Anda di halaman 1dari 17

Topik

6
Pengajaran dan
Pembelajaran
Bertema

HASI L PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran bertema;
2. Mengenal pasti jenis-jenis pengajaran dan pembelajaran bertema;
3. Memberi contoh untuk setiap jenis pengajaran dan pembelajaran
bertema;
4. Membincangkan hubungkait perancangan penentuan tema serta
kepelbagaian tema; dan
5. Menghuraikan konsep, aplikasi, kekangan serta kesan bacaan luas
terhadap perkembangan mental murid-murid.
PENGENALAN
Anda perlu mengetahui bahawa pendekatan bertema amat digalakkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Melalui pengajaran dan
pembelajaran bertema, kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa dan tatabahasa
serta pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping
itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi
tujuan ini, guru perlu merancang dan menentukan tema bagi pengajarannya yang
meliputi bidang ilmu, hal persendirian, dan kemasyarakatan serta isu semasa.

Jadi, apakah maksud pengajaran dan pembelajaran bertema? Pendekatan ini
bermaksud pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru berdasarkan
tema umum dan tema khusus yang telah ditetapkan dalam Rancangan Pelajaran
124 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
AKTIVITI 6.1
Berdasarkan aspek kemahiran lisan, membaca dan menulis, sediakan
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk tema Hari Guru.
Tahunan (Ee Ah Meng, 1995:19). Topik-topik utama dan sampingan ini berubah-
ubah untuk setiap minggu dan mengandungi kemahiran, pembelajaran bahasa,
kosa kata dan ilmu daripada pelbagai disiplin yang diserapkan. Pengajaran dan
pembelajaran bertema ini memudahkan pengajaran guru kerana guru boleh
menyediakan bahan pengajaran berdasarkan tema yang telah ditentukan. Murid-
murid pula dapat belajar dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan di
samping boleh menambah pengetahuan tentang bidang ilmu yang lain. Secara
tidak langsung, ketika menyediakan bahan-bahan berdasarkan tema tersebut,
guru dapat menambah pengetahuan tentang bidang ilmu lain serta hal ehwal
semasa. Murid-murid juga turut berpeluang memperkembangkan minda dan
pemikiran mereka untuk disiplin ilmu lain serta isu semasa yang berlaku di
dalam serta di luar negara.
SEMAK KENDIRI 6.1
Fikirkan apakah masalah yang akan dihadapi oleh guru jika tidak
menjalankan pengajaran dan pembelajaran bertema?
6.1

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERTEMA
Seperti yang telah dibincangkan di bahagian pengenalan, pengajaran dan
pembelajaran bertema merangkumi pengajaran dan pembelajaran untuk
kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa dan tatabahasa, kosa kata dan
penyerapan disiplin lain. Kesemua jenis tema ini diajarkan berdasarkan satu tema
umum dan satu tema khusus untuk setiap minggu dalam Rancangan Pelajaran
Tahunan Bahasa Malaysia. Ini bermaksud tema umum dan tema khusus tersebut
berubah-ubah untuk setiap minggu dalam setahun (Raminah Haji Sabran dan
Rahim Syam, 1985:4). Untuk memahami jenis-jenis tema untuk kemahiran
bahasa, pembelajaran bahasa dan tatabahasa, kosa kata dan disiplin ilmu lain,
sila baca penerangan seterusnya.
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 125
6.1.1 Tema Kemahiran, Pembelajaran Bahasa
dan Tatabahasa
Kemahiran bahasa yang terangkum dalam pengajaran dan pembelajaran bertema
ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kesemua tema
ini boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-
kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dan bertutur
digabungjalinkan dengan kemahiran menulis. Penggabungjalinan kemahiran
bahasa ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran (Huraian Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tingkatan Satu Bahasa
Melayu, 2003:6).
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan
teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan
seperti soal jawab, perbincangan, ucapan, lakonan dan temu bual. Kemahiran
bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan
dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Manakala kemahiran
membaca, merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis
dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Sementara kemahiran menulis
pula merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan
kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta
tulisan yang jelas dan kemas (Kamarudin Haji Husin, 1991:11-12).
Tema pembelajaran bahasa untuk mata pelajaran bahasa Malaysia khususnya
untuk murid-murid di sekolah menengah terdiri daripada tiga bidang
utama, iaitu bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Penggunaan bahasa
bagi bidang interpersonal membolehkan murid memulakan, membina dan
mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui
perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial.
Penggunaan bahasa bagi bidang maklumat membolehkan murid memperoleh
dan menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pihak tertentu. Penggunaan
bahasa bagi bidang estetik pula membolehkan murid menikmati karya sastera,
bercerita, melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. Bidang interpersonal
memberikan fokus pada kemahiran lisan iaitu, kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur. Namun begitu, kemahiran membaca dan menulis perlu juga
diterapkan di mana-mana yang sesuai. Contohnya, membaca dan menulis surat
untuk tujuan sosial. Bidang maklumat dan estetik pula memberikan fokus dan
penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis di samping menerapkan
126 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
kemahiran mendengar dan bertutur. Bidang maklumat menekankan topik ilmu,
manakala estetik lebih bertumpu kepada topik imaginatif (Kamarudin Haji
Husin, 1989:11-12).
AKTIVITI 6.2
Beritahu rakan anda satu aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-
murid untuk kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Manakala tema tatabahasa untuk bahasa Malaysia peringkat rendah dan
menengah pula terdiri daripada aspek morfologi dan sintaksis. Aspek morfologi
yang diberi tumpuan di peringkat sekolah rendah dan menengah (Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tingkatan Satu Bahasa
Melayu, 2003:6) adalah seperti yang berikut:
(a) Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi:
(i) Kata asli bahasa Malaysia; dan
(ii) Kata pinjaman bahasa Malaysia.
(b) Bentuk kata:
(i) Kata tunggal;
(ii) Kata terbitan;
(iii) Kata majmuk; dan
(iv) Kata ganda.
(c) Golongan kata:
(i) Kata nama;
(ii) Kata kerja;
(iii) Kata adjektif; dan
(iv) Kata tugas.
Manakala aspek sintaksis yang diberi tumpuan di peringkat sekolah rendah
(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),1992:9) pula adalah seperti
yang berikut:
(a) Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek
pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat;
(b) Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan;
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 127
(c) Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
(d) Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang;
(e) Binaan dan proses penerbitan ayat:
(i) Ayat dasar;
(ii) Ayat tunggal; dan
(iii) Ayat terbitan atau ayat majmuk; dan
(f) Aspek tanda baca.
Sementara aspek sintaksis yang diberi tumpuan di peringkat sekolah menengah
(Koh Boh Boon, 1989:14) pula adalah seperti yang berikut:
(a) Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat;
(b) Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan;
(c) Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
(d) Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang;
(e) Binaan ayat:
(i) Ayat dasar;
(ii) Ayat tunggal; dan
(iii) Ayat terbitan atau ayat majmuk;
(f) Proses penerbitan ayat:
(i) Konsep ayat terbitan;
(ii) Proses pengguguran;
(iii) Proses penyusunan semula; dan
(iv) Proses peluasan; dan
(g) Aspek tanda baca.
AKTIVITI 6.3
Nyatakan tema yang sesuai untuk ketiga-tiga bidang pembelajaran
bahasa di sekolah menengah, iaitu interpersonal, maklumat dan
estetik.
128 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
6.1.2 Tema Pengembangan Kosa Kata
Tema pengembangan kosa kata yang disepadukan dan dikukuhkan merujuk
kepada perkataan atau rangkai kata yang diperkenalkan kepada murid-murid.
Tema kosa kata ini berbeza mengikut setiap minggu berdasarkan Rancangan
Pelajaran Tahunan. Kosa kata yang dijadikan tema terdiri daripada disiplin ilmu
yang berbeza untuk mata pelajaran bahasa Malaysia (Kamarudin Husin, et al.
1998:22). Contoh kosa kata yang dijadikan tema ialah karbohidrat, protein, alaf,
virus, statistik, panorama, riadah dan rekreasi.
Secara lebih khusus tema kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah.
Kata umum merujuk kepada perkataan yang tidak menjurus kepada mana-
mana disiplin ilmu atau laras bahasa. Contohnya perkataan panorama, riadah dan
rekreasi. Manakala istilah, merujuk kepada laras bahasa yang menjurus kepada
disiplin ilmu tertentu misalnya protein, karbohidrat dan virus yang terdiri daripada
laras bahasa sains (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),1992:26).
Penguasaan kosa kata di peringkat sekolah rendah perlu dikukuhkan,
ditingkatkan dan dikembangkan selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata
pelajaran peringkat sekolah rendah. Manakala penguasaan kosa kata di peringkat
sekolah menengah pula adalah lanjutan daripada peringkat sekolah rendah.
Penguasaan kosa kata tersebut perlu ditingkatkan dan dikembangkan selaras
dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah menengah.
SEMAK KENDIRI 6.2
Fikirkan jenis-jenis tema kosa kata serta contoh-contohnya dalam
Bahasa Malaysia.
6.1.3 Tema Penyerapan Disiplin Lain
Anda tentunya sudah mengetahui bahawa penyerapan ialah proses menyerapkan
pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari
semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Oleh yang demikian,
tema penyerapan disiplin lain dalam mata pelajaran bahasa Malaysia (Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Lima
Bahasa Melayu, 2003:12-13) mencakupi unsur-unsur yang berikut:
(a) Isi pelajaran bahasa Malaysia menyerapkan pelbagai bidang ilmu mencakup
pelbagai tema, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan;
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 129
(b) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang
berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Meskipun penyerapan
dilakukan secara sedar dan terancang namun murid menyerap ilmu dan
nilai tersebut secara semula jadi;
(c) Kemahiran berfkir diserapkan secara terancang dengan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Malaysia memberikan penekanan kepada kemahiran berfkir secara
kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kemahiran
berfkir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
adalah seperti yang berikut:
(i) Mencirikan;
(ii) Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan;
(iii) Menghubungkaitkan;
(iv) Membandingkan dan membezakan;
(v) Menyusun mengikut keutamaan;
(vi) Menentukan urutan;
(vii) Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu;
(viii) Membezakan fakta dengan pendapat;
(ix) Menganalisis;
(x) Mengesan kecondongan pendapat;
(xi) Mengenal pasti sebab akibat;
(xii) Meramalkan;
(xiii) Mensintesiskan;
(xiv) Mengitlak;
(xv) Menganalogikan;
(xvi) Membuat inferens;
(xvii) Membuat kesimpulan;
(xviii) Menginterpretasikan, mentafsirkan;
(xix) Menilai;
(xx) Menjanakan idea;
(xxi) Mereka cipta;
130 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
SEMAK KENDIRI 6.3
Apakah tujuan guru-guru menentukan tema untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa Malaysia?
(xxii) Merumuskan, meringkaskan;
(xxiii) Membuat keputusan; dan
(xxiv) Menyelesaikan masalah.
Untuk membolehkan kemahiran tersebut dikuasai murid, alat berfkir seperti
penyusunan grafk, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta
minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan
(d) Kemahiran bernilai yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual
juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.
AKTIVITI 6.4
Dalam kumpulan seramai empat orang, sediakan satu aktiviti
penulisan karangan berdasarkan tema pencemaran alam sekitar.
Kemudian sediakan peta minda untuk menyatakan isi-isi karangan
dengan mengaplikasikan 24 ciri kemahiran berfkir.
6.2

PENENTUAN TEMA
Tema yang hendak dipilih untuk mata pelajaran bahasa Malaysia ditentukan oleh
guru-guru dalam Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan pada setiap
awal tahun. Tema yang ditentukan berhubung kait dengan kemahiran bahasa,
pembelajaran bahasa, kosa kata yang akan diajarkan kepada murid-murid. Oleh
itu, adalah penting bagi guru-guru bahasa Malaysia melakukan perancangan
penentuan tema serta mengaitkan tema itu dengan unsur ilmu, kemasyarakatan
dan isu semasa.
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 131
6.2.1 Perancangan Penentuan Tema
Ketua Panitia bahasa Malaysia biasanya akan merancang tema yang akan
diajarkan kepada murid-murid bersama dengan guru-guru Bahasa Malaysia
yang lain. Perancangan penentuan tema ini dilakukan pada awal tahun serta
dimasukkan ke dalam Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. Setiap
minggu akan ditentukan dengan tema daripada disiplin ilmu yang tertentu,
misalnya tema kesihatan. Sesuatu tema akan diajarkan selama tiga minggu,
iaitu berdasarkan aras 1 untuk minggu 1, aras 2 untuk minggu 2 dan aras
3 untuk minggu 3. Pengajaran berdasarkan tema kesihatan misalnya, akan
mengketengahkan tajuk yang berlainan untuk setiap minggu. Setelah semua aras
diajarkan, tema yang lain akan diperkenalkan misalnya tema sukan dan rekreasi
yang juga akan diajar berdasarkan tiga aras dan tajuk yang berbeza. Begitu juga
dengan kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa, tatabahasa, kosa kata yang
hendak diajarkan juga berlainan pada setiap minggu. Contoh tema yang sudah
dirancang seperti yang terkandung dalam Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa
Malaysia untuk murid Tahun 5 (Kamarudin Haji Husin, 1989:31-32) adalah
seperti dalam Jadual 6.1:
Jadual 6.1: Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia Untuk Murid Tahun 5
UNIT/TEMA/
TAJUK/ARAS
HASIL PEMBELAJARAN
(Fokus Utama/Fokus Sampingan)
SISTEM
BAHASA
UNIT 1
ARAS 1
Tema:
Kesihatan
Tajuk:
Hospital
1.3 Memberikan dan memahami
arahan serta pesanan tentang
sesuatu perkara.
i. Menyatakan panduan tunjuk arah
kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta
pesanan dengan intonasi yang
betul dan bersopan.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan
mencatat nota daripada bahan
yang didengar dan dibaca.
Tatabahasa
Kata Arah
Kosa Kata
Bilik
Pengawal
Farmasi
Jururawat
132 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
UNIT/TEMA/
TAJUK/ARAS
HASIL PEMBELAJARAN
(Fokus Utama/Fokus Sampingan)
SISTEM
BAHASA
UNIT 1
ARAS 2
Tema:
Kesihatan
Tajuk:
Zat Pemakanan
1.3 Memberikan dan memahami
arahan serta pesanan tentang
sesuatu perkara.
i. Menyatakan panduan tunjuk arah
kepada orang lain.
9.1 Mengambil imlak teks yang
diperdengarkan.
i. Mengeja dan menulis perkataan
dan rangkai kata yang dibacakan
9.2 Mengenal pasti maklumat dan
mencatat nota daripada bahan
yang didengar dan dibaca.
i. Membuat catatan ringkas daripada
maklumat yang diperoleh.
8.1 Membina dan menulis perkataan,
ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan pelbagai
jenis ayat.
Tatabahasa
Kata Kerja
Kosa Kata
Protein
Karbohidrat
UNIT/TEMA/
TAJUK/ARAS
HASIL PEMBELAJARAN
(Fokus Utama/Fokus Sampingan)
SISTEM
BAHASA
UNIT 1
ARAS 3
Tema:
Kesihatan
Tajuk:
Sekolah Bersih, Murid Ceria
1.3 Memberikan dan memahami
arahan serta pesanan tentang
sesuatu perkara.
ii. Melaksanakan arahan serta
pesanan mengikut keutamaan.
9.1 Mengambil imlak teks yang
diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks dengan
ejaan
dan tanda baca yang betul
berdasarkan
teks yang diperdengarkan.
Tatabahasa
Ayat
Perintah
Kosa Kata
Alaf
Virus
Statistik
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 133
UNIT/TEMA/
TAJUK/ARAS
HASIL PEMBELAJARAN
(Fokus Utama/Fokus Sampingan)
SISTEM
BAHASA
UNIT 2
ARAS 1
Tema:
Sukan dan Rekreasi
Tajuk:
Taman Permainan
2.1 Bercerita dengan menggunakan
kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas.
i. Memilih diksi yang sesuai untuk
menyampaikan sesuatu cerita.
ii. Menyampaikan cerita dengan
menggunakan diksi yang telah
dipilih.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan
puisi
dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.
i. Membaca bahan sastera dan bukan
sastera dengan sebutan dan
intonasi
yang betul.
ii. Menerangkan teks yang dibaca
secara ringkas.
Tatabahasa
Ayat
Penyata
Kosa Kata
Rekreasi
Sosial
Panorama
Riadah
AKTIVITI 6.5
Secara berpasangan, bincangkan perkara-perkara yang perlu difkirkan
oleh guru ketika menyediakan perancangan penentuan tema unuk
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.
6.2.2 Tema Pelbagai Ilmu, Kemasyarakatan
dan Isu Semasa
Tema yang dirancang untuk mata pelajaran bahasa Malaysia juga perlu
melibatkan pelbagai ilmu, unsur kemasyarakatan dan isu semasa. Ini bermaksud,
tema perlu menampilkan disiplin ilmu yang berlainan daripada bahasa Malaysia
misalnya kesihatan dan ekonomi. Manakala unsur kemasyarakatan boleh
diserapkan dalam tajuk bagi setiap tema dan kosa kata yang diajarkan. Selain
itu, tema juga boleh memperkatakan isu semasa yang berlaku dalam negara
misalnya isu rasuah dan kebanjiran pendatang asing sebagai tajuk atau kosa
kata yang diajarkan. Contoh-contoh tema dan tajuk tentang pelbagai disiplin
ilmu, kemasyarakatan dan isu semasa yang boleh dirancang untuk pengajaran
bahasa Malaysia (Koh Boh Boon, 1989:28) adalah seperti yang ditunjukkan dalam
jadual 6.2).
134 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
Jadual 6.2: Pelbagai Tema Ilmu Mengikut Tajuknya
TEMA TAJUK
Kesihatan
Kesihatan
Kesihatan
Hospital
Zat Pemakanan
Sekolah Bersih Murid Ceria
Sukan dan Rekreasi
Sukan dan Rekreasi
Sukan dan Rekreasi
Taman Permainan
Indahnya Negeriku
Program Kecergasan Mingguan
Ekonomi
Ekonomi
Ekonomi
Pesta Buku
Kereta Idamanku
Mari Membeli Barangan
Buatan Malaysia
Semangat Kejiranan
Semangat Kejiranan
Semangat Kejiranan
Jiranku Sayang
Selamat Hari Lahir
Orang Berbudi Kita Berbahasa
Keselamatan
Keselamatan
Keselamatan
Malang Tidak Berbau
Kerosakan Jalan Raya
Pengguna Berhemat Jiwa Selamat
SEMAK KENDIRI 6.4
Fikirkan faedah-faedah yang akan didapati oleh murid-murid melalui
aplikasi tema pelbagai ilmu, unsur kemasyarakatan dan isu semasa.
6.3

BACAAN LUAS
Tahukah anda bahawa bacaan luas amat penting bagi murid-murid untuk
menambah pengetahuan mereka? Pengetahuan yang boleh ditambah ini meliputi
pengetahuan tentang isu semasa yang berkaitan dengan topik yang telah diajar
oleh guru. Bacaan luas juga dikenali sebagai bacaan ekstensif. Mari kita teliti
seterusnya konsep dan aplikasi, kekangan dan kesan bacaan luas ini kepada
perkembangan mental murid-murid.
6.3.1 Konsep dan Aplikasi
Bacaan luas secara umumnya bermaksud kegiatan membaca secara luas. Sasaran
bacaan luas ini meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang
singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 135
menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Bacaan luas (Kamarudin Haji
Husin, 1991:19-20) biasanya melibatkan perkara-perkara yang berikut:
(a) Membaca tinjauan;
(b) Membaca sekilas; dan
(c) Membaca dangkal.
Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Murid-murid
perlu meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa,
meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul,
bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan
seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan
dapat dilakukan. Membaca sekilas pula adalah sejenis kegiatan membaca yang
melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan
bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga
tujuan utama dalam membaca sekilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan
umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu
daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada
perpustakaan. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang
dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan
yang dibaca (Mahzan Arshad, 2003:13). Membaca begini tidak memerlukan
pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. Secara
lebih jelasnya konsep bacaan luas ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan
asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan,
meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca
dan kebolehan memetik isi-isi penting (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam,
1985:11). Melalui bacaan ini, murid-murid akan mendapat kepuasan dan
keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
AKTIVITI 6.6
Lakarkan secara grafk aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh
guru untuk membaca secara tinjauan, membaca sekilas dan membaca
dangkal.
6.3.2 Kekangan
Terdapat beberapa kekangan atau masalah untuk melaksanakan bacaan luas oleh
murid-murid. Oleh sebab bacaan luas ini dilakukan di luar kelas secara sendiri
tanpa bimbingan guru, dua kemungkinan yang akan berlaku ialah murid tidak
mengetahui maksud sesuatu konsep atau rangkai kata. Walaupun murid-murid
136 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
boleh merujuk kamus, akan tetapi jika murid-murid melakukan penafsiran yang
salah maka bacaan akan menjadi tidak bermakna. Selain itu, murid-murid perlu
mempunyai inisiatif yang lahir dari dalam diri mereka sendiri untuk bersedia
melakukan bacaan luas. Oleh sebab itu, murid perlu mempunyai minat yang
mendalam untuk membaca dan mencari masa yang sesuai untuk melaksanakan
bacaan luas ini.
Memang tidak dinafkan, murid-murid cerdas akan mendapat banyak manfaat
daripada bacaan luas kerana rata-rata mereka memahami bahan yang dibaca.
Akan tetapi, murid-murid yang sederhana dan lemah akan berhadapan dengan
masalah tanpa bimbingan terutama untuk memilih bahan-bahan bacaan yang
sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Kesukaran dalam memahami bahan
yang dibaca ini tentunya akan menyebabkan murid-murid yang sederhana dan
lemah ini hilang minat untuk melakukan bacaan luas (Juriah Long, et al. 1992:15).
6.3.3 Kesan kepada Perkembangan
Mental Murid-Murid
Bacaan luas memberi banyak manfaat kepada perkembangan mental murid-
murid. Seperti yang telah dibincangkan, bacaan luas amat bermanfaat untuk
murid-murid yang cerdas. Ini disebabkan oleh murid-murid yang cerdas
boleh membaca sendiri tanpa bimbingan kerana tidak menghadapi sebarang
kesukaran. Bacaan luas dapat memberi kesan positif terhadap perkembangan
mental murid-murid disebabkan oleh bahan bacaannya adalah luas dari segi
perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap
dan cita-cita murid-murid. Murid-murid dapat menambah pengetahuan tentang
pelbagai disiplin baru serta isu semasa. Di samping itu, murid-murid juga dapat
memperkaya penguasaan bahasa mereka khususnya dari segi perbendaharaan
kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya (Juriah Long, et al. 1992:16).
Murid-murid juga dapat membina pemikiran yang kreatif dengan bacaan luas di
samping membina daya berfkir yang positif. Selain itu, murid-murid juga dapat
menambah pengetahuan tentang pelbagai istilah dan laras bahasa seperti laras
bahasa sains, matematik, ekonomi dan agama melalui bacaan luas.
SEMAK KENDIRI 6.5
Fikirkan apa akan berlaku jika murid-murid enggan melakukan bacaan
luas.
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 137
RUMUSAN
Pengajaran dan pembelajaran bertema ialah pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan oleh guru berdasarkan tema umum dan tema khusus yang
telah ditetapkan dalam Rancangan Pelajaran Tahunan.
Pengajaran dan pembelajaran bertema ini memudahkan pengajaran guru
kerana guru boleh menyediakan bahan pengajaran berdasarkan tema yang
telah ditentukan.
Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, murid-murid dapat belajar
dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping boleh
menambah pengetahuan tentang bidang ilmu yang lain.
Pengajaran dan pembelajaran bertema merangkumi pengajaran dan
pembelajaran untuk kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa dan
tatabahasa, kosa kata dan penyerapan disiplin lain.
Kemahiran bahasa yang terangkum dalam pengajaran dan pembelajaran
bertema ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Tema pembelajaran bahasa untuk mata pelajaran bahasa Malaysia
khususnya untuk murid-murid di sekolah menengah terdiri daripada tiga
bidang utama, iaitu bidang interpersonal, maklumat, dan estetik.
Tema tatabahasa untuk bahasa Malaysia peringkat rendah dan menengah
pula terdiri daripada aspek morfologi dan sintaksis.
Tema pengembangan kosa kata yang disepadukan dan dikukuhkan merujuk
kepada perkataan atau rangkai kata yang diperkenalkan kepada murid-
murid.
Tema kosa kata terdiri daripada kata umum, iaitu perkataan yang tidak
menjurus kepada mana-mana disiplin ilmu atau laras bahasa dan istilah,
iaitu laras bahasa yang menjurus kepada sesuatu disiplin ilmu.
Tema penyerapan disiplin lain dalam mata pelajaran bahasa Malaysia
mencakupi isi pelajaran bahasa Malaysia menyerapkan pelbagai bidang
ilmu mencakup pelbagai tema, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan,
semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang
berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, kemahiran berfkir
dan kemahiran bernilai tambah.
Tema yang hendak dipilih untuk mata pelajaran bahasa Malaysia ditentukan
oleh guru-guru dalam Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan pada
setiap awal tahun.
Tema yang ditentukan berhubung kait dengan kemahiran bahasa,
pembelajaran bahasa, kosa kata yang akan diajarkan kepada murid-murid.
138 TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA
Sesuatu tema akan diajarkan selama tiga minggu, iaitu berdasarkan aras 1
untuk minggu 1, aras 2 untuk minggu 2 dan aras 3 untuk minggu 3.
Kemahiran bahasa, pembelajaran bahasa, tatabahasa, kosa kata yang hendak
diajarkan juga berlainan pada setiap minggu.
Tema yang dirancang untuk mata pelajaran bahasa Malaysia perlu
melibatkan pelbagai ilmu, unsur kemasyarakatan dan isu semasa yang
berlainan daripada bahasa Malaysia.
Bacaan luas atau bacaan ekstensif amat penting bagi murid-murid untuk
menambah pengetahuan mereka tentang isu semasa yang berkaitan dengan
topik yang telah diajar oleh guru.
Bacaan luas biasanya melibatkan cara membaca tinjauan, membaca
sekilas dan membaca dangkal.
Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan dengan
murid-murid meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara
memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau
melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya.
Membaca sekilas pula adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan
pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis
bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan.
Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang
bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.
Bacaan ekstensif Kosa kata
Bacaan luas Membaca dangkal
Bidang estetik membaca sekilas Membaca tinjauan
Bidang interpersonal Morfologi
Bidang maklumat Nilai murni
Istilah Pengajaran dan pembelajaran bertema
Kata umum Pembelajaran bahasa
Kemahiran bahasa Penyerapan disiplin lain
Kemahiran berfkir Semangat kewarganegaraan
Kemahiran bernilai tambah Sintaksis
Kemahiran bertutur Tatabahasa
Kemahiran membaca Tema khusus
Kemahiran mendengar Tema umum
Kemahiran menulis
TOPIK 6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA 139
RUJUKAN
Ee Ah Meng, (1995). Pendidikan sebagai suatu proses: Asas pendidikan 1. Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Haji Husin. (1989). KBSM dan model-model pengajaran bahasa. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Haji Husin. (1991). KBSR dan model eksploitasi bahan bahasa. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz & Arbie b Sujud.(1997).
Pengajian Melayu 1: Ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman.
Kamarudin Husin, et al. (1998). Pedagogi bahasa: Perkaedahan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). (1992). Teknik pengajaran
Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan
bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum
bersepadu sekolah menengah tingkatan satu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum
bersepadu sekolah menengah tingkatan lima Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai