Anda di halaman 1dari 13

C. Pendekatan Bertema Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema.

Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa. sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih. guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:A Tema persekitaran B Tema Masyarakat C Tema Komunikasi Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang digunakan ialah tema persekitaran. Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : Tahun 4 Tema : Pengangkutan Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :- sejarah teknologi pengangkutan; - kepentingan pengangkutan kepada manusia - kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan - bentuk-bentuk pengangkutan - pergerakan kenderaan - perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas. C.ii Pengintegrasian Matapelajaran Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah (a) Penggabungjalinan Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.

(b) Penyerapan Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti. Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang (b) menunggang motosikal (c) mengayuh perahu Seni Visual : (a) membuat model kenderaan (b) mewarna gambar Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan (b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan. Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan (Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan) Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah kemahiran: Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat - bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan Bacaan - membaca petikan yang disediakan - mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia Tulisan - menulis maklumat - menjawab soalan C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran? Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanakkanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan

dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu. C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahanbahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1 Bahan elektronik - komputer, tayangan klip video, Internet Penerangan semasa set induksi. Mencari maklumat 2 Bahan bukan elektronik - carta gambar - lembaran kerja - teka silangkata - surat khabar lama

Mencari maklumat tentang pengangkutan Aktiviti pengayaan Aktiviti melukis dan mewarna gambar 3 Bahan maujud - kereta, motosikal dan basikal Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis. Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-maklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya; 1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat) 2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan 3) menerangkan bunyi kenderaan 4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.

Rujukan: Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Dicatat oleh abubakar di 5:13 PG 0 ulasan: Catat Ulasan Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Lencana Facebook
AreVu Buckcar Buckcar

Reka Lencana Anda

Cari Blog Ini

RanDau RuAi Airplanes

Arkib Blog

2011 (9) 2010 (25) o Mei (2) o Januari (23) TITAS -Teori tentang kedatangan Islam ke Alam Mela... BBM 3101 : SEJARAH RUMPUN DAN BAHASA MELAYU ... Bahasa Melayu Tinggi - Untuk mengkaji dan memberi ... Bahasa Melayu Klasik- Hikayat Abdullah Maksud Komunikasi, Teori Dan Teori Komunikasi Media massa memainkan peranan penting dalam ... Komujikasi Makna Ayat - Semantik Semantik - Faktor Perubahan Makna 10 Bahasa Arab 1 - ayat pendek mengandungi gan... 10 ayat pendek mengandungi Fiil Madhi Hubungan Etnik - sistem pendidikan semasa zaman pe... Alat Artikulasi Fonetik -Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu fonetik Artikulasi TITAS : Nilai Dalam Tamadun Islam KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF2303: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN Stalistik Dalam Kesusasteraan Yuna Dan Sebenarnya Cm Bb 2x Cm Oh bulan Bb enggan... 2009 (29)

Renungkanlah KebesaranNya

Bar Video

powered by

Senarai Blog Saya

Jomss Layansss!!

Sukar bendung nafsu songsang 2 beberapa jam yang lalu

Pulakdah!

TERTEMBAK DAHI Adik Dengan Senapang Buatan Sendiri 6 beberapa jam yang lalu

sarikei

Time molah duit... FAHAMkan betul betul 6 beberapa hari yang lalu

Buaya-Merah

(Gambar) Wajah 3 Orang Melayu Islam Masuk Gereja Untuk Murtad 9 beberapa blan yang lalu

Che Det DEMONSTRASI 10 beberapa blan yang lalu

Aina & Nani

Pemuda Dan Professor 1 tahun yang lalu

den2020 Rayuan Balotelli ditolak, kekal digantung tiga perlawanan 1 tahun yang lalu

Akademi Fantasia Musim Ke-7 Tiara Terbit Konsert Untuk Top 3 AF7 2 beberapa tahun lalu

Hari Guru 2009 Jackson's Private Viewing 2 beberapa tahun lalu

Buat Renungan Untuk k c dak minat ngan ttbhs...kajian teks 3 beberapa tahun lalu

Pengikut

Anda mungkin juga menyukai