannya
merosot dan memberi impak yang amat besar dalam pembelajaran abad ke
21 di sekolah ini. Penyelenggaraan Netbook amat diperlukan agar
pembelajaran abad ke 21 ini dapat berjalan dengan lancar.

2. RASIONAL

Keadaan Netbook 1Malaysia yang mengalami banyak kerosakan dan perlu


diselenggara / diformat dan dibaikpulih.

3. OBJEKTIF

3.1 Menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli atau membaik pulih


perkakasan yang rosak.
3.2 Memanjangkan jangka hayat perkakasan aksesori Netbook
1Malaysia.

3.3 Mengurangkan atau mengelakkan kerosakan kecil pada Netbook


1Malaysia.

4. KEPERLUAN

4.1 Penyelenggaraan sebanyak 41 buah Netbook 1Malaysia.

4.2 Instolasi Antivirus.

4.3 Memformat Netbook mengikut keperluan.

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA
BIL PERKARA KUANTITI PENYELENGARAAN JUMLAH
(SEUNIT)

PENYELENGARAAN /
1. INSTOLASI / MEMFORMAT 41 RM50.00 RM 2050.00
Netbook

Sumber - Dana PIBG

6. PENUTUP

Kerja penyelenggaraan Netbook 1Malaysia ini sangat diperlukan supaya


penggunaannya dapat dioptimumkan oleh murid-murid sekolah dalam
pembelajaran abad ke 21. Disamping itu diharapkan penyelenggaraan ini
juga dapat membantu sekolah dalam memartabatkan bidang ICT di sekolah.

Disediakan oleh,

(Diana Hero)
Penyelaras ICT

Anda mungkin juga menyukai