Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN
MAKMAL KOMPUTER
DAN
PENYELENGGARAAN
PERALATAN ICT

UNIT ICT
2020
1.0 PENGENALAN
Makmal komputer di sekolah merupakan tempat di mana murid – murid mendalami ilmu ICT di
sekolah. Makmal komputer juga berfungsi sebagai sumber ilmu dan pembelajaran digital kepada
murid-murid juga kakitangan sekolah bagi mendapatkan sumber dari internet dan kemudahan
menggunakan komputer dalam tugas seharian.

Walaubagaimanapun, kemudahan makmal yang sedia ada memerlukan pembaikan dan perlu
dikemaskini kerana peningkatan pembelajaran secara maya menyebabkan kelengkapan peralatan
komputer kini sudah tidak mampu menampung kemampuan sebenar. Dengan erti kata lain, banyak
kemudahan yang perlu diperbaiki dan ditambah untuk menjadikan makmal lebih kondusif untuk
tujuan pembelajaran.

Kertas kerja ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada Unit ICT untuk memohon
peralatan ICT sekolah dan membuat pembaikan bagi membolehkan makmal dapat berfungsi dengan
baik.

2.0 OBJEKTIF

Pembangunan makmal komputer dan penyelenggaraan peralatan ICT ini diadakan berlandaskan
beberapa objektif utama antaranya adalah untuk :

i. Penyelenggaraan peralatan ICT yang sedia ada dan penyediaan bilik makmal komputer
yang lebih menarik bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.
ii. Mewujudkan makmal komputer yang selamat dari aspek pengendalian peralatan ICT
yang lebih sistematik.
iii. Memberikan kemudahan akses internet dan penggunaan peralatan komputer yang lengkap
dan berfungsi dengan baik.
iv. Memberikan kemudahan ICT kepada warga sekolah untuk tugasan harian.

3.0 SASARAN

Pembangunan makmal komputer dan penyelenggaraan peralatan ICT disasarkan kepada seluruh
warga sekolah.
4.0 TARIKH PELAKSANAAN

Sepanjang tahun.

5.0 PERBELANJAAN

MAKLUMAT PERALATAN ICT YANG DIPOHON


Bil Perkara Kuantiti Kos Seunit Jumlah (RM) Justifikasi
(RM)
1. Wireless Gigabit 1
Router
2. USB Wifi Adapter 10
3. Set PC (Desktop) 1

6.0 SUMBER KEWANGAN

Kami mengharapkan sumbangan dari pihak PIBG, orang perseorangan, pihak korporat, dan
mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat kami bagi
membangunkan, menambahbaik kemudahan makmal komputer dan peralatan ICT.

7.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami agar hasrat yang kami rancangkan ini beroleh sokongan dari semua pihak
agar harapan kami untuk membangunkan, menambahbaik makmal komputer dan penyelenggaraan
peralatan ICT tercapai.

Disediakan oleh :
..................................................................
(PN )
Penyelaras ICT,

Disemak oleh :

………………………………………

(EN. )

Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Disahkan oleh :

………………………………
(PN. )
Guru Besar,

Anda mungkin juga menyukai