Anda di halaman 1dari 10

Topik9 X Mozek

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Mengenal pasti apakah mozek; Menceritakan sejarah awal mozek; Menyenaraikan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam mozek awal; Mengenal pasti beberapa teknik dan media mozek; dan Membuat mozek dengan pelbagai teknik dan media dan menghasilkan corak yang menarik.

X PENGENALAN
Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang di dalam gereja. Jubin atau kepingan seramik yang dikenali sebagai tesserae atau kaca berwarna atau lut sinar dengan bersalutkan besi digunakan bagi menghasilkan corak pada gambar. Mozek dalam pendidikan seni sekolah rendah pula didefinisikan sebagai susunan bahan kutipan yang ditampal di atas sesuatu permukaan kertas, kad atau permukaan lain secara sebelah menyebelah dan tidak bertindihan antara satu sama lain. Antara bahan yang sesuai ialah kertas berwarna-warni. Kertas tersebut dipotong mengikut bentuk segiempat, segitiga atau bentuk-bentuk yang lain. Potongan kertas ini ditampal mengikut lakaran bentuk asal gambar. Selain daripada kertas, mozek juga dapat dihasilkan dengan menggunakan butang, batu-batu kecil, jubin kecil, biji-bijian, kulit kerang, kepingan plastik dan kayu. Gam atau simen digunakan untuk melekatkan bahan-bahan tersebut.

138 X TOPIK 9 MOZEK

AKTIVITI 9.1
Apakah yang anda faham tentang mozek?

AKTIVITI 9.2
Berdasarkan satu mozek pilihan anda, buat analisis berkaitan dengannya.

9.1 SEJARAH AWAL


Sejarah penggunaan mozek dikatakan bermula seawal 4,000 tahun atau lebih dengan penggunaan bata merah bagi menghiasi latar belakang sesuatu kawasan. Pada abad ke lapan sebelum masihi, terdapat batu-batu kerikil digunakan disusun di lorong-lorong dengan menggunakan pelbagai saiz dan warna. Rakyat Greece telah mengubah keadaan ini dengan memperkenalkan satu bentuk seni baru dengan menghasilkan bentuk-bentuk geometri yang lebih tersusun dan teratur. Mereka juga menampakkan adegan tertentu dan menyusun mozek ini seperti gambar binatang dan sebagainya. Di Bandar Pompeii, kebanyakan artis zaman Yunani purba menggunakan teknik ini untuk menghiasi dinding bangunan di dalam kota mereka. Mozek telah mula digunakan sejak zaman kuno sebagai hiasan dalaman rumah. Mozek abad ke 4 sebelum masihi dijumpai di istana Macedonia di bandar Aegean. Mozek Villa Romana del Casale di bandar Sicily merupakan koleksi terbesar mozek zaman akhir Roman dan telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pada abad tersebut, mozek pada dinding dan siling bangunan diadaptasi untuk tujuan keagamaan seperti yang terdapat pada bangunan St. Peter dan St. Paul yang telah musnah tetapi mozek Santa Constanza dan Santa Pudenziana terus kekal diselamatkan. Begitu juga dengan beberapa tugu peringatan yang kaya dengan kualiti seni mozek. Mozek pejalan kaki yang menggambarkan manusia, binatang dan tumbuhan abad ke-4 pada cathedral Aquileia dikekalkan untuk tujuan keagamaan.

TOPIK 9

MOZEK W 139

Jika anda bandingkan mozek daripada Rom Britain dengan mozek yang dibina di Itali, anda akan dapat perhatikan mozek Rom British adalah lebih mudah daripada segi reka bentuknya dan menggambarkan teknik yang tidak berkemahiran tinggi. Lazimnya mozek Rom bertemakan ketuhanan dalam kepercayaan beragama. Pada abad ke-5 masihi, Ravenna, bandar bagi Empayar Roman Barat telah menjadi pusat bagi seni mozek Roman. Ini dibuktikan dengan terdapatnya hiasan mozek berkualiti tinggi di Galla Placidia. Selepas tahun 539, Ravenna telah ditakluki oleh Empayar Byzantine. (a) Mozek Byzantine Mozek merupakan budaya masyarakat Byzantine yang paling menonjol. Hiasan dalaman gereja Byzantine biasanya dihiasi dengan mozek berwarna keemasan. Seni mozek zaman kerajaan Byzantine berkembang di abad ke-6 hingga ke-15. Semasa Perang Salib, kebanyakan mozek telah musnah tetapi artifak mengenainya terus kekal sebagai warisan. Dalam zaman kegemilangan Rom di abad ke-12 hingga ke-13, seni mozek Rom berkembang dengan stail yang tersendiri bebas daripada tradisi ketimuran dan gambarannya lebih realistik dalam ruang. Karya yang terkenal di abad ini ialah mozek bermotifkan bunga-bungaan di Basilica. Di Itali, di mana kesenian yang mendapat pengaruh ketimuran terdapat di Sicily dan Venice. Teknik pembuatan mozek tidak dapat lari daripada gaya zaman pertengahan. (b) Zaman Pertengahan Itali Di Florence, Itali, kegemilangan mozek terdapat dalam hiasan di dome Battistero. Seni mozek ini dikatakan sebagai mozek yang terawal yang dibina oleh pandai tukang Venetian yang tidak dikenali pada masa itu, iaitu kira-kira bermula pada tahun 1225. Kerja menghiasi dome tersebut tidak dapat disiapkan sehinggalah pada abad ke-14. Perkembangan mozek di Itali menunjukkan bukan sahaja terdapat pada gereja tetapi juga sebagai hiasan bahagian hadapan sesuatu bangunan seperti yang terdapat pada bangunan St. Marks Basilica di Venice, Cathedral Orvieto dengan mozek keemasan dan Basilica San Frediano (besar dan bergemerlapan). (c) Renaissance dan Baroque Walaupun mozek telah ketinggalan zaman yang telah diambil alih oleh perkembangan frescoes ketika itu tetapi artis terkenal Renaissance masih meneruskan teknik lama yang menggunakan mozek sebagai bahan dalam

140 X TOPIK 9 MOZEK

karya seni, contoh seperti yang dilakukan oleh Raffaello pada dome Chigi Chapel di Santa Maria. Dalam abad ke-17, St. Peters Basilica dhihiasi dengan mozek. Bahan frescoes atau kanvas digunakan dalam gua Basilica. (i) Ini menunjukkan bangunan lama ini telah dihiasi dengan mozek dan menjadi kebiasaan dalam pembinaan gereja sejak didominasi oleh kerajaan Byzantine. Abad ke-17 hanya mengikut tradisi dalam mengembangkan kesinambungan warisan tersebut. Bangunan yang mempunyai dinding yang tinggi dan mempunyai banyak tingkap, penggunaan mozek membentuk suasana yang lebih cerah dan memantulkan cahaya.

(ii)

(iii) Mozek lebih kekal lama berbanding dengan penggunaan frescoes dan kanvas. (d) Seni Islam Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometrik dan matematik yang rumit. Proses ini dikenali sebagai zillij dan qashanidi Afrika Utara. Contoh yang terbaik dalam seni mozek Islam telah dihasilkan di Moorish, Sepanyol dan masih wujud di istana Alhambra. Contoh-contoh lain boleh dilihat di Masjid Besar di Cordoba. Di negara-negara Arab satu gaya berhias yang tersendiri bernama zillij yang di buat dengan membentuk seramik serentak dengan mozek untuk meliputi satu permukaan digunakan.

Rajah 9.1: Hiasan pada bangunan gereja di Cathedral Ely pada tahun 1320

TOPIK 9

MOZEK W 141

AKTIVITI 9.3
Jelaskan secara ringkas apakah corak mozek seni Islam.

9.2

TOKOH MOZEK

Rajah 9.2: Sonia King

Sonia King terkenal dengan ciptaan mozek. Tarikannya dengan warna, tekstur dan permukaan seni mozek telah kekal berterusan sebagai artis mozek. Sonia menerima ijazah Sarjana Muda Seni Halus (BFA) daripada California College Arts dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) daripada Southern Methodist University. Selepas mencipta kerjaya perniagaan yang berjaya, Sonia kembali untuk berkarya. Beliau mengusahakan ciptaan mozek hasil daripada satu tafsiran semasa kebudayaan lama. Mozek menjadi sebagai satu ciptaan seni halus yang sederhana. Mozek kontemporari hasil ciptaan Sonia terdapat di galeri, pada seni bina dan di rumah-rumah. Mozek adalah hasil seni yang menggunakan bahan-bahan paling halus yang didapati daripada sumber alam sekitar seperti emas, marmar, kaca, seramik dan sebagainya lagi.

142 X TOPIK 9 MOZEK

Beliau telah menyiapkan empat mozek dinding yang besar untuk Children Medical Center di Dallas. Hasil karya ini telah memenangi anugerah Spectrum Antarabangsa yang menjadi hiasan pada majalah Healthcare Design. Sonia menerima anugerah dan memenangi dalam pameran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sonia pernah melawat dan mengkaji mozek kuno dan juga mozek moden ke seluruh dunia. Beliau diiktiraf sebagai Presiden Pertubuhan Artis Mozek Amerika dan juga sebagai juru tunjuk mozek Creative Arts Center di Dallas. Penglibatan ini membolehkan beliau menjadi ahli seumur hidup sebagai pengarah Associazione Internazionale Mosaicisti Contemporanei (AIMC) di Ravenna, Italy. Sonia dijemput memberi input tentang seni mozek di England, Perancis, Australia dan Brazil.

Rajah 9.3: Seni menjadi luahan perasaan bagaimana saya melihat dunia Sonia King

TOPIK 9

MOZEK W 143

Dengan berpandukan rajah-rajah dibawah, sila perhatikan langkah-langkah untuk menghasilkan mozek kertas.

Rajah 9.4: Alatan dan bahan: gunting, berus, kertas, kertas warna, pen dan gam

Rajah 9.5: Langkah 1: Buat lakaran di atas kertas

Rajah 9.6: Langkah 2: Gunting kertas warna mengikut bentuk yang disukai

144 X TOPIK 9 MOZEK

Rajah 9.7: Langkah 3: Tampal kertas guntingan pada lakaran yang telah dibuat Pastikan tampalan itu tidak bertindihan antara satu sama lain

Rajah 9.8: Langkah 4: Contoh mozek yang telah siap

TOPIK 9

MOZEK W 145

Contoh-contoh Mozek

Rajah 9.9: Contoh-contoh mozek

AKTIVITI 9.4
Kaji seorang artis yang terlibat dalam penghasilan karya dengan menggunakan teknik mozek.

AKTIVITI 9.5
Hasilkan satu corak mozek menggunakan pelbagai media bersaiz A3.

146 X TOPIK 9 MOZEK

x x x

Rekaan mozek adalah satu bentuk kreativiti artistik yang dapat menghasilkan corak yang menarik. Reka corak mozek boleh diaplikasikan sebagai hiasan dalaman dan lanskap. Mencipta reka corak mozek melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

Byzantine Jubin Mozek

Qashani Renaissance Zillij

Anda mungkin juga menyukai